18 March 2013

Ratu Pecut Berbakat Besar

pengurus pasukan STAR
Alor  Setar 13 Mac2013, Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar telah berlangsung mulai 9 hingga 13 Mac di Stadium Darul Aman. Kejohanan melibatkan 36 buah sekolah menengah dan 5 PKG.

Pada tahun ini, STAR Alor Setar telah mengambil bahagian dalam kejohanan yng telah memasuki era 31 tahun. Dalam kerancakkan pertandingan, STAR berjaya merebut 3 pingat emas dalam acara 10 KM jalan kaki, 100M, dan 200M. Ratu Pecut STAR, Nur Shahirah Abd Karim telah berjaya menjulang nama STAR dalam acara 100 dan 200M.

Walaupun hanya menggondol 3 pingat emas, STAR menduduki tempat ke 10 daripada 36 pasukan yang bertanding. Kejayaan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik Kota Setar merupakan antara pencapaian terbaik STAR dalam tempoh 3 tahun,


Shahirah Abd Karim bersama pingat yang dimenangi.

Ratu pecut STAR merupakan seorang pelajar tingkatan 3 dan telah berkecimpung dalam acara pecut sejak sekolah rendah lagi.  Bakat yang ada pada beliau telah membolehkan beliau mewakili Kedah ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia tahun lepas. Beliau juga membantu pasukan Kota Setar meraih pingat dalam acara berpasukan 4 X 100 M dan 4  X 200M dalam temasya MSSK tahun lalu. Harapannya pada tahun ini beliau dapat membantu pasukan negeri Kedah untuk meraih pingat dalam temaya MSSM yang akan diadakan tidak lama lagi dan seterusnya berharap dapat mewakili Malaysia di Asian School Games.

Pelajar ini menjadikan Usain Bolt sebagai idola dan bercita-cita menjadi pegawai polis pada masa hadapan, Pada masa ini beliau mendapat latihan yang baik daripada Sekolah Sukan Kedah, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Bakat yang digilap sejak sekolah rendah ini diharap memberi kejayaan kepada pasukan Kedah.

Anak kelahiran mergong ini, merupakan anak ke 4 darpada 6 beradik dan gemar melancong. Namun pelajaran dan latihan harian tidak diabaikan demi mencapai cita-cita dan masa depan yang cemerlang. Semoga bakat yang ada pada dirinya memberi manfaat yang besar pada masa hadapan

08 March 2013

Warga STAR Alor Setar Mengadakan Bacaan Yassin dan Tahlil kepada Wira Negara, Ops Daulat 2013



sebahagian pelajar dan guru sedang membaca surah Yassin

Alor Setar, Khamis, 7 Mac 2013 . SMK Tunku Abdul Rahman menghimpunkan seluruh pelajar beragama Islam untuk majlis bacaan yassin dan tahlil untuk wira-wira negara yang gugur di Lahad Datu, Sabah. Hampir 1100 pelajar dan guru bersama-sama memanjatkan doa agar roh para pahlawan negara dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman.

Mengetuai bacaan yassin ialah Tuan Haji Md Alauddin b Che Lah, beliau juga memberi tazkirah kepada pelajar-pelajar perihal pentingnya kedamaian dan meningkatkan keimanan dalam kehidupan harian. Semoga peristiwa tragis di Lahat Datu dapat segera ditamatkan. usaha yang sedikit dari pihak kami ini moga diperkenankan Allah SWT.

Pengetua STAR, Pn Hajah Ramlah bt Mohd Hussain berkata, pelajar-pelajar dan guru guru STAR turut berdukacita atas apa yang menimpa pasukan keselamatan negara. Majlis bacaan yassin ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengucapkan terima kasih kepada wira negara. Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga wira-wira negara tabah menghadapi dugaan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Beliau juga mendoakan wira-wira yang sedang berjuang beroleh kejayaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing

Majlis bacaan Yassin ini juga diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk lebih prihatin dan menambahkan semangat patriotik dalam diri mereka.