Alor Setar, 5 Julai 2018, SMK Tengku Laksamana mengadakan jamuan sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun
ini. Pengetua SMKTL Encik Harizan Sulaiman berkata, sambutan seumpama ini dapat menjadi
medan untuk merapatkan hubungan antara
kakitangan sekolah dan pelajar ia
juga menyaksikan kemuafakatan terjalin erat antara warga SMKTKL .
|
Garden Party oleh Pelajar Tingkatan Enam |
Bagi menghayati semangat Aidilfitri, sambutan ini
disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang dikelolakan mengikut kelas .
Antara menu yang disediakan
adalah, ketupat, nasi himpit, Bihun Sup,
Laksa, Kuih muih, mee goreng, nasi tomato dan banyak lagi.
Pelajar dan guru saling mengunjung dari kelas
ke kelas yang lain.
dengan menggayakan
aneka fesyen baju raya, sambutan aidilfitri tampak ceria dan bermakna.
Warga SMKTengku Laksamana bergambar kenangan sempena sambutan hari raya
pada tahun ini.
|
Pengetua mengadakan lawatan ke kelas untuk menikmati pelbagai juadah |
No comments:
Post a Comment