Alor Setar, 4 September 2013. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan perkhemahan tahunan panitia yang diadakan di Kampung Perik, Kuala Nerang. Disertai oleh 50 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 iaitu seramai 24 orang perempuan dan lelaki selebihnya. Perkhemahan 3 hari 2 malam telah memberikan kesan yang besar kepada pelajar yang menyertainya.
Program ini dirancang khusus untuk memberi pengalaman perkhemahan dan orenteering kepada pelajar, sebagai mana yang terkandung dalam silibus PJPK. Setiausaha panitia PJPK, En Mohd Rizal berkata, sambutan untuk menyertai perkhemahan ini sangat tinggi sehingga pihak panitia terpaksa membuat tapisan dan temuduga untuk memilih peserta yang benar-benar layak. Dalam perkhemahan ini, pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran perkhemahan termasuklah cara menggunakan kompas. Pelajar juga dibawa untuk aktiviti rentas hutan, aktiviti memerhati flora dan fauna, serta menghargai keindahan alam semulajadi.
Disamping aktiviti rutin perkhemahan, peserta juga diberi santapan jiwa berupa sesi motivasi, pembinaan pasukan, semangat kerjasama, dan solat berjemaah. Pada sebelah malamnya, pelajar juga beramai ramai membaca surah yassin disamping tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru-guru pengiring.
Pada majlis penutup, pengetua STAR, Turin b Ahmad dalam ucapannya menyeru semua pelajar yang hadir agar dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dalam semua bidang yang mereka ceburi. beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan memilih kesukaran dalam hutan selama 3 hari 2 malam. Semoga pengalaman yang dikutip sepanjang perkhemahan ini akan menjadi bekalan ilmu yang berharga pada masa hadapan.
Gambar sekitar perkhemahan
|
meredah sungai |
|
berkumpul selepas aktiviti lasak |
|
bergambar kenangan dengan pengetua, ajk dan pelajar STAR |
|
menuju destinasi |
|
Taklimat Perkhemahan |
|
Guru bertugas mengagihkan makanan |
No comments:
Post a Comment