20 October 2013

RAGBI PIALA STARIANS 10' SEBELAH REBUTAN 24 PASUKAN

Alor Setar, 6 Oktober 2013.  SMK Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan kejohanan Ragbi Piala Starians edisi ke 3 yang telah disertai oleh 24 pasukan sekolah sekolah dari seluruh Malaysia.  Kejohanan tahunan ini telah menarik penyertaan dari Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Seperti tahun tahun sebelumnya, kejohanan ini menawarkan beberapa kategori antaranya, Kategori Knife, Kategori Fork, Kategori Spoon, Kategori Bowl, dan Ketegori Plate.  Pengerusi Teknik Ragbi Kedah, En Badrul Munir menyatakan bahawa kejohanan ini adalah kayu ukur kepada tahap permainan ragbi di negeri Kedah. Dengan kehadiran pasukan dari zon Selatan dan Tengah, kita dapat merasai pengalaman berlawan dengan pasukan pasukan yang jarang kita jumpa, sekaligus menambahkan pengalaman pemain dan mewujudkan kepelbagaian dari segi taktikal.  Usaha SMK Tunku Abdul Rahman menganjurkan Piala Starian ini seharusnya dipuji kerana membantu menyemarakan sukan ragbi di negeri Kedah.

Pengetua STAR, Turin Ahmad  dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang datang memeriahkan kejohanan, beliau berharap jalinan silatulrahim sesama pemain dari negeri negeri akan sentiasa kukuh dan seterusnya mengangkat martabat sukan ragbi, lalu membantu mempromosikan gaya hidup sihat selaras dengan harat Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan.

Kejohanan pada kali ini tambah meriah dengan kehadiran bekas pengetua STAR, Jamil Ibrahim yang merasmikan penutupan kejohanan.  Jamil Ibrahim juga merupakan pelopor atau pengasas kejohanan ini. Tidak ketinggalan hadir adalah Pn Hjh Ramlah bt Mohd Hussain, juga bekas pengetua STAR yang turut menyokong kelangsungan piala Starian.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:
Kategori KNIFE:   Johan: SM Sains Pokok Sena B, Naib Johan : MRSM Kubang Pasu

Kategori FORK:    Johan:  Bukit Mertajam High School.  Naib Johan: MRSM Baling A

Kategori SPOON:  Johan, MRSM PDRM, Kulim,  Naib Johan: SM Sains Hulu Selangor B

Kategori BOWL: Johan:  Kolej Sultan Abdul Hamid B,  Naib Johan, SM Sains Mohd Jiwa, Sungai Petani.

Kategori PLATE:  Johan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor.  Naib Johan, SMK King Edward, Perak.

Johan Piala Starian 2013: SM Sains Hulu Selangor A, Naib Johan SM Sains Pokok Sena A.

Berikut adalah foto foto sepanjang pertandingan.






Turut hadir En Mohd Anas, penolong pengarah Unit Sukan JPN Kedah bersama Cikgu Rizal


Acara penyampaian hadiah dijalankan ketika hujan

Ucapan pengetua, Turin Ahmad, turut serta dalam gambar, kiri Dato Mansur, Pn Hjh Ramlah, Hj Jamil.

Hj Jamil Menyampaikan hadiah kepada pasukan bertanding

Johan Piala Starians , SM Sains Hulu Selangor

Pasukan SM Sains Hulu Selangor bergambar kenangan



10 September 2013

Pendidikan Luar Bilik Darjah Beri Pengalaman Berharga kepada Pelajar STAR

Alor Setar, 4 September 2013. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan perkhemahan tahunan panitia yang diadakan di Kampung Perik, Kuala Nerang. Disertai oleh 50 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 iaitu seramai 24 orang perempuan dan lelaki selebihnya.  Perkhemahan 3 hari 2 malam telah memberikan kesan yang besar kepada pelajar yang menyertainya.

Program ini dirancang khusus untuk memberi pengalaman perkhemahan dan orenteering kepada pelajar, sebagai mana yang terkandung dalam silibus PJPK. Setiausaha panitia PJPK, En Mohd Rizal berkata, sambutan untuk menyertai perkhemahan ini sangat tinggi sehingga pihak panitia terpaksa membuat tapisan dan temuduga untuk memilih peserta yang benar-benar layak. Dalam perkhemahan ini, pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran perkhemahan termasuklah cara menggunakan kompas. Pelajar juga dibawa untuk aktiviti rentas hutan, aktiviti memerhati flora dan fauna, serta menghargai keindahan alam semulajadi.

Disamping aktiviti rutin perkhemahan, peserta juga diberi santapan jiwa berupa sesi motivasi, pembinaan pasukan, semangat kerjasama, dan solat berjemaah.  Pada sebelah malamnya, pelajar juga beramai ramai membaca surah yassin disamping tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru-guru pengiring.

Pada majlis penutup, pengetua STAR, Turin b Ahmad dalam ucapannya menyeru semua pelajar yang hadir agar dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dalam semua bidang yang mereka ceburi. beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan memilih kesukaran dalam hutan selama 3 hari 2 malam.  Semoga pengalaman yang dikutip sepanjang perkhemahan ini akan menjadi bekalan ilmu yang berharga pada masa hadapan.

Gambar sekitar perkhemahan
meredah sungai

berkumpul selepas aktiviti lasak

bergambar kenangan dengan pengetua, ajk dan pelajar STAR
menuju destinasi

Taklimat Perkhemahan

Guru bertugas mengagihkan makanan

02 September 2013

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA STAR ALOR SETAR BERSULAM PATRIOTIK DAN HARMONI BANGSA SEDERAP MELANGKAH SAMA RASA SAMA JIWA.


 Alor Setar, 30 Ogos 2013. STAR Alor Setar telah menyertai jutaan rakyat Malaysia membuat sambutan Ambang Merdeka bertempat di Dataran Putra, SMK Tunku Abdul Rahman.  Sambutan pada malam ini dihadiri oleh hampir 700 warga STAR berbilang bangsa, kebanyakan pelajar dan guru membawa ahli keluarga bersama, lantas mencipta suasana sambutan yang meriah.

Penaung sambutan, Cikgu Turin Ahmad, (pengetua) yang melahirkan idea ini berbangga dengan jumlah kehadiran yang ramai dan melebihi jangkaan.  Ternyata semua warga STAR sanggup datang ke sekolah pada watu malam pada hari cuti (jumaat) untuk bersama-sama memeriahkan sambutan.  Inilah refleksi patriotisme yang wujud dan dizahirkan oleh mereka pada malam ini.

Pengurus Sambutan Malam Ambang Merdeka, En Mohd Rizal berkata, pihaknya telah menyediakan susunan acara yang menarik untuk memenuhi slot sambutan pada tahun ini, antarnya ialah bicara merdeka oleh penceramah daripada Persatuan Sejarah Kedah, Bacaan Puisi oleh penyair ternama, persembahan lagu lagu patriotik daripada kalangan warga STAR, hadiah hari lahir kepada warga STAR yang lahir pada hari merdeka, dan pertunjukkan bunga api.  Hadirin juga disajikan dengan bubur kacang dan minuman panas.

Alhamdulillah, cuaca pada malam itu sungguh tenang dan acara dapat berjalan dengan lancar. berikut adalah catatan bergambar sambutan Ambang Merdeka 2013. Penonton sabar menunggu hingga detik 12 malam untuk sama sama membuat kiraan tibanya saat merdeka.



Acara potong kek merdeka oleh warga STAR berbilang bangsa, dirasmikan oleh En Sharudin Morad, Wakil PPD Kota Setar (tiga dari kiri) disaksikan oleh AJK PIBG dan pengetua.



YDP PIBG, Fuad Lazim bersama guru guru mengibarkan bendera ketika lagu Jalur Gemilang berkumandang.

Campuran budaya, guru guru STAR

Deklamasi sajak oleh pelajar cina

Persembahan dari kelas 2 Baiduri

Alunan Syair

Deklamasi sajak oleh Saudara Fuzi Hadi
Bicara Merdeka oleh( En Baharudin b Majid   ) : Persatuan Sejarah Kedah
persembahan lagu Malaysia Tanahairku oleh pelajar cina

Semangat Merdeka

Penyampaian Cenderamata kepada pelajar kelahiran merdeka

Laungan MERDEKA tepat jam 12 tengah malam, diketuai oleh Turin Ahmad (3 dari kanan)

pertunjukkan bunga api.
Secara keseluruhannya, sambutan Ambang Merdeka pada thun ini memperlihatkan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia, ia adalah satu tanda bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.  Pada malam ini juga warga STAR memperingati jasa dan pengorbanan pejuang pejuang tanah air yang telah berkorban demi negara yang tercinta.

28 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ERATKAN PEERPADUAN WARGA STAR ALOR SETAR.

Pelajar sedang mendengar ucapan perasmian pengetua

Alor Setar, 24 Ogos 2013.  STAR Alor Setar telah menyambut perayaan Adilfitri peringkat sekolah dengan meriah bersulam jalinan kemesraan dan muhibbah. Semua pelajar berbilang kaum tanpa mengira agama telah memenuhi ruang sambutan dengan lengkap berpakaian tema hari raya.
Turin Ahmad, pengetua STAR

Bermula sebaik sahaja tamat sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, semua pelajar berkumpul di dewan yang dihias indah. Ucapan Tuan Pengetua Hj Turin Ahmad memulakan majlis dan diikuti dengan gimik perasmian, seterusnya disusuli dengan persembahan  pelajar berbilang kaum yang menyanyikan lagu lagu hari raya.

Menurut Cikgu Turin, sambutan pada kali   ini sangat meriah dan harmoni, semua pelajar mengambi bahagian dengan aktif dan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dengan menghormati perbezaan budaya dan agama rakan rakan sebaya. Sambutan ini juga meriah dengan semangat dan kasih sayang guru guru terhadap pelajar yang mendalam, guru guru juga turut membuat persembahan untuk menghiburkan pelajar, malah ada guru yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk menjayakan program ini.
Keadaan pentas sambutan

nyanyian beramai ramai lagu Selamat Hari Raya

Penonton yang teruja dengan persembahan

Nyanyian lagu Suasana Hari Raya daripada pelajar cina


Trio Steadylah Depa, Cikgu PJ


Pengetua dan penolong kanan juga menyumbangkan lagu

Majlis sambutan bertambah meriah dengan acara jamuan hari raya perdana, semua pelajar dihidangkan makanan yang enak.  Manakala guru guru pula mempunya agenda jamuan yang tersendiri, keseluruhannya sambutan pada kali ini adalah berjaya dan mungkin jika dipanjangkan umur, tahun hadapan berjumpalagi. Pengerusi Majlis Staf, En Mohd Rizal  mengucapkan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus membuat persiapan dalam menjayakan aktiviti ini.


memantau lokasi jamuan









pasukan gendang silat





Akrab dan muhibbah





gandingan adik beradik

29 July 2013

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA





Salam Aidilfitri 1434 Hijrah, ADMIN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengikuti Blog Rezalstar. Mohon maaf atas semua kesalahan yang tidak disengajakan, semoga beroleh keberkatan. Amin.

09 July 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KALI KE 40 / 2013.

Alor Setar, 27 Jun 2013. STAR Alor Setar mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 40 pada tahun ini. Secara keseluruhannya berjalan lancar dan meriah.  Kejohanan tahunan ini bertujuan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam acara yang ditawarkan dengan penuh semangat kesukanan, disamping mempraktikkan gaya hidup sihat.
En Fuad Lazim menyampaikan ucapan perasmian
Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh YDP PIBG, En Fuad b Lazim. Dalam ucapannya beliau menyeru semua pelajar supaya aktif dalam aktiviti ko kurikulum dan tidak mengabaikan aspek pembelajaran dalam bilik darjah, beliau juga memohon perhatian ibu bapa yang hadir supaya sentiasa bersedia menyokong program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kebaikkan anak anak mereka.
Hj Turin menyampaikan hadiah kepada pemenang
Pengetua STAR, Hj Turin Ahmad meminta agar pelajar besungguh sungguh dalam apa jua aktivti anjuran pihak sekolah demi melatih mereka menjadi warga pelajar yang berjaya pada masa hadapan. Selari dengan hasrat kementerian pendidikan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dalam semua bidang. Keadaan cuaca yang baik pada hari ini membolehkan acara berjalan dengan lancar.

Kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Hijau, dengan kutipan pingat emas tertinggi 9, perak 6 dan gangsa 10. Tempat kedua disandang oleh rumah Kuning, diikuti oleh Rumah Ungu, Merah dan Biru. Secara keseluruhannya semua peserta telah bertanding dengan bersungguh-sungguh, tahniah kepada pasukan yang berjaya dan teruskan usaha untuk pasukan yang belum berjaya. Majulah sukan untuk negara.
Perbarisan masuk kontijen Rumah Merah
Perbarisan masuk kontijen rumah Ungu

Menunggu acara penyampaian hadiah dan keputusan perbarisan.



En fuad menyampaikan hadiah kepada Olahragawati STAR 2013, Nur Shamira Nordin

Olahragawan 2013



Istiadat menurunkan bendera

Pengetua dan guru guru bergambar bersama juara tahun ini.