pengurus pasukan STAR |
Pada tahun ini, STAR Alor Setar telah mengambil bahagian dalam kejohanan yng telah memasuki era 31 tahun. Dalam kerancakkan pertandingan, STAR berjaya merebut 3 pingat emas dalam acara 10 KM jalan kaki, 100M, dan 200M. Ratu Pecut STAR, Nur Shahirah Abd Karim telah berjaya menjulang nama STAR dalam acara 100 dan 200M.
Walaupun hanya menggondol 3 pingat emas, STAR menduduki tempat ke 10 daripada 36 pasukan yang bertanding. Kejayaan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik Kota Setar merupakan antara pencapaian terbaik STAR dalam tempoh 3 tahun,
Shahirah Abd Karim bersama pingat yang dimenangi. |
Ratu pecut STAR merupakan seorang pelajar tingkatan 3 dan telah berkecimpung dalam acara pecut sejak sekolah rendah lagi. Bakat yang ada pada beliau telah membolehkan beliau mewakili Kedah ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia tahun lepas. Beliau juga membantu pasukan Kota Setar meraih pingat dalam acara berpasukan 4 X 100 M dan 4 X 200M dalam temasya MSSK tahun lalu. Harapannya pada tahun ini beliau dapat membantu pasukan negeri Kedah untuk meraih pingat dalam temaya MSSM yang akan diadakan tidak lama lagi dan seterusnya berharap dapat mewakili Malaysia di Asian School Games.
Pelajar ini menjadikan Usain Bolt sebagai idola dan bercita-cita menjadi pegawai polis pada masa hadapan, Pada masa ini beliau mendapat latihan yang baik daripada Sekolah Sukan Kedah, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Bakat yang digilap sejak sekolah rendah ini diharap memberi kejayaan kepada pasukan Kedah.
Anak kelahiran mergong ini, merupakan anak ke 4 darpada 6 beradik dan gemar melancong. Namun pelajaran dan latihan harian tidak diabaikan demi mencapai cita-cita dan masa depan yang cemerlang. Semoga bakat yang ada pada dirinya memberi manfaat yang besar pada masa hadapan