16 August 2016

MERDEKA. Sehati Sejiwa. STAR Alor Setar



Alor Setar, 16 Ogos 2016.  SMK Tunku Abdul Rahman, STAR melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan penuh cemerlang.  Majlis tahunan ini disambut meriah oleh segenap warga STAR.  Tambah berseri, majlis ini di rasmikan oleh Dato Hj Mohd Yusoff bin Ismail , Pengerusi USIMA GROUP (Timbalan Ketua UMNO bahagian Alor Setar).

Dalam ucapan perasmian, Dato Hj Mohd Yusoff menyeru semua pelajar untuk  bersama menghayati nikmat kemerdekaan dengan menghargai kemakmuran yang dinikmati sekarang.  Pelajar boleh menterjemahkannya dengan belajar secara bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.  Kejayaan dalam pelajaran merupakan syarat untuk berjaya  dalam keadaan persaingan  yang kuat pada masa kini. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar dan pelajar mestilah berusaha merebutnya.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris berharap pelajar dapat menghayati semangat kemerdekaan negara dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Memupuk semangat patriotik  adalah antara keutamaan pihak sekolah dan program yang dianjurkan bersama Panitia Sejarah, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar.  Adalah diharapkan negara dapat melahirkan generasi yang sentiasa menghargai  kemerdekaan pada masa hadapan.

Kronologi:

8.00 pagi
Ucapan perasmian

9.00 pagi
Perarakan jalur gemilang oleh pasukan unit beruniform STAR

13 Jalur gemilang dinaikkan serentak


Perarakan masuk Jalur Gemilang oleh Pasukan Unit Beruniform

Pengetua Menerima Jalur Gemilang untuk digantung dihadapan sekolah

Nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang
Seluruh Warga STAR berarak bersama Jalur Gemilang

Album Kenangan Pasukan Unit Beruniform STAR
VIP dan Pengurusan bergambar kenangan.