28 October 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR. MENUJU KECEMERLANGAN.



Tetamu terhormat menerima tabik hormat daripada pasukan kadet polis.


Alor Setar, 27 Oktober 2010. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2010. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dalam kesemula cabang kokurikulum iaitu bidang sukan dan permainan, ko akademik dan pengurusan kelab serta unit beruniform.

Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG SMKTAR, En Azizan b Raof. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian semasa SMKTAR dalam acara kokurikulum yang telah menunjukkan peningkatan dalam semua aktiviti. Beliau berharap warga STAR akan meneruskan kecemerlangan ini dan pihak PIBG akan sentiasa memberi sokongan padu.

Menurut pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim. STAR telah menunjukkan peningkatan dalam banyak bidang kokurikulum, antaranya ialah memperolehi kutipan pingat emas dalam kejohanan padang dan balapan MSSD kota Setar, pertandingan pidato, pertandingan rekacipta sains, dan yang terbaru ialah memenangi acara menembak kor kadet polis dalam kategori individu dan kumpulan.

Bagi setiausaha sukan STAR, En Mohd Rizal, Program penganugerahan ini diharapkan dapat menyuntik semangat semua pelajar STAR untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum selaras dengan hasrat kementerian pelajaran untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.


Dalam majlis ini. anugerah tertinggi iaitu Anugerah Satria STAR 2010 disandang oleh Mohd Qayyum b Abdul Razak. Beliau telah mewakili sekolah dalam permainan ragbi semenjak tahun 2007, 2008,2009 dan 2010. Mewakili sekolah dalam olahraga tahun 2008, dan 2009 serta ketua pengawas sekolah tahun 2010.


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjS1mUC_-IxSLtwqTynna_E-nGXx45rU2GE4dXgs7fWGHDS3Y7xXEJ-tDxDEdrg9oQgslOv6R0raTLkfNb38CVYP_FB8qTqulwOk6oZGIVyF7LiqH18xbnaaej7holMxibrKpp1C8WqLWd3/s1600/hac+5.jpg">

Apa yang menariknya, sepanjang majlis ini berlangsung seluruh warga STAR telah memakai pakaian unit beruniform masing-masing, kelihatan dalam gambar 4 orang guru menunjukkan uniform masing-masing iaitu dari kiri, Puan Fadilah, Puan Ruzaidah, en Rizal, Pn Habsah, dan Puan Azizah.


Dalam gambar di atas, Pasukan kadet bomba dengan sijil anugerah masing-masing.



Pasukan Kadet Remaja sekolah juga turut mendapat sijil penghargaan dalam majlis ini.

14 October 2010

STAR ALOR SETAR RAI PERSARAAN GURU


Alor Setar 14 Oktober 2010. Pada hari ini, STAR kehilangan seorang guru yang dedikasi kerana telah cukup umur bersara wajib daripada perkhidmatan pendidikan, iaitu Puan Mah swe Song seorang guru matematik. Majlis penuh bermakna ini dirancang khusus untuk mengingati jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatannya sebagai guru.

Dalam ucapan terakhirnya, beliau dengan penuh bersemangat mengingatkan pelajar supaya sentiasa berusaha dan menjadi orang yang baik pada masa hadapan. Beliau telah berkhidmat selama 32 tahun sebagai guru, dan SMKTAR adalah sekolahnya yang ketiga. Beliau mengajar di SMKTAR selama 14 tahun iaitu semenjak tahun 1996 selepas bertukar dari SMK Sultanah Asma. Jasa dan bakti beliau akan sentiasa diingati oleh seluruh pelajarnya. Pihak SMKTAR amat terasa dengan kehilangannya.

Sebagai tanda kenang-kenangan Puan Mah Swe Song telah diarak dengan menaiki beca yang dipandu oleh ketua murid, diiringi oleh guru-guru dan pelajar dengan lengkap berkompang serta bunga manggar.


13 October 2010

OLAHRAGA LUAR MUSIM KOTA SETAR CUNGKIL BAKAT BARU



Alor setar, 13 Oktober 2010. Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar telah menganjurkan Kejohanan Balapan Dan Padang Luar Musim pada tahun ini bertempat di Stadium Darulaman. Kejohanan ini disertai oleh sekolah-sekolah daerah kota setar.

SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) telah mengambil bahagian dalam beberapa acara. Beberapa pelajar telah menunjukkan bakat yang baik dalam acara padang. iaitu lempar cakera, lontar peluru, merejam lembing dan lompat tinggi. Keseluruhannya STAR mendapat 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa yang disumbangkan melalui acara lempar cakera dan lontar peluru (emas) merejam lembing, Lontar peluru dan lompat tinggi (perak) dan gangsa dari acara lempar cakera.

Empat atlit Star telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu Mohd Alwie mendapat 1 emas acara lempar cakera dan 1 perak acara lontar peluru. Shahrulnizam pula mendapat emas untuk acara lontar peluru dan gangsa acara lempar cakera. pingat perak juga disandang oleh Ahmad Aiman dalam acara lompat tinggi dan mohd Zikri juga turut mendapat pingat perak dalam acara merejam lembing.

Mengulas lanjut, En Mohd Rizal, setiausaha sukan STAR cukup berpuas hati dengan pencapaian atlitnya dan berharap mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi pada masa hadapan dalam usaha memantapkan persembahan dan pencapaian dalam acara yang disertai. Komitmen yang padu akan dapat melahirkan atlit yang berjaya. pihaknya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha penganjuran kejohanan luar musim ini.

04 October 2010

MAJLIS MOHON RESTU PELAJAR BAKAL DUDUKI PMR STAR ALOR SETAR, BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT.


Dato Paduka Ahmad Bashah bersama pelajar-pelajar STAR



Alor Setar, 3 Oktober 2010. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan majlis Redha Ilmu kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini. Majlis ini dihadiri oleh Dato Paduka Ahmad Bashah b Md Hanipah, ADUN kawasan Bakar Bata.

Kehadiran Dato Paduka Ahmad Bashah adalah sebagai pembakar semangat kepada pelajar pelajar supaya berusaha besungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan PMR. Menurut beliau dalam ucapannya, pelajar sekarang lebih beruntung dengan adanya kemudahan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan. Hampir semua pelajar menikmati kemajuan dalam bidang pendidikan yang setaraf dengan negara maju yang lain. Sekolah pada masa kini dilengkapi dengan infrastruktur yang baik, perpustakaan yang selesa dan kemudahan internet. Pelajar sekarang hanya perlu berusaha menimba sebanyak mungkin ilmu demi kejyaan mereka. Dengan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman, beliau berharap dan berdoa supaya pelajar-pelajar sekolah ini mencapai kejayaan yang cemerlang.


Dalam majlis itu juga, Dato Paduka telah menyampaikan alat tulis kepada semua pelajar yang akan menduduki PMR. Pelajar merasa sangat teruja dengan kedatangan adun kawasan ini dan berterima kasih di atas sumbangan alat tulis yang diterima.


Doa dipohon supaya diberi kesenangan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat