17 April 2011

Kehilangan Secara Tiba-tiba. Al Fatihah


Alor Setar, Sabtu 16 April 2011. Pada hari ini, SMKTAR sekali lagi kehilangan seorang guru iaitu Puan Azilah yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai selepas solat Asar.

Kehilangannya secara tiba-tiba begitu dirasai oleh warga STAR. Menurut waris beliau, Allahyarham telah diserang angin ahmar pada malam Khamis, selanjutnya beliau terus tidak sedarkan diri hinggalah menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu kira-kira jam 10.00 pagi.

Puan Azilah berumur 45 tahun dan merupakan seorang kaunselor sekolah. Beliau disenangi rakan dan pelajar serta seorang guru yang prihatin. Meninggalkan suami dan 3 orang anak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman. Segala jasa baiknya hanya Allah jua yang membalas dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman... . Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment