18 May 2013

Warna Warni Sambutan Hari Guru Di STAR Alor Star 2013: Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda

Acara memotong kek oleh guru guru penolong kanan dan YDP PIBG.
 Alor Setar, 16 Mei 2013. STAR Alor Setar telah menyambut Hari Guru dengan meriah tetapi sederhana.  Semua guru merasa terharu kerana mereka dihargai oleh pelajar-pelajar. Acara bermula dengan bacaan yassin beramai-ramai untuk memohon kesejahteraan guru dan pelajar. Seterusnya majlis bersambung dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Sambutan dimulai dengan bacaan yasin memohon rahmat Allah.
Bermula dengan bacaan Ikrar Hari Guru oleh pengerusi Majlis  Staf, En Mohd Rizal b. Abd Rahman, nyayian lagu Guru Malaysia, dan seterusnya ucapan tahniah dan perasmian oleh YDP PIBG, En Mohd Fuad b Lazim. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar iaitu bacaan sajak dan persembahan nasyid.  Acara sambutan pada hari ini bersambung dengan permainan sukaneka.

  Acara yang paling menarik pada hari ini ialah, pertandingan mencipta pakaian beragam. Guru guru kelas yang bertindak sebagai model pakain, telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Semua pelajar dan guru merasa terhibur dan pada masa yang sama, mereka menjalin hubungan silatulrahim.

Sama seperti, warga pendidik yang lain, kami warga STAR Alor Setar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Guru Pembina, negara bangsa.

Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG, En Fuad b Md Lazim

Ikrar Hari Guru

Ceria dengan roset biru, Comel tak Kak Ton..!!



Pakaian beragam yang aneka ragam.



Wakil pelajar memakaikan roset kepada Pn Hjh Che Rokiah, Pk 1.


Kad ucapan Hari Guru dari warga pengawas STAR

Pelajar bersama guru tingkatan bersatu hati.

Johan pakaian beragam pada tahun ini...Cikgu Noorsiah
Guru Paling senior, cg Ali Ab Rahman 59 tahun.
Mesra, gimik PK 1 menyuapkan pulut kuning kepada Cikgu Rizal.

12 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013, GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA



Admin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru khasnya Guru-guru SMK Tunku Abdul Rahman, alor Setar.