26 September 2010
STAR ALOR SETAR JUARAI PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS KOTA SETAR
Alor Setar, 23 September 2010. Pasukan Kadet polis SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak Daerah kota Setar di lapang sasar PDRM Pendang, Kedah. ujian ini disertai oleh 220 pelajar.
Pasukan STAR yang diwakili seramai 19 orang pelajar telah menjuarai kategori platun terbaik keseluruhan, di ikuti oleh pasukan SMK Tunku Sofiah dan tempat ketiga oleh Pasukan SMK Agama Kedah.
Menurut guru penasihat Kadet Polis STAR, En Shareh Roselin. Pasukan STAR telah memungut sebanyak 428 mata dan mengatasi pasukan lain. Beliau memuji kecekapan anggotanya dan berharap semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut mempengaruhi semagat untuk belajar di dalam kelas.
Bagi kategori individu lelaki; tempat pertama disandang oleh muhammmad Faezzran (STAR) tempat kedua Al Qasim Mahusin (SMK Seberang Perak) dan tempat ketiga Mohd Hanizar Arifin (STAR)
Manakala kategori individu perempuan; Tempat pertama Nur Sabrina Mohd Azhar (SMK Tunku Sofiah) tempat kedua Asmarina Saad (SMK Langgar) dan tempat ke tiga Iffa Ifahami Zainol (SMK Dato Wan Mohd Saman)
AKTIVITI MENEMBAK DEKATKAN POLIS DAN PELAJAR
Pendang, 23 September 2010. Kor Kadet Polis Daerah Kota setar telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak di lapang sasar PDRM di sini. Ujian ini dihadiri oleh 220 orang anggota kadet polis Daerah Kota Setar.
Acara tahunan ini dianjurkan oleh kontinjen Polis Daerah Kota Setar dengan diketuai oleh Pegawai Lapang sasar, Tuan Inspektor Shukri b Samah. Menurut beliau, ujian ini adalah untuk mendedahkan anggota kadet dengan teknik penggunaan senjata api. Setiap pelajar berpeluang menembak 20 butir peluru. terdapat juga anggota kadet yang didapati berbakat dalam acara menembak dan jika dipupuk bakat tersebut boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu juga, melalui aktiviti ini polis dapat mendekatkan diri dengan golongan remaja dan sekaligus dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Setiausaha kerja Kor Kadet Polis Daerah Kota Setar, ASP Azizi b Ismail, berharap setiap anggota yang menghadiri ujian ini akan lebih bersemangat dan berdisiplin dalam mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Kor Kadet Polis pada masa hadapan.
22 September 2010
KADET POLIS STAR ALOR SETAR KURSUS SENJATA 2010
Alor Setar,20 September 2010. Seramai 25 orang anggota kadet polis STAR Alor Setar telah terpilih untuk mengikuti kursus pengendalian senjata anjuran IPD Kota Setar. Kursus ini telah diadakan di SMK Agama Kedah, Mergong. Keseluruhannya seramai 80 orang anggota kadet polis kontinjen Kota Setar telah mengambilo bahagian.
Dalam kursus ini, peserta telah diajar cara dan etika pengendalian senjata M16. Taklimat disampaikan oleh unit senjata IPD Kota Setar. Kursus tahunan ini adalah bertujuan mendedahkan anggota kadet tentang pengendalian senjata, sekaligus menyuburkan minat pelajar untuk berdamping dengan anggota keselamatan.
Guru penasihat Kor Kadet Polis STAR, En Sareh Roselin berkata, ahli kadet yang mengikuti kursus ini adalah kalangan pelajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan. Beliau berharap pendedahan sebegini akan menyemarakkan lagi semangat anggota kadet polis. Selain itu, kursus ini juga adalah sebagai persediaan untuk menghadiri latihan menembak yang akan diadakan sedikit masa lagi.
14 September 2010
AIDILFITRI ERATKAN SILATULRAHIM BEKAS WARGA STAR ALOR SETAR,2010
turut hadir Tuan Zull dari IPD Kota Setar.
Sebahagian AJK majlis alumni bergambar kenangan.
Alor Setar, 13 September 2010. Warga STAR Alor Setar telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri untuk bekas pelajarnya. Majlis ini dihadiri oleh pelbagai lapisan pelajar STAR sejak tahun 1962.
Sambutan agak memberansangkan daripada bekas pelajar ini telah merintis jalan ke arah penubuhan ALUMNI STAR Alor Setar. Menurut Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim dalam ucapan aluannya menyeru supaya penubuhan alumni disegerakan memandangkan STAR akan menyambut penubuhannya yang ke 50 tahun. Di samping itu, alumni juga dapat menjadi rakan sekolah dalam memperkasakan imej dan prestasi sekolah. Sudah tiba masanya semua bekas pelajar STAR kembali ke pangkuan sekolah dan menabur jasa untuk generasi baru.katanya.
Majlis ini juga di hadiri oleh seorang pelajar STAR bergelar Dato iaitu Dato Arifin dan beberapa orang tokoh masayarakat, sekaligus menunjukkan bekas pelajar STAR Alor Setar telah ramai yang menjadi orang yang ternama. Adalah diharapkan majlis alumni akan mengumpul ramai tokoh yang penting demi pembangunan STAR pada masa hadapan.
Pengetua STAR sedang memberi ucapan
06 September 2010
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK BEKAS PELAJAR STAR ALOR SETAR 1962-2010
Bekas pelajar STAR telah mengambil inisiatif mengadakan Perhimpunan Hari Raya STAR Alor Setar 2010 bertempat di perkarangan sekolah STAR pada 13 September 2010 mulai jam 2.00 petang,
Kepada yang berminat untuk hadir, bolehlah menghubungi En Badrul Amin di talian 0124586619 dan Pn Rafizah di talian 013 424 7806. Kedatangan semua bekas pelajar amatlah dialu alukan.
Menurut pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim. Tujuan Perhimpunan ini di adakan adalah untuk mewujudkan suasana muhibah antara semua bekas pelajr, di samping dapat membentuk jawatankuasa untuk sambutan 50 tahun STAR Alor Setar pada tahun hadapan. Justeru komitmen daripada bekas pelajar amatlah diharapkan supaya STAR Alor Setar akan terus maju dan ternama.
Kepada yang berminat untuk hadir, bolehlah menghubungi En Badrul Amin di talian 0124586619 dan Pn Rafizah di talian 013 424 7806. Kedatangan semua bekas pelajar amatlah dialu alukan.
Menurut pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim. Tujuan Perhimpunan ini di adakan adalah untuk mewujudkan suasana muhibah antara semua bekas pelajr, di samping dapat membentuk jawatankuasa untuk sambutan 50 tahun STAR Alor Setar pada tahun hadapan. Justeru komitmen daripada bekas pelajar amatlah diharapkan supaya STAR Alor Setar akan terus maju dan ternama.
02 September 2010
SALAM AIDILFITRI 1431 H DARIPADA UNIT SUKAN STAR
Berdiri dari kiri: Musa, Fauzi, Mohd Ali, fairuz
duduk dari kiri, Mohd Rizal, Azizan dan Ridzuan.
Bersempena dengan Syawal tahun 1431 hijrah, Unit Sukan STAR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga pendidikan, sahabat dan rakan taulan serta sanak saudara. Semoga kedatangan Syawal pada tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)