29 March 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KALI KE 35

Kepada semua warga STAR, anda dijemput ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35. Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Isnin 29 Mac 2010 bertempat di Dewan Kilat, TNB, Mergong.

Mesyuarat akan bermula pada jam 2.30 petang. Perasmian mesyuarat ini akan dilakukan oleh yang hormat Tuan Ketua Polis Daerah Kota Setar. Semoga Perjalanan mesyuarat ini akan lancar dan memberi impak yang baik kepada seluruh warga STAR.

26 March 2010

SMKTAR UNGGULI ACARA PERBARISAN MSSD KOTA SETAR 2010





Alor Setar, SMK Tunku Abdul Rahman menjulang kejuaraan Acara Perbarisan untuk kali ke dua berturut-turut. Acara ini diadakan sempena kejohanan padang dan balapan Daerah Kota setar 2010 di Stadium Darul Aman. Konsep perbarisan berdasarkan sebuah kapal yang sedang belayar. Perbarisan ini melambangkan halu tuju sebuah organisasi yang bersatu-padu dan berkerjasama. Dengan dibarisi oleh pelajar berbilang kaum, kontingen ini menzahirkan juga suasana satu Malaysia.

Pertandingan ini diwakili oleh 42 buah pasukan sekolah-sekolah seluruh daerah Kota setar, ia merupakan temasya sukan tahunan terbesar untuk daerah Kota Setar. Temasya ini akan berlangsung selama empat hari, bermula pada hari khamis 25 mac dan ber berakhir pada hari Ahad 28 Mac nanti.

Tuan Pengetua STAR mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan jurulatih yang telah berusaha untuk mencapi kejayaan. Jurulatih pasukan terdiri daripada cikgu Fadilah Haron, cikgu rabiatul adawiyah dan en Mohd Fairuz ,serta seluruh warga STAR yang turut meyumbang idea.

Perbarisan pada tahun ini, di ketuai oleh En Mohd Rizal b. Abd Rahman, Setiausaha sukan STAR. Beliau berharap seluruh warga STAR akan mencapai kejayaan dalam temasya pada tahun ini