21 August 2014

PELAJAR STAR SAHUT CABARAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN JASMANI 2014

Alor Setar, 13 Ogos 2014. Seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah menyahut cabaran perkhemahan PJK tahun ini.  Perkhemahan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lasak ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tahun ini diadakan di Kem Motivasi Cikgu AZiz, Kg Perik, Kuala Nerang.

Diiringi oleh lapan orang guru pengiring, kem PJK berjaya diurus dengan baik dan selamat. Menurut ketua guru penasihat kem pjk. Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, pelajar yang menyertai kem ini adalah dari kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Kem ini merupakan medan untuk pelajar menyerlahkan kreativiti dan membina keyakinan diri melalui aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti membina keyakinan diri adalah, berjalan malam dalam keadaan gelap tanpa lampu sejauh 5 km, halangan komando, merentas hutan berkumpulan, kembara pandu arah dengan kompas dan masakan dalam hutan.

Harapannya, semoga pelajar yang berpeluang menyertai kem ini dapat menimba banyak pengalaman dan lebih matang dalam menghadapi zaman remaja. Di samping aktiviti aktiviti lasak, pelajar juga bersembahyang secara berjemaah, tazkirah ringkas disampaikan selepas selesai solat, bacaan yassin selepas solat magrib yang dikendalikan oleh guru guru pengiring.  Terdapat juga slot motivasi dan ceramah kemahiran belajar yang juga disampaikan oleh Cikgu Rizal.

Guru guru pengiring memasak untuk peserta kem

sesi belajar kompas dan orenteering

kembara pandu arah menggunakan kompas.

masakan dalam hutan, tanpa menggunakan alatan, rebus telur dalam tanah dan roti lilit

guru pengiring, Cik Fatin sedang hidang makanan kepada peserta

salah satu cabaran halangan komando

tolong menolong dalam merentas hutan

kerjasama berpasukan

bual bicara santai waktu malam pelajar dan guru.

gambar kenangan kem pjpk 2014

sesi penghargaan kepada peserta

09 August 2014

Sambutan Aidilfitri 1435 H, Bara'an Menjalinkankan Silatulrahim

Alor Setar, 9 Ogos 2014. Biasanya, Bara'an Aidilfitri di buat dikawasan majoriti melayu jawa, seperti di Selangor dan Johor. Namun Bara'an Aidilfitri pada tahun ini turut diadakan di Alor Setar oleh komuniti SMK Tunku Abdul Rahman (STAR Alor Setar).

Menggunakan konsep bara'an, seluruh warga STAR dengan diiringi ahli keluarga telah bergerak secara rombongan ke rumah rumah yang mengambil bahagian pada tahun ini.  Disetiap rumah yang dikunjungi akan dibuat tahlil ringkas dan doa selamat dan diakhiri dengan Marhaban.

Pengetua STAR, Turin Ahmad bertindak selaku ketua rombongan dan turut mengetuai majlis Tahlil dan bacaan doa.  Pada tahun ini, hampir 80 orang ahli keluarga STAR Alor Setar menyertai program hari raya ini. Penyelaras program bara'an  En Mohd Rizal menyatakan objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim sesama warga STAR disamping dan berkenalan dengan anggota keluarga yang lain. Dengan penyertaan 4 buah rumah pada tahun ini, menambahkan lagi kemesraan warga STAR.

Menjamu selera di rumah pertama

Rumah kedua pun masih meriah lagi.

anak anak dapat beramah mesra

Majlis tahlil

bergambar bersama tuan rumah dan sebahagian peserta

Rumah terakhir, di Bandar Darulaman, Jitra

beramah mesra dan berkenalan sebelum jamuan.