10 September 2013

Pendidikan Luar Bilik Darjah Beri Pengalaman Berharga kepada Pelajar STAR

Alor Setar, 4 September 2013. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan perkhemahan tahunan panitia yang diadakan di Kampung Perik, Kuala Nerang. Disertai oleh 50 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 iaitu seramai 24 orang perempuan dan lelaki selebihnya.  Perkhemahan 3 hari 2 malam telah memberikan kesan yang besar kepada pelajar yang menyertainya.

Program ini dirancang khusus untuk memberi pengalaman perkhemahan dan orenteering kepada pelajar, sebagai mana yang terkandung dalam silibus PJPK. Setiausaha panitia PJPK, En Mohd Rizal berkata, sambutan untuk menyertai perkhemahan ini sangat tinggi sehingga pihak panitia terpaksa membuat tapisan dan temuduga untuk memilih peserta yang benar-benar layak. Dalam perkhemahan ini, pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran perkhemahan termasuklah cara menggunakan kompas. Pelajar juga dibawa untuk aktiviti rentas hutan, aktiviti memerhati flora dan fauna, serta menghargai keindahan alam semulajadi.

Disamping aktiviti rutin perkhemahan, peserta juga diberi santapan jiwa berupa sesi motivasi, pembinaan pasukan, semangat kerjasama, dan solat berjemaah.  Pada sebelah malamnya, pelajar juga beramai ramai membaca surah yassin disamping tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru-guru pengiring.

Pada majlis penutup, pengetua STAR, Turin b Ahmad dalam ucapannya menyeru semua pelajar yang hadir agar dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dalam semua bidang yang mereka ceburi. beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan memilih kesukaran dalam hutan selama 3 hari 2 malam.  Semoga pengalaman yang dikutip sepanjang perkhemahan ini akan menjadi bekalan ilmu yang berharga pada masa hadapan.

Gambar sekitar perkhemahan
meredah sungai

berkumpul selepas aktiviti lasak

bergambar kenangan dengan pengetua, ajk dan pelajar STAR
menuju destinasi

Taklimat Perkhemahan

Guru bertugas mengagihkan makanan

02 September 2013

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA STAR ALOR SETAR BERSULAM PATRIOTIK DAN HARMONI BANGSA SEDERAP MELANGKAH SAMA RASA SAMA JIWA.


 Alor Setar, 30 Ogos 2013. STAR Alor Setar telah menyertai jutaan rakyat Malaysia membuat sambutan Ambang Merdeka bertempat di Dataran Putra, SMK Tunku Abdul Rahman.  Sambutan pada malam ini dihadiri oleh hampir 700 warga STAR berbilang bangsa, kebanyakan pelajar dan guru membawa ahli keluarga bersama, lantas mencipta suasana sambutan yang meriah.

Penaung sambutan, Cikgu Turin Ahmad, (pengetua) yang melahirkan idea ini berbangga dengan jumlah kehadiran yang ramai dan melebihi jangkaan.  Ternyata semua warga STAR sanggup datang ke sekolah pada watu malam pada hari cuti (jumaat) untuk bersama-sama memeriahkan sambutan.  Inilah refleksi patriotisme yang wujud dan dizahirkan oleh mereka pada malam ini.

Pengurus Sambutan Malam Ambang Merdeka, En Mohd Rizal berkata, pihaknya telah menyediakan susunan acara yang menarik untuk memenuhi slot sambutan pada tahun ini, antarnya ialah bicara merdeka oleh penceramah daripada Persatuan Sejarah Kedah, Bacaan Puisi oleh penyair ternama, persembahan lagu lagu patriotik daripada kalangan warga STAR, hadiah hari lahir kepada warga STAR yang lahir pada hari merdeka, dan pertunjukkan bunga api.  Hadirin juga disajikan dengan bubur kacang dan minuman panas.

Alhamdulillah, cuaca pada malam itu sungguh tenang dan acara dapat berjalan dengan lancar. berikut adalah catatan bergambar sambutan Ambang Merdeka 2013. Penonton sabar menunggu hingga detik 12 malam untuk sama sama membuat kiraan tibanya saat merdeka.



Acara potong kek merdeka oleh warga STAR berbilang bangsa, dirasmikan oleh En Sharudin Morad, Wakil PPD Kota Setar (tiga dari kiri) disaksikan oleh AJK PIBG dan pengetua.



YDP PIBG, Fuad Lazim bersama guru guru mengibarkan bendera ketika lagu Jalur Gemilang berkumandang.

Campuran budaya, guru guru STAR

Deklamasi sajak oleh pelajar cina

Persembahan dari kelas 2 Baiduri

Alunan Syair

Deklamasi sajak oleh Saudara Fuzi Hadi
Bicara Merdeka oleh( En Baharudin b Majid   ) : Persatuan Sejarah Kedah
persembahan lagu Malaysia Tanahairku oleh pelajar cina

Semangat Merdeka

Penyampaian Cenderamata kepada pelajar kelahiran merdeka

Laungan MERDEKA tepat jam 12 tengah malam, diketuai oleh Turin Ahmad (3 dari kanan)

pertunjukkan bunga api.
Secara keseluruhannya, sambutan Ambang Merdeka pada thun ini memperlihatkan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia, ia adalah satu tanda bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.  Pada malam ini juga warga STAR memperingati jasa dan pengorbanan pejuang pejuang tanah air yang telah berkorban demi negara yang tercinta.