24 February 2013

1400 Pelajar STAR Alor Setar Sertai Kejohanan Merentas Desa Kali ke 40 2013

Warga kerja SMKTAR dan pelajar bergambar sebelum acara.
Alor Setar, 23 Februari 2013. Seramai 1400 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman menyertai Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.  Kejohanan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Semua pelajar begitu bersungguh-sungguh semasa acara berlangsung. Acara ini juga adalah acara tahunan sekolah dan salah satu program mempromosikan gaya hidup sihat. Setiausaha sukan SMKTAR, En Mohd Rizal b Abd Rahman melahirkan rasa bangga dengan kehadiran pelajar pada tahun ini.  Beliau juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga kerja SMKTAR dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini.

Lokasi Kampung Suka Menanti dipilih sebagai venue kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar STAR merasai pengalaman suasana kampung yang sebenar disamping keadaan trafik yang terkawal jika dibandingkan dengan susanan sekeliling kawasan SMKTAR yang telah dihimpit pembangunan.  Faktor keselamatan dan kedamaian menjadikan kejohanan pada tahun ini mendapat sambutan yang baik.

Penganjuran kejohanan ini juga mendapat sokongan daripada pihak Polis Diraja Malaysia dan PIBG yang masing-masing telah menghantar anggota untuk membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta. Pasukan PBSM dan ST JOHN Ambulance juga memainkan peranan penting menjaga keselamatan peserta di sepanjang trek larian.

Taklimat daripada PK Ko En Azizan.

larian berbilang kaum

Peserta lelaki memulakan larian
pelajar perempuan juga bersemangat





Peserta mendapatkan kupon di Check Point.
 Peserta mendaftarkan diri selepas melepasi garisan penamat

Cikgu Ali dan pelajarnya

Penyampaian hadiah oleh PK HEM En Fisol

Penyampaian Hadiah oleh YDP PIBG, En Fuad Lazim.

Peserta berehat selepas tamat larian
Kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh rumah Kuning, dengan mata sebanyak 213 dan diikuti rapat oleh rumah hijau dengan pungutan mata 204. Tempat ketiga pula disandang oleh rumah Ungu (168), keempat rumah Merah (146) dan kelima rumah Biru dengan pungutan mata 123.

YDP PIBG, En Fuad Lazim telah sudi hadir melepaskan peserta dan menyampaikan hadiah. Beliau melahirkan rasa syukur kerana kejohanan ini dapat dijayakan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kemalangan. Beliau juga menyeru semua pelajar supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang disekolah agar menjadi insan berjaya pada masa hadapan.


membantu pelajar yang kepenatan, keharmonian kaum

Guru bertugas memastikan keselamatan pelajar di jalan raya.

23 February 2013

Layang-layang Terbang Tinggi di Padang SMKTAR 2013

Pelajar bersama layang-layang masing-masing.



setiap orang cuba mengawal layang-layang




Alor Setar, 4 Februari 2013. Pelajar-pelajar perempuan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah mempelajari teknik menaikkan layang-layang.  Suasana meriah dengan deraian sorak pelajar setiap kali mereka berjaya menerbangkan layang-layang. Setengahnya merupakan pengalaman pertama mereka bermain layang-layang sendiri.
jarang-jarang dapat main layang-layang disekolah...
Menurut Cikgu Mohd Rizal b Abd Rahman, beliau memilih permainan layang-layang untuk aktiviti bersama pelajar kerana bersesuaian dengan suasana sekarang yang berangin, disamping memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar perempuan yang sebilangannya tidak berpeluang bermain layang-layang di rumah bersama bapa mereka. Kawasan perumahan yang terhad dan ketiadaan masa menyebabkan mereka tidak dapat menikmati permainan ini. Dalam aktiviti ini saya mengajarkan mereka mengikat teraju layang-layang serta memasang rangka buluh serta ekor dengan betul. Ternyata pelajar perempuan begitu seronok dan teruja dengan permainan ini.  Disamping berseronok, pelajar juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama mereka.
memang bestkan??
Kawasan padang SMK Tunku Abdul Rahman yang luas memberikan peluang kepada pelajar-pelajar ini mengenali dengan lebih dekat permainan layang-layang. Suasana pembelajaran dapat ditingkatkan dengan cara mendedahkan pelajar dengan sedikit cabaran supaya mereka kreatif untuk mengatasinya.
 
posing lagi...