30 October 2014

BERSARA SELEPAS 34 TAHUN 10 BULAN 21 HARI, PUAN WAN NASRIAH DALAM INGATAN

Alor Setar, 24 Oktober 2014.  STAR Alor Setar mencatat sejarah tersendiri apabila seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini telah bersara.  Pn Wan Nasriah bt Wan Abdul Rahman telah mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Januari 1980 yang merupakan sekolah pertama dan terakhir beliau bertugas.

Beliau banyak merakam segala perkembangan STAR sepanjang 34 tahun perkhidmatan di sekolah ini. Beliau mengajar 3 generasi pelajar sekitar kawasan ini, dan terdapat pelajar beliau yang kini menjadi rakan setugas di sekolah ini.  Malah beliau bertemu jodoh dengan guru sekolah ini dan turut mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka juga di sekolah ini.  Begitu dekat dan bermaknanya SMK Tunku Abdul Rahman kepada beliau.

Merupakan anak jati Kota Setar, dilahirkan di Batu 3 Tandop, bersekoloah di Sk Tandop (Wan Mat Saman,) SMK Sharifah Rodziah, dan SMK Dato Syed Omar sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Memulakan kerjaya guru pada 1.1.1980

Rekod kerjaya yang cemerlang dengan 2 kali menerima anugerah cemerlang dari kementerian pendidikan.  Beliau melakar sejarah tersendiri dengan mengekalkan rekod kelulusan 100% dalam sbjek yang diajarinya dalam peperiksaan awam.  Seorang guru yang mudah didekati dan tidak lokek menabur ilmu kepada rakan sejawat menjadikannya rakan yang dihormati.

Pasti selepas ini kami akan merindui masakan beliau setiap kali jamuan diadakan, selama ini air tangan beliau begitu sinonim dengan selera warga star. Kehilangan yang sukar dicari ganti ini menghibakan rakan sejawat.  pastinya yang hilang akan berganti, semuga cikgu wan, gembira dengan kehidupan baharu yang menanti.
selamat bersara dari kami WARGA STAR ALOR SETAR.

ucapan terakhir sebelum bersara, penuh nasihat dan bersulam kemaafan

memotong kek hari jadi yang ke 58

menerima plak persaran dari pengetua, Turin Ahmad

Sejambak bunga dari Pengerusi Majlis Staf, Mohd Rizal

bekas pelajar,En Norizan Ali menghadiahkan  lukisan karya sendiri kepada guru yang dihormati

rakaman waktu terakhir

menandatangani buku pelawat

bersama rakan sejawat

bersalam dengan pelajar yang mengiringi kepulangan cikgu tersayang

3 sejawat yang bakal bersara wajib penghujung tahun ini

bersama suami tercinta, En Mohamad (KPP Unit Peperiksaan dan penilaian JPN Kedah)

28 October 2014

PERTANDINGAN KAWAD KAKI MEMUPUK DISIPLIN PELAJAR STAR




pasukan johan dan naib johan kawad kaki 2014 SMKTAR

Alor Setar, 18 Oktober 2014. SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar mengambil peluang dicelah celah kesibukan peperiksaan PT3 untuk menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform.  Program anjuran unit kokurikulum berjalan lancar dengan penyertaan semua badan unit beruniform sekolah ini.

Pengetua STAR, Turin Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan kepada barisan urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan ini.  Turut hadir menyaksikan pertandian ialah Tuan DSP Rosli dari IPKS yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurut penyelaras pertandingan kawad kaki Cikgu Mohd Rizal b Abd Rahman, sebanyak 9 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan selama 3 jam ini. Mereka terdiri daripada pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan penyelamat, Putri Islam, Kadet Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulance dan Pengakap.  Semua pasukan menunjukkan komitmen yang tinggi semasa pertandingan.

Pasukan pasukan telah berlatih setiap kali perjumpaan mingguan, dan kemuncaknya mereka diuji dalam satu pertandingan yang diadili oleh 10 orang hakim yang merangkumi elemen keseragaman dan kekemasan pakaian, kawad statik, kawad dinamik, kawad formasi dan kepimpinan.  Aktiviti kawad sememangnya diiktiraf sebagai penjana kerjasama dan persefahaman sesama ahli pasukan, malah ia juga memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab terhadap kerjabuat peserta. dengan adanya pertandingan sebegini, diharapkan sahsiah dan disiplin pelajar STAR dapat ditingkatkan seterusnya melahirkan pelajar yang memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Dalam pertandingan ini, johan disandang oleh pasukan Kadet Polis dan tempat kedua oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah, diikuti oleh pasukan St John Ambulance. ketua platun terbaik disandang oleh Kadet Remaja Sekolah. Lain-lain pasukan menunjukkan persembahan yang baik namun masih belum berjaya menambat hati para hakim. semoga semua pasukan akan bertanding lagi pada masa hadapan dengan penuh semangat dan komitmen.
terdiri pelajar tingkatan 1,2 dan 4

penuh semangat

ketua platun terbaik



aksi juara

14 September 2014

WARGA STAR WARNAI SEMANGAT KEBANGSAAN DENGAN KAYUHAN MERDEKA 2014

Alor Setar 13 September 2014, Guru dan pelajar SMK Tunku Abdul Rahman turut menyertai jutaan rakyat Malaysia mewarnai sambutan bulan kemerdekaan dengan menganjurkan kayuhan merdeka 2014. Program yang dirancang dengan rapi oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini mengibarkan Lajur Gemilang sepanjang perjalanan.

Kayuhan Merdeka 2014 diketuai sendiri oleh pengetua STAR, Turin Ahmad. Peserta kayuhan berlepas dari kawasan sekolah ke kaki Gunung Keriang pada jam 8.30 pagi.  Perjalanan melalui kawasan kampung di sekitar Mergong dan turut merentas sawah padi melibatkan jarak hampir 14 kilometer sehala. Hampir jam 10.30 pagi semua peserta telah selamat sampai di kaki Gurung Keriang.

Aktiviti bersambung dengan mendaki hingga ke puncak Gunung Keriang dan mengibarkan jalur gemilang disana.  Walaupun hujan gerimis dan laluan  ke puncak agak licin, ia tidak mematahkan semangat perserta untuk terus mendaki ke puncak.

Program ini dirancang untuk memupuk semangat pelajar untuk mencintai tanah air.  dengan aktiviti sebegini, semangat cintakan tanah air dipupuk dalam diri setiap pelajar dengan lebih berkesan.  Penglibatan mereka dalam aktiviti begini dapat menjadi pemangkin untuk mereka lebih menghargai kemerdekaan tanah air tercinta, Turin Ahmad.
bergambar sebelum memulakan kayuhan


mengibarkan bendera di puncak Gunung Keriang 2014


10 September 2014

Meneroka Gua Tempurung Membina Semangat Berpasukan Guru-guru SMK Tunku Abdul Rahman

6 September 2014, Seramai 43 orang guru SMK Tunku Abdul Rahman menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Gua Tempurung, Gopeng Perak. Rombongan yang diketuai oleh pengetuanya Turin b Ahmad telah bertolak seawal jam 5.00 pagi dari Alor Setar dan sampai di perkarangan gua pada jam 10.00 pagi.

Menyusuri gua merupakan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental peserta.  Stamina fizikal dan mental mestilah dalam tahap yang baik untuk mengambil bahagian dalam program ini. Peserta juga diingatkan supaya memastikan tahap kesihatan masing masing adalah sesuai untuk turut serta dalam misi meneroka gua.

Keindahan struktur batuan dalam gua yang terbentuk melalui proses hakisan, larutan, dan luluhawa telah menjadikan permukaan seluruh gua unik.  Tambahan pula dengan saiz mega gua tempurung ini menyebabkan ramai peserta terpesona dengan keindahannya.

Dengan memilih pakej 3 iaitu kategori separuh mencabar yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk menyelesaikannya.  Tetapi masa keseluruhan yang di ambil oleh kumpulan ini ialah 4 jam.  Aksi bermula dengan mendaki 230 anak tangga sehingga sampai ke siling gua yang berketinggian 125 meter dari lantai gua.

Aktiviti lasak bermula sebaik kami mula menuruni tanga ke lantai gua. Di satu kawasan lapang semua peserta diminta duduk dalam keadaan senyap dan semua lampu picit dimatikan.  Keadaan menjadi teramat sunyi dan gelap gelita sehingga tidak dapat melihat tapak tangan sendiri dihadapan muka.

Kemudian, menyusuri sungai bawah tanah dengan penuh kepayahan.  Ada ketikanya peserta terpaksa merangkak, membongkok untuk melepasi sesuatu laluan.  Terdapat juga tempat pesrta terpaksa menggelungsur di atas batu yang licin setinggi 15 meter dengan kecerunan 45 darjah!, ramai guru yang gayat dan gementar untuk melepasinya.  Namun atas semangat kerjasama berpasukan yang tinggi di kalangan warga guru STAR, semua halangan dan cabaran dapat ditempuhi dengan jaya.

Pengetua STAR, Turin Ahmad, berpuas hati dengan tahap cabaran yang dilalui dan objektif untuk membina semangat berpasukan dapat diserlahkan dengan kerjasama erat guru guru dalam menyelesaikan kembara yang penuh cabaran ini. Menurutnya lagi, walaupun ramai guru senior yang hadir, namun mereka menunjukkan kesungguhan untuk menamatkan cabaran tanpa mengira peringkat umur, yang rata-ratanya memasuki zon 40 tahun ke atas.

Penyelaras kembara Gua Tempurung En Mohd Rizal melahirkan rasa syukur kerana semua peserta selamat melalui cabaran tanpa sebarang kecederaan. Kerjasama berkumpulan yang ditunjukkan semua guru dalam ekpidisi ini akan menjadi pemangkin dalam memacu kejayaan dalam kerjaya mereka.
semua peserta bergambar sebelum memulakan ekpidisi

sempat selfie dihadapan pintu masuk gua

dengan bantuan lampu suluh, kami mula meneroka gua tempurung

bergambar di tempat tertinggi dalam gua, "top of the world"

Peserta menggelongsor menuruni batu curam dengan cahaya lampu suluh

keadaan gelap gelita dalam gua

cuba melepasi lubang seluas 0.5 m untuk ke peringkat seterusnya.

masih lagi mampu tersenyum walaupun berada jauh di dalam terowong bawah tanah.

Pengetua dan sebahagian peserta bergambar di dalam gua

antara keunikan batuan dalam gua tempurung

Selamat keluar dari perut gua, peserta nampak gembira dengan kejayaan menamatkan cabaran gua.

21 August 2014

PELAJAR STAR SAHUT CABARAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN JASMANI 2014

Alor Setar, 13 Ogos 2014. Seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah menyahut cabaran perkhemahan PJK tahun ini.  Perkhemahan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lasak ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tahun ini diadakan di Kem Motivasi Cikgu AZiz, Kg Perik, Kuala Nerang.

Diiringi oleh lapan orang guru pengiring, kem PJK berjaya diurus dengan baik dan selamat. Menurut ketua guru penasihat kem pjk. Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, pelajar yang menyertai kem ini adalah dari kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Kem ini merupakan medan untuk pelajar menyerlahkan kreativiti dan membina keyakinan diri melalui aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti membina keyakinan diri adalah, berjalan malam dalam keadaan gelap tanpa lampu sejauh 5 km, halangan komando, merentas hutan berkumpulan, kembara pandu arah dengan kompas dan masakan dalam hutan.

Harapannya, semoga pelajar yang berpeluang menyertai kem ini dapat menimba banyak pengalaman dan lebih matang dalam menghadapi zaman remaja. Di samping aktiviti aktiviti lasak, pelajar juga bersembahyang secara berjemaah, tazkirah ringkas disampaikan selepas selesai solat, bacaan yassin selepas solat magrib yang dikendalikan oleh guru guru pengiring.  Terdapat juga slot motivasi dan ceramah kemahiran belajar yang juga disampaikan oleh Cikgu Rizal.

Guru guru pengiring memasak untuk peserta kem

sesi belajar kompas dan orenteering

kembara pandu arah menggunakan kompas.

masakan dalam hutan, tanpa menggunakan alatan, rebus telur dalam tanah dan roti lilit

guru pengiring, Cik Fatin sedang hidang makanan kepada peserta

salah satu cabaran halangan komando

tolong menolong dalam merentas hutan

kerjasama berpasukan

bual bicara santai waktu malam pelajar dan guru.

gambar kenangan kem pjpk 2014

sesi penghargaan kepada peserta

09 August 2014

Sambutan Aidilfitri 1435 H, Bara'an Menjalinkankan Silatulrahim

Alor Setar, 9 Ogos 2014. Biasanya, Bara'an Aidilfitri di buat dikawasan majoriti melayu jawa, seperti di Selangor dan Johor. Namun Bara'an Aidilfitri pada tahun ini turut diadakan di Alor Setar oleh komuniti SMK Tunku Abdul Rahman (STAR Alor Setar).

Menggunakan konsep bara'an, seluruh warga STAR dengan diiringi ahli keluarga telah bergerak secara rombongan ke rumah rumah yang mengambil bahagian pada tahun ini.  Disetiap rumah yang dikunjungi akan dibuat tahlil ringkas dan doa selamat dan diakhiri dengan Marhaban.

Pengetua STAR, Turin Ahmad bertindak selaku ketua rombongan dan turut mengetuai majlis Tahlil dan bacaan doa.  Pada tahun ini, hampir 80 orang ahli keluarga STAR Alor Setar menyertai program hari raya ini. Penyelaras program bara'an  En Mohd Rizal menyatakan objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim sesama warga STAR disamping dan berkenalan dengan anggota keluarga yang lain. Dengan penyertaan 4 buah rumah pada tahun ini, menambahkan lagi kemesraan warga STAR.

Menjamu selera di rumah pertama

Rumah kedua pun masih meriah lagi.

anak anak dapat beramah mesra

Majlis tahlil

bergambar bersama tuan rumah dan sebahagian peserta

Rumah terakhir, di Bandar Darulaman, Jitra

beramah mesra dan berkenalan sebelum jamuan.

16 July 2014

Kursus Balapan dan Padang 2014- Guru Guru SMKTAR


Alor Setar, 17 Mei 2014. SMK Tunku Abdul Rahman mengadakan kursus pendek balapan dan padang kepada semua guru.  Kursus pendek ini bertujuan memantapkan kemahiran guru guru dalam bidang sukan. Kursus anjuran Majlis Sukan STAR ini, dimulakan dengan senam robik.


 

 Antara acara sukan yang dibuat adalah, lari pecut 100m, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing, dan lontar peluru.


penerangan teknik memulakan larian 100m

Mengambil kedudukan sedia.

teknik merejam lembing

Puan Che Rokiah, Penolong Kanan tidak ketinggalan mencuba lontar peluru

Teknik latihan ansur maju lompat jauh.
Pengetua STAR, Turin Ahmad berpuashati dengan kesungguhan guru guru mengambil bahagian dengan aktif. beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Sukan STAR atas inisiatif menganjurkan kursus pendek ini.

Penyelaras kursus, En Mohd Rizal juga mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru dalam menjayakan kursus pendek ini. Adalah diharapkan kemahiran dan pengetahuan daripada kursus ini dapat dimanfaatkan dalam PDP guru guru.