11 November 2009

WATER CONFIDENT







Sebelum peserta melakukan aktiviti white water rafting, terlebih dahulu peserta didedahkan dengan keselamatan di air.

1. Jaket Keselamatan

Apabila mengadakan aktiviti yang melibatkan air, iaitu sungai ataupun laut, pemakaian jaket keselamatan adalah sangat penting. Jaket keselamatan berupaya mengapungkan pemakainya dalam tempoh masa yang lama.ia juga dapat mengelakkan pemakainya daripada lemas. Jaket keselamatan dipakai dengan kemas dan semua butang hendaklah dipasang.

2. Topi Keselamatan

White water rafting sememangnya satu aktiviti yang lasak. Apabila berakit melalui aliran air yang deras dan berbatu, topi keselamatan bertindak melindungi kepala pemakainya daripada terhantuk ke batu. Topi semestinya daripada bahan yang tahan lasak. Topi keselamatan hendaklah dipakai dengan kemas dan tali dibahagian dagu hendaklah diketatkan.

3. Mengapung diri

Apabila terjatuh ke dalam air, pastikan anda dalam keadaan tidak panik. Cuba berbaring dan buka kaki (kangkang). tangan didepakan dan ikutlah aliran arus. Apabila tali keselamatan dilontarkan kepada anda, segera capai dan rapatkan ke bahagian dada. Tunggu sehingga anda ditarik naik ke tebing.

No comments:

Post a Comment