08 September 2009

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-52 Peringkat Sekolah





Pada hari Khamis bertarih 3/9/2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman telah mengadakan hari Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 Peringkat Sekolah. Bertemakan '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan', perayaan Hari Kemerdekaan kali ini amat bermakna bagi warga STAR.
Sambutan kali ini didahului dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Kebangsaan iaitu Negaraku dan lagu sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Cikgu Md Radzi, Penolong Kanan Tingkatan 6 yang membacakan perutusan Hari Kebangsaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Kali ke 52 oleh Tan Sri Dato’ Hj Aminuddin Bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Majlis seterusnya bersambung dengan ucapan perutusan dari Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Cikgu Jamal Bin Ishak, Penolong Kanan KoKurikulum. Majlis seterusnya membacakan Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Al-Muktafi Billah Shah Sempena Ulangtahun Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-52 yang disampaikan oleh Cikgu Shokriah, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Majlis seterusnya bersambung dengan ucapan dari Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Haji Jamil Bin Haji Ibrahim yang menyampaikan ucapan beliau kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.

Majlis bersambung dengan perasmian menaikkan bendera Jalur Gemilang sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-52 Peringkat Sekolah oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Haji Jamil Bin Haji Ibrahim. Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan puisi oleh guru-guru SMKTAR untuk menaikkan semangat patriotik pelajar-pelajar.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan seperti Satu Malaysia, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan 31 Ogos. Majlis penutup bagi Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 52 Peringkat Sekolah ini berakhir dengan Laungan "merdeka" sebanyak tujuh kali bergema di seluruh kawasan STAR, turut disambut oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan nyanyian guru-guru dan para pelajar lagu Negeri Kedah.