BEIJING; PERJALANAN MERENTASI MASA.
Sudah lama berkira-kira hendak meninjau sebuah Negara di timur
yang sohor dengan pelbagai perkara. Namun kesempatan hanya hadir pada Disember
2011. Dengan di temani puan isteri kami
bergegas ke KLIA untuk terbang ke Beijing.
Bergabung dengan 25 orang rakan baru di KLIA,
lantas mencipta kenalan baru. Penerbangan dengan Chatay Pasific dan bertukar penerbangan
Dragon Air sebaik tiba di Hongkong.Perjalanan hampir 4 jam ke Hong Kong
terasa amat lama, 33 000 kaki di angkasa mengundang gundah yang tidak terucap.
Dengan tanah ibunda semakin jauh ditinggalkan. Walaupun kerusi empuk dan makanan lazat tersedia,
gundah jiwa masih jua terasa.
Mendarat di Bejing, badan terasa agak letih,
namun melihat kepada kemodenan lapangan terbang yang persis KLIA,
sedikit mengubat lesu. Pemeriksan imigresen yang
pantas dan mesra memadam tanggapan awal terhadap China.
Sebaik keluar dari Lapangan terbang, angin sejuk serta merta menerpa.
Mana mungkin anak khatulistiwa ini menahan suhu 0 darjah celcius, mungkin terlalu lama
menetap di Malaysia.Kemesraan pemandu pelancong China yang fasih berbahasa melayu
Indonesia memudahkan komunikasi.Masa sudah hampir magrib ketika kami
memasuki bandaraya Beijing.
|
Hadapan kedai makanan Islam Xinjiang |
Semestinya perut yang kosong perlu diisi. Makanan halal mudah didapati di sini.
Menurut pemandu pelancong, ada lebih 400 restoran Islam yang diiktiraf ada di
Beijing. Masakan cina memang telah biasa dengan rakyat Malaysia,
jadi tiada masalah untuk makan.
|
Nasi goreng |
|
Telur goreng adalah lauk yang mesti ada!! |
|
sayur kundur |
Selesai makan, kami ke pertunjukkan akrobatik. Satu tempat yang
wajib dikunjungi oleh karajaan China jika anda mengikuti pakej lawatan seperti ini.
Pertunjukkan yang menarik dan agak berbaloi.Satu cara kerajaan China
mempromosikan kebudayaan mereka.Mungkin kerajaan Malaysia
mempunyai langkah tertentu untuk mempromosikan kebudayaan kita kepada pelanconng.
Boleh dikatakan, Negara
besar ini membesarkan semua perkara dan benda. Dari tembok besar ke istana besar, dataran besar,
dan sesuai dengan jumlah penduduknya yang besar.Lawatan ke Istana Kota
Larangan mengundang rasa
kagum dengan seni bina dan saiz bangunannya. Segalanya besar. Pintu besar, tiang besar,
halaman besar, kawasannya juga amatlah besar,
diceritakan bahawa Kota Istana ini mempunyai 9999 buah bilik!
Berlatar belakang pintu masuk ke Istana Larangan yang
mempamerkan gambar besar pemimpin besar mereka.
Secara jujurnya saya kagum dengan seni bina istana yang
berusia ribuan tahun ini, sebagaimana ia bertahan sekian lama
begitulah jua keadaannya pada masa kini yang masih tegar menjadi ikon kebanggaan rakyat
China. Mungkin ratusan tahun lagi, binaan besar di Malaysia
juga akan dikagumi oleh warisan leluhur kita.
Di hadapan pintu masuk Istana Larangan,
lihat ketinggian tembok.
|
Kawasan istana ini masih lagi mengekalkan keasliannya,
terdapat taman di dalamnya yang ditanam dengan pohon cemara yang
telahpun berusia ratusan tahun, tempat dimana gundik-gundik maharaja beristirahat.
Kini menjadi tumpuan pelancong untuk mengalami sendiri pengalaman berada dalam suasana
yang berusia ratusan tahun.
|
Bahagian halaman dalam kota Larangan, luas. |
Apa yang berlegar di minda saya adalah tentang betapa berkuasanya
maharaja pada ketika itu, dengan memiliki kompleks istana yang luas,
dikelilingi oleh tembok dan parit pertahanan yang berlapis,
siap dengan pengawal terlatih, malah dengan ribuan gundik!
Menunjukkan betapa kuasa memunginkan segalanya di dunia ini. Tetapi pada hari ini, kuasa
maharaja telahpun berakhir disini. Ikibar kepada yang mahu memahami.
Perjalanan ke Negara ini tidak akan lengkap jika tidak menyertai ribuan pelancong
lain menjejak Tembok Besar. Sebaik bas kami menghampiri kawasan tembok ini, sekali lagi
rasa kagum menjelma. Apabila melihat kepada saiz binaan yang besar, memang besar.Nun
di puncak bukit, tersergam tembok yang kukuh dan kemas buatannya. Pengalaman menjejak
kaki kesini merupakan satu pengalaman yang unik dan nostalgia.
Perhatkan betapa tingginya salah satu bukit
yang menempatkan tembok besar.
Saya membayangkan betapa sukar tembok ini dibina,
dengan segala kemahiran dan kepakaran rakyat telah digunakan. Menurut pemandu pelancong,
kualiti pembinaan adalah sangat diambil berat oleh pemerintah pada masa itu dengan nyawa sebagai taruhan.
|
Bagimanakah teknologi dahulu kala dapat membinanya? |
Pendakian ketahap ini memerlukan 30 minit. Tangga yang
curam meyebabkan lutut terasa sakit. Namun digagahi juga mencapai ketinggian yang
maksimum. Peluang meneroka keajaiban dunia ini tidak mudah dipersiakan.
Membeli belah.
Terdapat banyak pusat membeli belah di sini, terpulang kepada pemandu pelancong membawa anda kesana.
Youshow market adalah antara destinasinya.Pelancong Malaysia
memang sinonim dengan kehebatan berbel anja. Mereka sama sekali tidak melupakan saudara mara dan sahabat handai
di ibu pertiwi. Antara barangan popular yang dibeli termasuklah rantai kunci,
sutera, jam tangan, pakaian sejuk, dan tidak ketinggalan juga
makanan ringan.
|
keledek bakar jadi tumpuan |
Penjaja jalanan sangat ramai, mereka akan menunggu di tangga bas
hampir di setiap destinasi. Jualan pula berupa barangan cenderamata, sarung tangan,
malah jam tiruan! Persis peniaga jalanan di Bandung! Barang mereka pula
murah dan berpatutan. Contohnya sarung tangan dijual pada harga 5 yuan! Bersamaan
RM2.50 sahaja, jika di Malaysia harganya mencecah RM25.00! jadilah pembeli yang
bijak. Suhu harian pada ketika ini adalah 0 darjah celcius, maka hampir semua ahli rombongan membeli sarungtangan!
Sampai di tanah air boleh pula digunakan untuk membersih halaman rumah.
Satu perkara yang
menarik apabila melewati kedai-kedai adalah mereka akan bertanya Negara asal kita.
Pada mulanya saya memberi jawapan yang jujur, Malaysia. Pantas sahaja mereka melayan dengan sangat baik. Semua harga istimewa akan diberi jika anda berminat untuk membeli.
Tapi awas jika tak jadi beli .Seorang rakan menjawab beliau dari Indonesia,
peliknya peniaga tadi tidak beria melayannya, dibiarkan sahaja rakan saya ini merayau. Rupanya pelancong Malaysia
lebih diminati peniaga disini. Kemahiran tawar menawar sangat berguna disini,
harga boleh dirundings ehingga 75%!
Apabila kami singgah bersolat di masjid,
ada juga penjaja jalanan yang berniaga di situ,
mereka menjual cenderamata dan juga kuih muih.Penjaja ini kebanyakkannya beragama Islam,
kuih yang popular adalah kuih kacang yang di adun bersama madu, kismis dan
lain-lain.Sedap. Seronoknya peniaga berwajah arab ini berbahasa melayu, perkataan
“mari rasa”’ , “halal”, “murah” begitu lancar dari lidah mereka. Betapa orang melayu ini begitu berpengaruh di sini. Bangga dengan bangsaku.
Bersama penjaja bangsa Ughyur, Islam. merasa keenakan kuih tradisional
Penjaja jalanan yang
tidak jemu memujuk pelanggan.
Berjalan kaki
adalah cara terpantas untuk ketempat-tempat bersebelahan, dari dataran Tiananmen kami
berjalan kaki ke Forbidden City, dengan cuaca yang sejuk perjalanan terasa selesa.
Kalau di Malaysia sudah pasti basah baju dek peluh.
Basikal di Beijing.
Saya terbaca sebelum ini bahawa kota Beijing adalah syurga basikal.
Apabila telah berada di sini, barulah saya faham bahawa pengangkutan yang
sesuai untuk jarak dekat di sini adalah basikal. Kita
boleh melihat kelibat penunggang basikal hampir di semua tempat. Dengan cuaca yang
sejuk, penunggang basikal merasa selesa untuk berkayuh walaupun untuk jarak yang
jauh. Ini adalah antara faktor mengapa rakyat Beijing berbasikal.
Tetapi ada satu pembaharuan,
hampirsemua basikal disini menggunakan enjin elektrik! Bukan hanya basikal,
malah beca roda tiga juga berenjin letrik. Kebanyakkan penjaja menaiki beca elektrik ini untuk membawa barang jualan mereka. Terdapat pelbagai jenis basikal elektrik disini! mungkin tidak lama lagi fenomena ini dapat disaksikan di Malaysia, kos efektif.
Penutup
Tidak dapat dinafikan, ada banyak perkara yang dapat dipelajari
di sini.Betul kata orang, jauh berjalan luas pengalaman.Ada banyak lagi catatan yang
belum ditulis, sekadar berkongsi beberapa perkara menarik sahaja. Beijing kami
tinggalkan dengan memori yang pelbagai warna, namun yang
pastinya puan isteri cukup berpuas hati. Penerbangan pulang ke tanah air
terasa sungguh perlahan, maklumlah sudah 7 hari nasi lemak, roti canai,
teh tarik tidak menyapa tekak! Walaupun Beijing boleh dikagumi, manakan sama dengan
Malaysia tercinta. Mendarat di KLIA, hati berbaur bangga. Malaysia.