26 February 2012
06 February 2012
RAGBI MSSD KOTA SETAR 2012 MERIAH
Khamis 2 Februari 2012- Alor Setar, Pertandingan ragbi peringkat Majlis Sekolah-sekolah Daerah Kota Setar (MSSD) berlangsung dengan meriah di padang SMK Tunku Abdul Rahman selama tiga hari yang bermula pada 31 Januari lalu.
SMK Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai pengelola kejohanan pada tahun ini. Sebanyak 12 pasukan kategori 12 dan 18 tahun mengambil bahagian. Saina A, Saina B, SMKDSO, ASTEC, KSAH dan STAR adalah antara pasukan yang sentiasa menyertai kejohanan ragbi ini.
Perlawanan pada tahun ini memperlihatkan semua pasukan yang bertanding berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara daerah. Menurut setiausaha sukan STAR, Mohd Rizal Abd Rahman, para pemain yang mewakili sekolah masing-masing begitu komited dan penuh semangat kesukanan. sepanjang kejohanan ini tiada insiden pergaduhan atau provokasi antara pasukan yang terjadi walaupun banyak pihak melabelkan sukan ragbi adalah sukan yang lasak dan mudah mencetuskan pergaduhan antara pemain. Namun atas semangat kesukanan dan bimbingan jurulatih semua pasukan bermain dengan cemerlang sekaligus memartabatkan sukan ragbi sebagai wadah penyambung silatulrahim.
Kejohanan pada tahun ini menyaksikan Pasukan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena menjadi johan setelah menewaskan pasukan SMK Dato Syed Omar dalam perlawanan akhir yang sengit. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En Anas b Ishak, Penolong Pengarah Kanan Sukan Jabatan Pelajaran Kedah. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan bertanding dan berharap mutu sukan ragbi akan dipertingkatkan lagi bagi menghadapi cabaran peringkat MSSK.

En Anas B Ishak menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)