25 August 2009

SELAMAT MENDUDUKI PTK (PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN) 2009

Selamat menduduki peperiksaan PTK kepada semua warga pendidik, khasnya kepada warga STAR yang mendudukinya pada tahun ini. semoga lulus.

Kategori DG 41, jangan lupa hadir pada 27 Ogos 2009 di tempat yang telah ditetapkan.

Jangan Lupa Bawa:

Kad pengenalan
Slip peperiksaan
Pemadam
Pensel 2B
dan
buku Rujukan ( open book test)

semoga berjaya.

20 August 2009

KURSUS KEJURULATIHAN RENANG ZON UTARA 2009


Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Satu kursus Kejurulatihan Renang untuk guru-guru di Zon Utara telah diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Sbrg perai selatan, pulau pinang mulai 16 hingga 20 Ogos 2009. Kursus ini menghimpunkan jurulatih renang dari 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Setiap negeri menghantar 12 orang peserta. Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ini, bertujuan melahirkan jurulatih bertauliah daripada kalangan guru di negeri zon utara.

Secara umumnya, kursus ini amat bernilai kepada jurulatih renang kerana membolehkan menerima sijil yang dikeluarkan oleh ASUM (Amateur Swimming Union Malaysia). seterusnya melayakkan mereka menjadi jurulatih bertauliah.

Menurut peserta kursus ini, pendedahan dan pengalaman yang diterima sepanjang kursus akan memantapkan lagi persediaan atlit renang mereka pada masa hadapan.

15 August 2009

MAJLIS SILATURRAHIM ANTARA STAF SMKTAR DENGAN PIBG (WARIS)

selamat sejahtera,

tuan/puan

Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis khas antara pengurusan sekolah dengan para waris akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Ogos 2009 (selasa)
masa: 3.30 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai/ Surau kampung Hutan Betut, Mergong.

Tujuan diadakan majlis ini ialah untuk merapatkan hubungan antara waris dan sekolah. Majlis ini juga memberi peluang kepada waris untuk berdialog dengan pihak pengurusan sekolah. adalah diharapkan, dengan cara ini pihak sekolah dan waris pelajar dapat mencapai kata sepakat terutama dalam menambaikkan kualiti smktar.

sehubungan dengan itu, seluruh warga waris star dijemput hadir.

sekian

11 August 2009

FLYING FOX, HARI STAR



Bagi pelajar yang berani mencuba aktiviti lasak, flying fox adalah salah satu daripadanya. Ramai pelajar telah mencuba permainan ini, rata-ratanya teruja dengan aktiviti ini.

JAGUNG BAKAR HARI STAR 2009



Pada hari star yang lalu, Unit Sukan telah membuka gerai menjual jagung bakar. Sambutan amatlah menggalakkan, ahli unit sukan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang tidak putus-putus.

Pengurus gerai jagung bakar, En Musa melaporkan telah menjual sebanyak 1500 tongkol jagung pada hari itu. Dengan kejayaan itu, gerai jagung bakar mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan gerai paling untung. Sebanyak 29 gerai telah dibuka sepanjang Hari Star.

Kepada yang tidak sempat marasa jagung bakar unit sukan, anda boleh mencuba lagi pada tahun depan.

CABUTAN HADIAH BERTUAH HARI STAR 2009




Sebagai hadiah galakkan kepada pelajar dan guru untuk berbelanja sambil menderma, cabutan hadiah bertuah telah disediakan. Antara hadiah lumayan yang disediakan ialah:

Motosikal
Desktop
Lap Top
Hand Phone
Barangan Elektrik
Hamper
dan banyak lagi....

Antara penerima hadiah utama ialah, Puan mah Swe Song mendapat hadiah motosikal, encik Abdul Khadir mendapat hadiah Lap Top, Puan Wan Azimah mendapat Desktop, Huda mendapat Telefon bimbit dan Cikgu Rizal yang turut mendapat hadiah telefon bimbit.
Tuan Haji Jamil juga turut bertuah pada hari ini

10 August 2009

TAHNIAH KEPADA PASUKAN FUTSAL STAR



Sempena Hari Star pada tahun ini, satu karnival FUTSAL telah diadakan. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian. Hadiah berupa Piala Pusingan, medal dan hamper telah disampaikan kepada pemenang. Johan kategori 18L ialah kumpulan Free Zon, dan johan kategori 15L ialah Kumpulan X zone.

Katogeri Perempuan pula dijuarai oleh Nauthy Girl. Perlawanan akhir telah diadakan di Komplek Futsal Sport Planet, penganjur Karnival pada tahun ini, En Md Alauddin b. Che lah dan EnciK Mhd Fadzil b. Kasim, En Zawawi b. Taib serta En Jefri b. Tajudin. sangat berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada pelajar. Tahniah.

PERSEMBAHAN NYANYIAN PADA HARI STAR



Hari STAR tahun ini, dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada kalangan guru dan pelajar. Cikgu Rizal telah menyanyikan 2 buah lagu, dan diikuti dengan beberapa orang pelajar.

PAINT BALL PADA HARI STAR



Pada Hari Star tahun ini, sukan Paint Ball juga dijadikan sebagai satu acara sampingan. sambutan daripada pelajar adalah sangat menggalakkan.
Pelajar boleh mencuba sukan paint ball. kelihatan dalam gambar, beberapa pelajar STAR menunjukkan skill masing-masing.

BERKUDA PADA HARI STAR 2009







Pada tahun ini, 2 ekor kuda telah dibawa sebagai acara sampingan hari STAR. Ramai pelajar dan guru mengambil peluang untuk cuba menunggang.
Gambar diatas, tuan pengetua (kiri)juga turut menunggang kuda. kelihatan Encik Fairuz pun naik kuda juga.

PAK LONG HADIR HARI STAR 2009

Artis terkenal dari utara tanah air telah sudi hadir pada hari STAR pada tahun ini. PAK LONG yang terkenal dengan lagunya Selagi Ada, telah memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. kehadiran Pak Long telah menarik minat ramai pelajar untuk membanjiri hadapan pentas utama.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA KERJA HARI STAR 2009


Bagi pihak pengurusan Hari STAR 2009, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari STAR 2009.




Al- Saf Enterprise
Tekad Jaya Enterprise
Menara Alor Star
Polis Diraja Malaysia (Trafik)
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Tabung Darah
MBAS
RTM
Sinar Harian


Terima kasih juga kepada semua guru, PIBG, pelajar,para waris, para dermawan, semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga penganjuran pada tahun ini akan menjadi yang terbaik.

06 August 2009

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA HARI STAR 2009



Pada petang tadi 6/08/2009, bermula jam 3.30 - hingga 5.30 bertempat di tepian sungai Kampung Berjaya, Alor Star, telah dijalankan pertandingan memancing untuk warga STAR Alor Setar.

Pertandingan berjalan dengan meriah. Penyertaan dari kalangan pelajar dan guru adalah menggalakkan. Sepanjang 2 jam pertandingan, peserta berjaya menaikkan banyak ikan. Kebanyakkan ikan adalah dari spesis keli. Spesis keli memonopoli kedudukan pertama hingga ke 3, dengan johan pertandingan memperolehi ikan keli seberat 600 gram. Tempat kedua dengan keli seberat 380 gram dan tempat ketiga 350 gram.

Pertandingan ini juga mendapat perhatian khusus daripada tuan pengetua, Tuan Haji Jamil b. Ibrahim. Beliau melahirkan rasa bangga kerana penyertaan pada tahun ini telah bertambah dan, ini menunjukkan warga STAR telah memberikan komitmen dalam setiap acara yang dianjurkan. Turut hadir adalah Encik Fisol b. Salleh PK HEM dan ENcik Jamal b. Ishak, PK Ko Kurikulum.

Semoga, Hari Star pada tahun ini akan lebih meriah. sekian.

04 August 2009

STAR DAY 2009


Datanglah beramai-ramai ke perkarangan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar untuk memeriahkan sambutan Star Day pada tahun ini. maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 8/8/2009 (SABTU)
Masa: 8.00 pagi- 5 petang
Tempat: Perkarangan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman.

Antara acara menarik yang menanti anda ialah:

Pesta Buah-buahan anjuran FAMA
Gerai jualan makanan
Pameran agensi kerajaan
Pameran IPTS
Pameran Pusat Pengajian MARA
Pemeriksaan Kesihatan percuma
Persembahan Artis tempatan
Persembahan LIVE BAND
Final Karaoke STAR 2009
Flying FOX
Paint Ball
Menunggang Kuda
Cabutan Hadiah Bertuah
dan banyak lagii

penyertaan dan maklumat lanjut, hubungai 019 4404890 - En Jamal

MESYUARAT JAWATANKUASA HARI STAR -RABU 6 OGOS 2009 JAM 1.20 T. HARI

Kepada
Semua Guru,
Semua Staf Sokongan.

Tuan/ Puan,

Satu mensyuarat pelarasan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh; 5 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: 1.20 t hari
Tempat: Dewan Putra

Agenda:
1. Aluan Pengerusi
2. Laporan Setiausaha
3. Laporan Setiap Jawatan Kuasa.
4. Hal-hal lain


semoga kehadiran tuan/puan akan melicinkan lagi pengurusan Hari Star pada tahun ini.

sekian, terima kasih.

KARNIVAL MEMANCING SEMPENA HARI STAR 2009


Sempena Hari STAR pada tahun ini, satu pertandingan memancing akan diadakan sebagai salah satu acara menarik. Pertandingan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Ogos 2009 (khamis)
Masa: 3.30 - 5.30 ptg.
Tempat: Tepian Sungai, Kampung Berjaya. Berhadapan dengan Hotel Royale.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga STAR, termasuk ahli keluarga staf dan pelajar. syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut.

1. pendaftaran adalah sebanyak RM5.00 bagai setiap joran.
2. Hanya satu mata kail bagi setiap joran.
3. Mata kail bercabang tidak boleh digunakan.
4. Umpan tiruan tidak dibenarkan.
5. Casting juga tidak dibenarkan.
6. Pemenang adalah untuk katogeri ikan terberat sahaja.
7. Hadiah disediakan kepada pemenang 1,2,dan ke 3. serta paling awal menaikkan ikan.
8. Sebarang bentuk penipuan adalah dilarang.


Untuk menyertai pertandingan ini, sila dapatkan borang daripada Cikgu Azizan. atau boleh telefon 019 440 4890- En Jamal.

SELAMAT MENCUBA..HADIAH LUMAYAN.