24 April 2011

Pertandingan Memancing Sempena Hari STAR 2011





Bersempena Hari Star 2011, Unit sukan telah mengadakan pertandingan memancing. Peserta terdiri daripada seluruh warga STAR, termasuk waris. Pertandingan di adakan di Kolam Memancing Sal Sal, kg Teluk Layang, Kuala Kedah.

Sebelum pertandingan bermula, semua peserta telah diberi taklimat ringkas oleh cikgu Rizal tentang aktiviti memancing. Peserta didedahkan dengan pengetahuan asas memancing seperti mengenal jenis-jenis joran dan mesin. jenis umpan yang sesuai dan teknik memancing yang betul.

Memancing adalah satu hobi yang berfaedah dan dapat memupuk kesabaran. Pemancing biasanya mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan ikan idaman. justeru kreativiti pemancing sentiasa berubah untuk memastikan buruan 27000 spesis ikan di dunia ini berhasil.

Tuan pengetua, Tuan Hj Jamil Ibrahim turut hadir memeriahkan suasana. Juara keseluruhan disandang oleh Mohd Najib dari tingkatan 4 dengan tangkapan siakap 4 kg, dikuti dengan cikgu Wahab dengan siakap 3.55 kg dan tempat ketiga Mohd Afig dengan menaikkan Jenahak 2.8 kg.

Bagi pihak penganjur, mengharapkan acara seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.


HARI STAR 2011

-PENGUMUMAN-
Kepada semua warga STAR, sambutan Hari Star pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 April 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dataran Putra

Justeru, semua pelajar dan STARIANS dijemput untuk menjayakannya. Pelbagai acara menarik menanti anda. Antaranya ialah gerai-gerai jualan dan pertunjukkan kugiran penyanyi tempatan dijemput untuk memeriahkan suasana.

17 April 2011

Kehilangan Secara Tiba-tiba. Al Fatihah


Alor Setar, Sabtu 16 April 2011. Pada hari ini, SMKTAR sekali lagi kehilangan seorang guru iaitu Puan Azilah yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai selepas solat Asar.

Kehilangannya secara tiba-tiba begitu dirasai oleh warga STAR. Menurut waris beliau, Allahyarham telah diserang angin ahmar pada malam Khamis, selanjutnya beliau terus tidak sedarkan diri hinggalah menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu kira-kira jam 10.00 pagi.

Puan Azilah berumur 45 tahun dan merupakan seorang kaunselor sekolah. Beliau disenangi rakan dan pelajar serta seorang guru yang prihatin. Meninggalkan suami dan 3 orang anak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman. Segala jasa baiknya hanya Allah jua yang membalas dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman... . Al Fatihah.