Guru-guru STAR Alor Setar melaungkan semangat merdeka |
Alor Setar, Khamis 30 Ogos 2012. Warga STAR Alor Setar telah
mengadakan majlis sambutan kemerdekaan
peringkat sekolah Sambutan ini
bertujuan menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar STAR.
Bagi memberi kesan yang mendalam kepada pelajar, pihak
sekolah telah menjemput Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah
, Profesor Madya Dr. Mohd Isa b Osman
untuk menyampaikan ceramah. Dalam ceramahnya beliau berharap pelajar dapat
menghayati makna kemerdekaan dan menghargai
kemerdekaan yang dikecapi sekarang. Dalam dunia tanpa sempadan ini
beliau juga mengingatkan para pelajar supaya tidak terjajah minda oleh anasir
negatif sehingga merosakkan masa depan mereka.
Acara sambutan kemerdekaan pada tahun ini juga dimeriahkan
dengan bacaan puisi merdeka oleh tiga orang pelajar yang mewakili iga kaum
utama di Negara ini, melayu, cina, dan india. pada majlis ini juga dipertunjukkan
pakaian tradisi kaum-kaum yang ada di Malaysia.
pelajar menggayakan pakaian tradisi kaum di Malaysia |
Warga STAR bergambar kenangan selepas sambutan |
Pengetua STAR Puan Ramlah bt Mohd Hussein berharap pelajar
dapat melaksanakan amanah untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang
cemerlang. Majlis ini juga diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotic
kemerdekaan dan laungan keramat merdeka! merdeka! merdeka!, semoga keamanan
yang dikecapi sekarang akan berkekalan.
Lama dan baru turut memeriahkan sambutan merdeka |
No comments:
Post a Comment