Pengenalan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
Rasional
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatansemua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid meliba
Matlamat
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
Bagi Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, SMK Tunku Abdul Rahman turut menjayakan larian 1 Murid 1 Sukan serentak bersama sekolah-sekolah lain di Malysia. Pelancaran peserta di STAR dilakukan oleh YDP PIBG tepat pada jam 7.45 pagi. Semua guru dan pelajar STAR telah hadir untuk mengambil bahagian.
Pelajar bersedia untuk dilepaskan
Larian sejauh 1.8 km telah disediakan untuk pelajar-pelajar STAR, sesuai dengan saranan kementerian supaya jarak larian yang ditempuh sekurang-kurangnya 1.5 km. Trek larian adalah mengelilingi sekitar SMKTAR dan berakhir di Medan Tunku,
peserta lelaki dilepaskan
Peserta perempuan tidak ketinggalan
Peserta perempuan sedang menanti untuk memulakan larian
Peserta yang berjaya dengan medal masing-masing
YDP PIBG STAR menyampaikan hadiah tempat ke 3 kategori guru wanita kepada Pn Fadilah Haron.
Pelajar menti untuk acara penyampaian hadiah-hadiah
Pengetua STAR, Jamil Ibrahim melahirkan rasa bangga di atas komitmen semua warga STAR dalam menjayakan larian ini. Beliau berharap ia akan menjadi pemangkin kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Hadiah untuk sepuluh pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh YDP PIBG STAR, beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga STAR di atas kejayaan menganjurkan larian ini, Larian seperti ini perlu diadakan lebih kerap dalam melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dalam meyediakan barisan muda negara yang cemerlang dalam semua segi, ujar beliau.
Setiausaha Sukan STAR, En Mohd Rizal berharap budaya sukan dapat diperkukuhkan dalam setiap diri pelajar supaya hasrat melahirkan generasi yang sihat akan tercapai sepenuhnya. Beliau juga menyarankan setiap pelajar memperuntukkan waktu yang sesuai untuk bersukan disamping tidak mengabaikan pelajaran.