Semasa berpuasa, aktiviti memproses
makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah
ditetapkan). Tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan.
Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan
buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam
keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran
lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang
keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih
tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat
dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan
bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain.
Perlu dinyatakan bahawa proses
pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat
dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit
(susah membuang air besar). Usus besar adalah di antara organ perkumuhan utama
badan. Organ perkumuhan lain termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika
kurang air di dalam badan, buah pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu
semasa puasa, usus besar dan buah pinggang perlu dijaga supaya berupaya
menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan
fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan
terutama sel lemak akan menyebabkan pengaliran semula toksin ini ke saluran
darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan
menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa. Di antara
gejala-gejala yang mungkin dialami pada awal puasa ialah:-
- Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan
- Lengoh badan
- Lidah berdaki dan mulut berbau
- Kencing pekat dan berbau
- Cirit-birit
- Letih lesu - keadaan ini berlaku di awal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan dari luar. Maka gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!
CARA BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –
- Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau berbuka
- Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihazam
- Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi, alahan)
- Suka mengulangi makanan sepanjang malam
- Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
- Tidur selepas makan (perut kenyang)
- Minum terlalu banyak kopi atau teh.
Puasa yang berjaya adalah puasa yang
diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
dan bukan puasa tradisional Melayu. Puasa yang berjaya akan membuahkan keadaan
rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!
Kunci bagi kejayaan puasa ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur. Cadangan saya semasa berbuka ialah memakan makanan yang senang hadam, yang mengandungi banyak serat dan dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w. memakan buah tamar semasa berbuka adalah baik sebab tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino - diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. Yang saya tahu, Rasulullah s.a.w. berbuka dengan buah tamar sahaja dan tidak mengikuti dengan nasi serta lauk pauk atau kuih muih. Kawalan berbuka seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mungkin terlalu susah bagi kita ummat Muhammad di abad 21 untuk mencontohi. Tetapi jika kita beringat, perkara ini akan menyenangkan kita untuk mengawal nafsu makan.

Bagi tujuan mengawal pengambilan
kuantiti makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana
semasa menghidang juadah berbuka dan makan sahur. Jika banyak yang dihidang
dari anika jenis dan rasa, sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang sudah
ada di depan mata. Kita harus mengambil peluang ini untuk berjimat khususnya
bagi belanja ke atas makanan pada bulan puasa. Oleh itu bilangan dan kadar
makanan harus dihadkan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari
bahan semula jadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan
perasa tiruan. Sebagai gantian kepada gula putih, anda boleh guna gula merah,
madu lebah atau jus buah asli.
Amalan yang baik untuk menyenangkan
pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji
selaseh serta getah anggur semasa
berbuka. Selain dari membantu membuang air besar, ramuan ini juga mencuci usus.
Elak juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein
yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa.
Kafein juga memberi rangsangan kepada perut menyebabkan peengeluaran asid hydroklorik secara berlebihan, dan ini boleh
menyebabkan keadaan pedih perut atau gastrik.
Protein binatang adalah makanan yang
paling komplex dan susah untuk dihadamkan. Ia juga adalah makanan yang
mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara
yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling
tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, hormone, antibiotik dan
logam-logam berat serta racun serangga dan lain-lain lagi. Untuk menambah manfaat
puasa adalah wajar kita kurangkan memakan protein binatang semasa puasa.
Sebagai gantian, kita boleh makan banyak protein sayur dalam bentuk kekacang
seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain lain.
Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, dengan mempelbagaikan sayuran
dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan diantara satu sama
lain. Bagi memudahkan kefahaman, saya bahagikan proses puasa (bulan Ramadhan)
kepada:-
Fasa Pertama ( 2 – 3 hari berpuasa )
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )
Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.

Fasa Asidosis
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!

Di fasa ini badan mulai mengambil
lemak sebagai bahan bakar dan tidak karbohidrat
disebabkan bekalan karbohidrat sudah berkurangan. Keadaan ini hanya akan
dihasilkan jika pengambilan makanan sipuasa kurang dari keperluan badan. Jika
sipuasa mengurangkan penggunaan tenaga atau melebihkan rehat serta memakan
berlebihan dan menukar aktiviti / jadual hariannya , keadaan ketosis ini tidak
akan terhasil. Fasa ini adalah fasa pembuangan toksin dan bahan kotor dari
badan. Gejala-gejala yang dihadapi berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi
banyak toksin di dalam badan, lagi lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika
anda mengesyaki badan anda mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang
berbadan gemuk, banyak memakan barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis
`drugs', mengidap sembelit atau buang air besar jarang-jarang, mengidap
penyakit yang berpunca dari toksin seperti sesetengah jenis penyakit artritis), anda boleh kurangkan kesan
asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan pra-puasa yang
baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya manfaat puasa dan
mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung beban pembersihan
toksin.
Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:

- mengidap sakit kepala bila ia terlepas waktu makan
- sembelit
- sukar menghazamkan lemak
- mengantuk selepas makan.
- kerap kembung perut
- mulut terasa pahit
- jerawat dan ruam atau kulit kering
- gemuk
- nafas berbau
- alahan makanan
- masalah penghadaman
- selalu merasai tekanan emosi, baran, cepat marah, sensitif
Semoga dengan maklumat yang dikongsi daripada Blog ini dapat di manfaatkan. terima kasih kepada pembekal maklumat.
No comments:
Post a Comment