26 September 2010

AKTIVITI MENEMBAK DEKATKAN POLIS DAN PELAJAR



Pendang, 23 September 2010. Kor Kadet Polis Daerah Kota setar telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak di lapang sasar PDRM di sini. Ujian ini dihadiri oleh 220 orang anggota kadet polis Daerah Kota Setar.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh kontinjen Polis Daerah Kota Setar dengan diketuai oleh Pegawai Lapang sasar, Tuan Inspektor Shukri b Samah. Menurut beliau, ujian ini adalah untuk mendedahkan anggota kadet dengan teknik penggunaan senjata api. Setiap pelajar berpeluang menembak 20 butir peluru. terdapat juga anggota kadet yang didapati berbakat dalam acara menembak dan jika dipupuk bakat tersebut boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu juga, melalui aktiviti ini polis dapat mendekatkan diri dengan golongan remaja dan sekaligus dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Setiausaha kerja Kor Kadet Polis Daerah Kota Setar, ASP Azizi b Ismail, berharap setiap anggota yang menghadiri ujian ini akan lebih bersemangat dan berdisiplin dalam mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Kor Kadet Polis pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment