31 August 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55, 1 MALAYSIA JANJI DITEPATI: Peringkat SMK Tunku abdul Rahman, Alor setar. Kedah. 2012.


Guru-guru STAR Alor Setar melaungkan semangat merdeka

Alor Setar, Khamis 30 Ogos 2012. Warga STAR Alor Setar telah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan  peringkat sekolah  Sambutan ini bertujuan menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar STAR.

Bagi memberi kesan yang mendalam kepada pelajar, pihak sekolah telah menjemput Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah , Profesor Madya  Dr. Mohd Isa b Osman untuk menyampaikan ceramah. Dalam ceramahnya beliau berharap pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan dan menghargai  kemerdekaan yang dikecapi sekarang. Dalam dunia tanpa sempadan ini beliau juga mengingatkan para pelajar supaya tidak terjajah minda oleh anasir negatif sehingga merosakkan masa depan mereka.

Acara sambutan kemerdekaan pada tahun ini juga dimeriahkan dengan bacaan puisi merdeka oleh tiga orang pelajar yang mewakili iga kaum utama di Negara ini, melayu, cina, dan india. pada majlis ini juga dipertunjukkan pakaian tradisi kaum-kaum yang ada di Malaysia.



pelajar menggayakan pakaian tradisi kaum di Malaysia

Warga STAR bergambar kenangan selepas sambutan
Pengetua STAR Puan Ramlah bt Mohd Hussein berharap pelajar dapat melaksanakan amanah untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang. Majlis ini juga diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotic kemerdekaan dan laungan keramat merdeka! merdeka! merdeka!, semoga keamanan yang dikecapi sekarang akan berkekalan.

Lama dan baru turut memeriahkan sambutan merdeka