19 October 2009
LAWATAN KELANTAN DAN TERENGGANU
18 OCT 2009, Unit Sukan STAR telah mengadakan satu lawatan ke 2 buah negeri pantai timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan merasai suasana yang berlainan dari persekitaran sedia ada. Lawatan ini disertai oleh 40 orang warga STAR.
Bas rombongan bertolak dari STAR pada hari Khamis jam 11.30 malam dan sampai ke Kota Bharu pada pukul 7.00 pagi. aktiviti pada sebelah pagi bertumpu di Bandar Kota Bharu dan pada sebelah petangnya pula ahli rombongan bertolak ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Malamnya, sekali lagi anggota rombongan membeli belah d Wakaf Che Yeh. Seluruh ahli rombongan menginap di Wisma Al Asriah,(dekat dengan komplek MPKB).
Pada pagi hari Sabtu, kami bertolak ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, penarik dan merang. sampai di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1.00 tengahari dan destinasi pertama kami ialah Kedai Payang.Ahli rombongan berada di sini sehingga pukul 3 petang sebelum bertolak ke Pulau Wan Man untuk melawat masjid Kristal. Sebelum bertolak balik pada pukul 5.30 petang, kami singgah di Kg Losong Hj Su untuk membeli Keropok Lekor sebagai ole-ole kepada rakan taulan. (Jamal beli banyak)Akhirnya pada jam 6.30 petang kami mula bergerak meninggalkan Bandar Kuala Terengganu,
Alhamdulillah kami selamat sampai ke STAR Alor Star pada jam 5.00 pagi. Sesungguhnya lawatan ini memberi perspektif yang pelbagai kepada setiap peserta. moga acara seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waa harap ujan brenti la by the time projek pata-timo kita on ye cikgu
ReplyDelete