16 February 2014

PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA SETAR KALI KE 32, BERGAYA.

Alor Setar, 15 Februari 2014.  Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah kota Setar berjalan dengan lancar dan bergaya.  Perasmian disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Kedah, Dato Mansur b Lat di Stadium Darulaman.

Bersempena dengan perasmian tersebut, semua 43 kontigen yang mengambil bahagian telah menyertai acara perbarisan masuk kontigen yang turut dinilai dan dipertandingkan sebagai acara pembukaan.  Penilaian hakim adalah berdasarkan kepada kesegakkan berjalan, kekemasan, mesej,dan  kreativiti. Pada edisi ke 32 ini juara keseluruhan telah disandang oleh pasukan SMK Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh SMK Convent ditempat kedua, SMK Wam Mat Saman ditempat ke 3, SMK Simpang Kuala ditempat ke 4 dan SMK Seri Ampang ditempat kelima.

Semua pasukan bertanding telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi, namun keputusan juri yang terdiri daripada 4 orang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah adalah muktamad dengan memilih pasukan SMK Tunku Abdul Rahman sebagai johan.  Pasukan STAR, membawa mesej semangat kesukanan dalam masyarakat berbilang kaum, pasukan perbarisan STAR juga dianggotai oleh pelajar berbilang bangsa, Melayu, Cina, dan India lantas mempamerkan semangat muhibbah.  Turut dibawa dalam perarakan itu ialah potret YM Tunku Abdul Rahman, bersempena dengan nama sekolah itu sendiri.

Pengetua STAR, Turin Ahmad mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama guru dan pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan. semoga kejayaan pasukan perbarisan akan seiring dengan pasukan balapan dan padang dalam mengejar sasaran pingat dalam kejohanan ini.

Menurut pengurus pasukan STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, pelajar dan guru telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa latihan, dengan sumbangan idea dan kerjasama yang terjalin menyebabkan peserta STAR dapat memberi persembahan yang mantap sekaligus menambat hati para hakim, beliau juga mengakui pasukan-pasukan lain juga telah berusaha bersunguh-sungguh namun tuah masih menyebelahi STAR yang telah meraih 5 kali kejuaraan dalam masa enam tahun iaitu 2012,2011,2010,2009, dan terkini 2014. Seterusnya beliau berharap pasukan atlit dapat mencapai sasaran kutipan pingat pada tahun ini.

pasukan STAR meraikan kejayaan.