14 July 2016

Hari Raya Aidilfitri 1437 h Eratkan Silatulrahim Pelajar dan Guru STAR Alor Setar



Alor Setar, 14 Julai 2016, SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) mengadakan jamuan mega sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ini.  Terkenal dengan sekolah berbilang kaum di Alor Setar, ternyata sambutan aidilfitri dirai dengan meriah oleh semua pelajar  tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Pengetua STAR  Encik Suhaimi Haris berkata, sambutan seumpama ini dapat menjadi medan untuk merapatkan hubungan antara kaum dan staf, ia juga menyaksikan kemuafakatan terjalin erat dan kerjasama semua warga STAR menjadi sangat baik.  Situasi ini boleh menjadi mangkin kearah kejayaan STAR pada masa akan datang.

Sambutan ini disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang dikelolakan mengikut jabatan.  Setiap jabatan menyediakan satu menu.  Antara menu yang disediakan  adalah, ketupat, nasi himpit, Bihun Sup, Laksa, Kuih muih, mee goreng, nasi tomato dan banyak lagi.  Setiap gerai diurus oleh pelajar pelajar yang dilantik.  Jamuan ini tidak mengehadkan jumlah makanan untuk pelajar, mereka boleh menjamu selera sekadar yang mereka mampu.

Acara hari ini juga dimeriahkan dengan DJ jemputan.  Nyanyian lagu lagu hari raya oleh guru guru dan pelajar.  Pelajar juga dihadiahkan duit raya yang disumbangkan oleh guru guru. Seterusnya  majlis bersalaman turut diadakan.

Menurut guru STAR, Encik Mohd Rizal b Abd  Rahman,  kejayaan penganjuran sambutan ini adalah hasil dedikasi semua warga STAR, semoga silatulrahim yang terjalin hasil majlis silang budaya ini  memberi semangat  baharu kepada STAR untuk menyinar dan cemerlang.