18 January 2011

Cabaran Memancing 2011, Unit Sukan STAR.


Cikgu Rezal bersama tangkapan gerut yang pertama.



15 Januari 2011, Unit sukan STAR memulakan aktiviti tahun ini dengan mengadakan trip memancing ke perairan Pulau Payar. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama ahli dan menanam sifat sabar serta gigih dalam diri semua peserta.

Bertolak dari jeti Kuala Jerlun pada pukul 7.00 pagi, bot sampai ke destinasi dalam masa 1 jam 30 minit. ketua program, en Mohd Rizal berkata, semua ahli dalam keadaan baik dan tiada yang mengalami mabuk laut. Program memancing berjalan dengan lancar. Dengan tunjuk ajar daripada tekong bot, iaitu Pak Nah Japar semua peserta dapat menaikkan tangkapan yang baik. berbelas ekor ikan talang, gerepoh, gerut, kerapu, cencaru memenuhi tong. Peserta juga tidak menang tangan melayan ikan yang menyambar joran.

Perjalanan balik bermula jam 7.00 petang menghala ke jeti Kuala Jerlun. Namun keadaan angin yang agak kencang dan laut yang bergelora telah menyebabkan kami sampai lewat. Bot berlabuh pada pukul 9.50 malam dalam keadaan basah. Semua peserta keletihan dan lapar. Namun semua bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat bersama hasil tangkapan yang baik.


antara tangkapan yang dapat



Cikgu Sareh melayan joran