30 December 2010

CUTI UMUM HARI AHAD 2 JANUARI 2011

Adalah dimaklumkan kepada semua guru dan pelajar bahawa sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada hari Ahad 2 Januari 2011 ditunda ke hari Isnin 3 Januari 2011 berikutan pengumuman cuti umum yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Cuti umum ini adalah anugerah kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia merangkul juara Piala Suzuki tahun 2010. Cuti Umum ini sepatutnya pada hari Jumaat, 31 Disember 2010, namun bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya jatuh pada hari Jumaat, maka cuti umum ini dibawa kehadapan iaitu pada hari Ahad.

Bagi pihak guru-guru, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana anugerah ini dan TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Malaysia, jurulatih, FAM dan seluruh penonton yang menyokong pasukan Malaysia. Semoga pasukan bola sepak Malaysia akan terus cemerlang.

Oleh yang demikian, semua pelajar dan guru akan memulakan sesi pembelajaran pada hari Isnin dengan menggunapakai jadual semasa. Harap maklum dan selamat kembali kesekolah.

sekian,

daripada warga rezalstar.

siaran daripada PPD Kota Setar.

Sukacitanya Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengumumkan cuti umum pada hari Ahad bersamaan 2 Januari 2011 sempena kejayaan Pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Sehubungan dengan itu sesi persekolahan sesi 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment