22 May 2011

ALUMNI STAR SEMPENA 50TAHUN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN



Alor Setar 22 Mei 2011, Sempena 50 tahun STAR Alor Setar, bekas pelajar telah berusaha menggabungkan semua exstarians alor setar bawah satu bumbung. Justeru pada hari ini dengan rasminya ditubuhkan Persatuan Bekas Pelajar STAR Alor Setar. (EXSTARIANS).

Sehubungan itu satu majlis perasmian secara sederhana telah dilangsungkan di SMKTAR. Majlis pelancaran ini ini dirasmikan oleh pengetua STAR, Jamil Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menyeru semua bekas pelajar STAR tanpa mengira BATCH agar bergabung dalam satu pertubuhan yang sah. Dengan cara itu, bekas pelajar akan dapat membantu sekolah dalam berbagai bidang. Penyatuan ini juga penting memandangkan selama ini tiada satupun pertubuhan yang menghimpunkan bekas pelajar Star Alor Setar di bawah satu bumbung. Bersempena dengan 50 tahun STAR beliau berharap Persatuan bekas pelajar yang ditubuhkan ini dapat memberi faedah yang besar kepada sekolah dan membantu dalam peningkatan imej STAR. Persatuan kini lebih kukuh dengan penyertaan seluruh warga STAR 1962-2011. Beliau juga yakin penubuhan ini akan membuka lembaran baru dalam survival SMK Tunku Abdul Rahman pada masa hadapan.

Dato Mansur menunjukkan Plat Best Among Starians sambil diperhatikan oleh Jamil Ibrahim.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar , Dato Mansur b Ismail berharap semua bekas pelajar STAR tampil menganggotai persatuan demi kebaikkan bersama. Belau berharap dengan penubuhan persatuan ini hubungan silatulrahim sesama bekas pelajar akan kembali bertaut selepas sekian lama terpisah. Namun apa yang lebih penting adalah sumbangan yang dapat dihulurkan demi membantu pelajar STAR masa kini untuk berjaya. Dalam majlis ini juga beberapa bekas pelajar STAR yang berjaya turut hadir mrmberi sokongan.

16 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU, STAR ALOR SETAR 2011


Alor setar, Sempena sambutan Hari Guru pada hari ini, sekolah STAR tidak ketinggalan menyambutnya. Sambutan diadakan di dataran Putra bermula 7.40 pagi. pelajar berhimpun di dataran sementara guru-guru berarak masuk ketempat perhimpunan dengan iringan pelajar-pelajar bermotosikal.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, seterusnya bacaan perutusan hari guru oleh guru-guru penolong kanan. Selanjutnya pengetua STAR, Jamil Ibrahim berucap dan seterusnya merasmikan sambutan hari guru peringkat SMK TUnku Abdul Rahman tahun 2011. Gimik perasmian tahun ini ialah melepaskan 50 biji belon dengan strimer bertulis selamat hari guru. 50 biji belon menandakan 50 tahun STAR ditubuhkan.

Sambutan diteruskan dengan permainan sukaneka, nyanyian oleh guru-guru. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dengan penglibatan semua guru dalam setiap acara yang dibuat.



Sukaneka larian kasih

guru-guru star menyanyikan lagu guru malaysia

15 May 2011

Sejarah Sambutan Hari Guru di Malaysia

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif

- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

Demikianlah serah ringkas sambutan Hari Guru di Malaysia, saban tahun kerjaya ini melakar pelbagai kejayaan yang cemerlang disamping menempuh pelbagai onak dan duri, semuanya demi pembangunan negara yang tercinta. Syabas dan tahniah kepada kaum guru, jasa kalian hanya Allah jua yang membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan guru yang telah meninggalkan kita selamanya, Al-fatihah. semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

09 May 2011

Aksi Ragbi Kedah 2011 - MSSK

Berikut adalah beberapa aksi menarik perlawanan ragbi mssk tahun 2011













Majlis penyampaian hadiah

07 May 2011

KOTA SETAR JUARA RAGBI MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEDAH 2011


Pasukan Kota Setar meraikan keyaan mereka


Alor Setar, 7 Mei 2011. Pasukan ragbi Daerah Kota Setar menepati ramalan menjuarai Kejohanan Ragbi MSSK 2011. Perlawanan akhir yang berlangsung di padang SMK Tunku Abdul Rahman (STAR)pada petang tadi, telah berpihak kepada pasukan Kota setar dengan membelasah Pasukan Kubang Pasu 32-0.

Pengurus pasukan Kota Setar, En Mohd Ridzuan b Ahmad berpuas hati dengan persembahan pasukannya dan berharap mereka akan bersedia untuk kejohanan MSSM pada hujung bulan nanti. Pasukan Kota Setar dianggotai oleh pelajar dari beberapa buah sekolah, antaranya SM Sains Pokok Sena, Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Dato Syed Omar.

Pegawai pelajaran Kota Setar, 3 dari kanan hadir memberi sokongan


Pengawai pendidikan Daerah kota Setar, Tuan Haji Mohamad b Hj Abdul Hamid telah hadir memberikan sokongan kepada pasukan Kota Setar dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, kedudukan keseluruhan kejohanan ini menyaksikan pasukan Kubang Pasu ditempat kedua, Daerah Langkawi di tempat ketiga dan Pendang di kedudukkan keempat.

Pasukan SK Taman selasih bersama medal dan piala pusingan


bagi Ketegori Ragbi Bawah 12 tahun MSSK 2011, Johan disandang oleh pasukan SK Taman selasih, dari Kulim, tempat kedua SK Kampung Sungai Elir, Kulim. Tempat ketiga bersama pula disandang oleh pasukan SK Jitra 3, Kubang Pasu dan SK Lunas Jaya, Kulim Bandar Baru.

Setiausaha Sukan STAR, En Mohd Rizal b Abd Rahman merangkap jawatankuasa pengelola Ragbi MSSK tahun 2011 berpuashati dengan penganjuran pada tahun ini dan mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian. Sementara itu pengerusi teknik Ragbi Kedah, En Badrul Munir berharap pemain yang terpilih mewakili Kedah ke MSSM akan bermain bersungguh-sungguh.