Perkhemahan Tahunan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar.
Alor Setar, 29 Julai 2017. SMK Tunku Abdul Rahman Alor
Setar, Telah mengadakan perkhemahan tahunan panitia Pendidikan Jasmani di Pulau
Song Song, Yan Kedah. Seramai 40 peserta
mengikuti perkhemahan ini
Peserta perkhemahan melalui pengalaman yang menarik
sepanjang mengikuti perkhemahan ini, seperti pengalaman menaiki bot laju,
memasang khemah, menghidupkan api, membaca kompas, memancing, dan ikhtiar hidup
dia atas pulau serta menyantuni alam sekitar. Peserta didedahkan
dengan petua dan cara cara mengangani kecemasan dalam persekitaran yang terhad.
Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris yang turut serta
sepanjang perkhemahan, bertindak sebagai instructor utama dalam aktiviti yang
dijalankan. Aktiviti kokurikulum luar
begini dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada pelajar, mendekatkan
pelajar dengan alam sekitar, sekaligus menanam minat untuk menjaga alam sekitar
supaya generasi akan datang boleh menikmati
keindahan alam yang ada pada masa ini. Dengan pendedahan ini beliau berharap
pelajar yang menyertai perkhemahan ini beroleh pengalaman yang berharga untuk
digunakan pada masa hadapan.
Pemilihan Pulau Song Song
sebagai destinasi perkhemahan pada tahun ini adalah tepat kerana,
keadaan pulau Song Song dalam keadaan yang terjaga, bersih dan mempunyai
bekalan perigi air tawar. Pantai dan air lautnya sesuai untuk aktiviti berenang
dan snorkeling.
|
bergambar kenangan di Pulau Song Song, Yan Kedah |
|
Aktiviti santai guru dan murid |
|
Bergotong royong memasang khemah |
|
pengetua, menunjukkan teknik menyalakan api |
|
aktiviti memancing juga memberansangkan |
|
Makan berkelah mengeratkan silatulrahim |
|
pengalaman menaikin bot yang berharga. |