05 July 2018

Alumni SMKTengku Laksamana, Alor Setar Kohot 1968 dan 1972 Bertemu dalam Majlis Aidilfitri

Alor Setar, 5 Julai 2018.  Dalam mengejar Syawal yang semakin menghujung, Bekas pelajar SMK Tengku Laksamana tahun 1968 hingga 1972 telah mengaturkan pertemuan sempena Aidilfitri di Sekolah mereka, SMK Tengku Laksamana.

Pertemuan yang dirancang ini berjaya mengumpul hampir 40 orang bekas pelajar., ternyata mereka sudi dan rindu untuk bertemu sahabat lama yang mungkin puluhan tahun tidak berjumpa.  Pengelola perjumpaan ini iaitu, Tuan Hj Jamil Ibrahim berharap pertemuan bersama sama rakan lama ini akan mengeratkan silatulrahim sesama mereka, disamping melawat semula sekolah yang banyak berjasa kepada mereka.

Sebahagian bekas pelajar SMKTL bergambar kenangan dalam Majlis Reunion Raya, 2018

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H SMKTL Eratkan Silatulrahim.





Alor Setar, 5 Julai 2018, SMK Tengku Laksamana  mengadakan jamuan  sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ini.  Pengetua SMKTL  Encik Harizan Sulaiman  berkata, sambutan seumpama ini dapat menjadi medan untuk merapatkan hubungan antara  kakitangan sekolah dan pelajar  ia juga menyaksikan kemuafakatan terjalin erat antara  warga SMKTKL .

Garden Party oleh Pelajar Tingkatan Enam
Bagi menghayati semangat Aidilfitri, sambutan ini disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang dikelolakan mengikut kelas .  Antara menu yang disediakan  adalah, ketupat, nasi himpit, Bihun Sup, Laksa, Kuih muih, mee goreng, nasi tomato dan banyak lagi.  Pelajar dan guru saling mengunjung dari kelas ke kelas yang lain.  dengan menggayakan aneka fesyen baju raya, sambutan aidilfitri tampak ceria dan bermakna.



Warga SMKTengku Laksamana bergambar kenangan sempena sambutan hari raya pada tahun ini.


Pengetua mengadakan lawatan ke kelas untuk menikmati pelbagai juadah

31 July 2017

Perkhemahan; Ruang Menyemai jatidiri, dan Menyantuni Alam Sekitar 2017



Perkhemahan Tahunan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar.

Alor Setar, 29 Julai 2017. SMK Tunku Abdul Rahman Alor Setar, Telah mengadakan perkhemahan tahunan panitia Pendidikan Jasmani di Pulau Song Song, Yan Kedah.  Seramai 40 peserta mengikuti perkhemahan ini

Peserta perkhemahan melalui pengalaman yang menarik sepanjang mengikuti perkhemahan ini, seperti pengalaman menaiki bot laju, memasang khemah, menghidupkan api, membaca kompas, memancing, dan ikhtiar hidup dia atas pulau serta menyantuni alam sekitar.  Peserta didedahkan dengan petua dan cara cara mengangani kecemasan dalam persekitaran yang terhad.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris yang turut serta sepanjang perkhemahan, bertindak sebagai instructor utama dalam aktiviti yang dijalankan.  Aktiviti kokurikulum luar begini dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada pelajar, mendekatkan pelajar dengan alam sekitar, sekaligus menanam minat untuk menjaga alam sekitar supaya generasi  akan datang boleh menikmati keindahan alam yang ada pada masa ini. Dengan pendedahan ini beliau berharap pelajar yang menyertai perkhemahan ini beroleh pengalaman yang berharga untuk digunakan pada masa hadapan. 

Pemilihan Pulau Song Song  sebagai destinasi perkhemahan pada tahun ini adalah tepat kerana, keadaan pulau Song Song dalam keadaan yang terjaga, bersih dan mempunyai bekalan perigi air tawar. Pantai dan air lautnya sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkeling.
bergambar kenangan di Pulau Song Song, Yan Kedah



Aktiviti santai guru dan murid

Bergotong royong memasang khemah

pengetua, menunjukkan teknik menyalakan api

aktiviti memancing juga memberansangkan

Makan berkelah mengeratkan silatulrahim

pengalaman menaikin bot yang berharga.

06 July 2017

AIDILFITRI 2017 MERIAH





Pengetua, guru guru dan pelajar STAR dalam suasana hari raya
Alor Setar, 6 Julai 2017 (12 Syawal 1438 H.  SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah untuk patun ini.  Acara tahunan ini adalah sebagai meraikan tradisi aidilfitri untuk dihayati oleh seluruh pelajar.

Majlis ini diraikan oleh semua warga STAR termasuk pelajar dan guru bukan islam yang terdiri daripada kaum cina dan india.  Semua pelajar dan guru hadir kesekolah dengan berpakaian tradisional .  Acara Sambutan bermula pada pukul 11 pagi dan sebelum acara bermula, pelajar dan guru mengikuti proses pembelajaran sepertia biasa.

Pengetua STAR , Suhaimi Haris berharap dengan menjayakan tradisi tahunan ini, kita rakyat Malysia berbilang kaum akan sentiasa menghormati antara satu sama iain dan mengurangkan jurang perbezaaan antara kaum, justeru dapat melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni.
Kuih tradisional seperti ketupat, lemang, nasi himpit kuah kacang, satay, laksa menjadi juadah istimewa pada hari ini. Selamat Hari Raya.
Barisan guru guru yang ceria
Pelajar berbilang kaum merayakan aidilfitri di STAR Alorstar

21 November 2016

 Alor Setar, 20 November 2016. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan senamtari aerobik peringkat sekolah.  Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang sihat dan cerdas.

Peserta telah mula berlatih tarian aerobik sepanjang 3 bulan yang lalu dibawah bimbingan guru penasihat En Mohd Rizal bin Abd Rahman. Pada hari ini adalah kemuncak latihan mereka dimana setiap kumpulan yang bertanding menunjukkan tarian yang bertenaga. Pertandingan ini menyaksikan 7 kumpulan berentap untuk merebut hadiah wang tunai yang lumayan.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris yang hadir menyaksikan pertandingan melahirkan rasa kagum dengan bakat pelajar.  Di samping menyihatkan badan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama pelajar.

Johan Pertandingan Senamtari Aerobik pada tahun ini disandang oleh pasukan Sweet 16, tempat kedua Pasukan Orkid dan tempat ketiga Pasukan Sweet Girl.

Persembahan oleh pasukan sweet 16

En Rosli Endut (PK 1) dan En Suhaimi (pengetua) menyampaikan hadiah

Cenderamata kepada Hakim Jemputan Pn Liza, Intruktor Erobik Mergong.

16 August 2016

MERDEKA. Sehati Sejiwa. STAR Alor Setar



Alor Setar, 16 Ogos 2016.  SMK Tunku Abdul Rahman, STAR melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan penuh cemerlang.  Majlis tahunan ini disambut meriah oleh segenap warga STAR.  Tambah berseri, majlis ini di rasmikan oleh Dato Hj Mohd Yusoff bin Ismail , Pengerusi USIMA GROUP (Timbalan Ketua UMNO bahagian Alor Setar).

Dalam ucapan perasmian, Dato Hj Mohd Yusoff menyeru semua pelajar untuk  bersama menghayati nikmat kemerdekaan dengan menghargai kemakmuran yang dinikmati sekarang.  Pelajar boleh menterjemahkannya dengan belajar secara bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.  Kejayaan dalam pelajaran merupakan syarat untuk berjaya  dalam keadaan persaingan  yang kuat pada masa kini. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar dan pelajar mestilah berusaha merebutnya.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris berharap pelajar dapat menghayati semangat kemerdekaan negara dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Memupuk semangat patriotik  adalah antara keutamaan pihak sekolah dan program yang dianjurkan bersama Panitia Sejarah, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar.  Adalah diharapkan negara dapat melahirkan generasi yang sentiasa menghargai  kemerdekaan pada masa hadapan.

Kronologi:

8.00 pagi
Ucapan perasmian

9.00 pagi
Perarakan jalur gemilang oleh pasukan unit beruniform STAR

13 Jalur gemilang dinaikkan serentak


Perarakan masuk Jalur Gemilang oleh Pasukan Unit Beruniform

Pengetua Menerima Jalur Gemilang untuk digantung dihadapan sekolah

Nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang
Seluruh Warga STAR berarak bersama Jalur Gemilang

Album Kenangan Pasukan Unit Beruniform STAR
VIP dan Pengurusan bergambar kenangan.