18 May 2015

BACK TO SCHOOL STAR ALOR SETAR 2015- TEMA SAMBUTAN HARI GURU

Alor Setar, 18 Mei 2015.  STAR Alor Setar, menyambut Hari Guru dengan pelbagai aktiviti menarik selain daripada aktiviti rutin sambutan tersebut.  Dengan meneroka kelainan dan sifat terbuka guru-guru, maka tema pakaian pada tahun ini adalah BACK TO SCHOOL, guru berpakaian seragam sekolah.

Disamping pakaian, guru juga bermain permainan sukan rakyat yang popular satu ketika dahulu, seperti permainan congkak, batu seremban, main toi (galah panjang), tuju lemak, tidak ketinggalan juga acara kukur kelapa, dan anyam ketupat.

Bacaan Ikrar Hari Guru

Penyampaian Cenderamata kepada guru-guru oleh pengetua

Berpakaian sekolah segak bergaya macam remaja

pose istimewa dari guru guru STAR

Lawan kukur kelapa



Permainan tuju lemak

Permainan batu seremban
Congkak, cikgu fauziah (kanan) lawan cg Diana
Secara keseluruhannya, sambutan pada tahun ini meriah dan bermakna.

SELAMAT HARI GURU 2015 KEPADA SEMUA GURU

03 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA SETAR KALI KE 33 2015 BERMULA CEMERLANG



perbarisan kontinjen MSSD kota Setar 2015
Alor Setar, 2 Mac 2015.  Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota SetarKali ke-33 sedang berlangsung dengan meriah bermula pada hari ini  hingga 6 Mac 2015 di Stadium Darulaman.Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan tahunan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah,  Tn. Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh.

29 acara dipertandingkan di kejohanan ini  dalam beberapa kategori yang melibatkan sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Setar. Secara keseluruhannya seramai 1199 atlet mewakili 42 buah sekolah menengah dan 5 buah PKG bagi sekolah rendah bertanding bagi merebut 1116 pingat dalam semua acara.  Kejohanan tahunan ini menjadi medan untuk menggilap bakat bakat atlet dalam daerah Kota Setar untuk menghadapi kejohanan di peringkat negeri (MSSK).

Walaupun dalam keadaan cuaca panas, ia tidak melunturkan semangat semua atlet untuk mempamerkan kebolehan masing masing.  Pihak pengelola mengambil langkah awal dengan menasihatkan semua kontinjen memastikan atlet mereka dibekalkan dengan minuman yang mencukupi.  Disamping itu,  petugas kecemasan sentiasa bersedia untuk menangani sebarang kemungkinan.

 
TimbalanPengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tn. Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh  merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Setar Kali ke-33/2015.
Dalam acara perbarisan,semua kontinjen tampil dengan persembahan penuh warna warni. Pertandingan perbarisan diadakan dalam 2 kategori iaitu sekolah menengah dan PKG yang mewakili sekolah-sekolah rendah.  Dengan penuh semangat berpasukan dan menjunjung tinggi etika kesukanan semua kontinjen menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam usaha untuk memenangi kategori masing masing.
PKG Alor Janggus muncul johan sekolah rendah manakala  SMK Seri Ampang bagi kategori sekolah menengah .  Tempat kedua kategori menengah disandang oleh pasukan SMK Tunku Abdul Rahman. 

Upacara perasmian dimeriahkan lagi oleh persembahan menarik daripada Pasukan Pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid, yang memainkan beberapa lagu disamping mempamerkan kemahiran yang tinggi. Ramai waris yang hadir sebagai penonton terhibur dengan aturcara persembahan yang disediakan.  

MajlisPerasmian Penutupan akan disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar pada 6 Mac 2015.
TimbalanPengarahPendidikanNegeri Kedah diperkenalkan kepadasemua kontinjen sekolah rendah dan menengah.

Pasukan STARAS dengan perisai










18 February 2015

GURU CEMERLANG BERSARA WAJIB 2015

Alor Setar, Februari 2015. SMK Tunku Abdul Rahman, STAR dengan berat hati mengadakan majlis persaraan kepada Cikgu Mohd Ali b Ab Rahman yang bersara wajib pada usia 60 tahun.

Nampak tegap dan sihat, cikgu Ali akhirnya menamatkan karier yang menjadi darah dagingnya selama 37 tahun



Bertugas selama 16 tahun di STAR, dan merupakan seorang guru cemerlang yang banyak berjasa. Mengajar mata pelajaran sains tingkatan tiga.  Beliau merupakan antara penggubal kurikulum baru sains sekolah menengah, penggubal soalan sains PMR peringkat kebangsaan dan juga ketua pemeriksa subjek sains untuk PMR. Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang dapat mencabar rekod kecemerlangan cikgu Ali. Jasa beliau kepada komuniti pendidikan sangatlah banyak, modul modul pengajaran beliau banyak diguna oleh guru guru sekarang.

Selain itu cikgu Ali juga merupakan penceramah teknik menjawab soalan sains yang popular. Beliau dijemput oleh banyak sekolah untuk berkongsi ilmu. Beliau telah dipanggil berceramah sehingga ke seluruh semenanjung Malaysia.

Cikgu Ali juga merupakan seorang guru sukan yang bersemangat tinggi. Menceburi acara olahraga dan bola sepak pada awal usianya.  Merupakan pelari pecut yang disegani ketika zaman persekolahannya.  beliau merupakan seorang pemain bola sepak , hoki dan ragbi. Ketika dalam perkhidmatan pendidikan, Cikgu Ali mewakili Pasukan Bola Sepak, Bola Tampar dan Hoki dalam pertandingan PSKPP (persatuan sukan permainan pergawai pendidikan) sejak beliau muda hinggalah veteran.

Sesuatu yang pasti, warga STAR bakal merindui kemerduan suara Cikgu Ali mendendangkan lagu dalam majlis -majlis sekolah. Hari guru pasti meriah dengan nyanyian daripada beliau. Boleh lihat nyanyian cikgu Ali di Youtube http://youtu.be/u8xruJygY8Y

diiringi oleh guru guru ke pentas utama

ucapan terakhir sebagai guru



Punch kad terakhir

bersalaman dengan pelajar yang berbaris

pasukan bolasepak yang dianggotainya

jurulatih olahraga yang dedikasi

Add caption

Hobi yang digemari


nyanyian pada hari guru

sukaneka hari guru

guru yang sporting.