30 October 2014

BERSARA SELEPAS 34 TAHUN 10 BULAN 21 HARI, PUAN WAN NASRIAH DALAM INGATAN

Alor Setar, 24 Oktober 2014.  STAR Alor Setar mencatat sejarah tersendiri apabila seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini telah bersara.  Pn Wan Nasriah bt Wan Abdul Rahman telah mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Januari 1980 yang merupakan sekolah pertama dan terakhir beliau bertugas.

Beliau banyak merakam segala perkembangan STAR sepanjang 34 tahun perkhidmatan di sekolah ini. Beliau mengajar 3 generasi pelajar sekitar kawasan ini, dan terdapat pelajar beliau yang kini menjadi rakan setugas di sekolah ini.  Malah beliau bertemu jodoh dengan guru sekolah ini dan turut mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka juga di sekolah ini.  Begitu dekat dan bermaknanya SMK Tunku Abdul Rahman kepada beliau.

Merupakan anak jati Kota Setar, dilahirkan di Batu 3 Tandop, bersekoloah di Sk Tandop (Wan Mat Saman,) SMK Sharifah Rodziah, dan SMK Dato Syed Omar sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Memulakan kerjaya guru pada 1.1.1980

Rekod kerjaya yang cemerlang dengan 2 kali menerima anugerah cemerlang dari kementerian pendidikan.  Beliau melakar sejarah tersendiri dengan mengekalkan rekod kelulusan 100% dalam sbjek yang diajarinya dalam peperiksaan awam.  Seorang guru yang mudah didekati dan tidak lokek menabur ilmu kepada rakan sejawat menjadikannya rakan yang dihormati.

Pasti selepas ini kami akan merindui masakan beliau setiap kali jamuan diadakan, selama ini air tangan beliau begitu sinonim dengan selera warga star. Kehilangan yang sukar dicari ganti ini menghibakan rakan sejawat.  pastinya yang hilang akan berganti, semuga cikgu wan, gembira dengan kehidupan baharu yang menanti.
selamat bersara dari kami WARGA STAR ALOR SETAR.

ucapan terakhir sebelum bersara, penuh nasihat dan bersulam kemaafan

memotong kek hari jadi yang ke 58

menerima plak persaran dari pengetua, Turin Ahmad

Sejambak bunga dari Pengerusi Majlis Staf, Mohd Rizal

bekas pelajar,En Norizan Ali menghadiahkan  lukisan karya sendiri kepada guru yang dihormati

rakaman waktu terakhir

menandatangani buku pelawat

bersama rakan sejawat

bersalam dengan pelajar yang mengiringi kepulangan cikgu tersayang

3 sejawat yang bakal bersara wajib penghujung tahun ini

bersama suami tercinta, En Mohamad (KPP Unit Peperiksaan dan penilaian JPN Kedah)

28 October 2014

PERTANDINGAN KAWAD KAKI MEMUPUK DISIPLIN PELAJAR STAR




pasukan johan dan naib johan kawad kaki 2014 SMKTAR

Alor Setar, 18 Oktober 2014. SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar mengambil peluang dicelah celah kesibukan peperiksaan PT3 untuk menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform.  Program anjuran unit kokurikulum berjalan lancar dengan penyertaan semua badan unit beruniform sekolah ini.

Pengetua STAR, Turin Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan kepada barisan urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan ini.  Turut hadir menyaksikan pertandian ialah Tuan DSP Rosli dari IPKS yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurut penyelaras pertandingan kawad kaki Cikgu Mohd Rizal b Abd Rahman, sebanyak 9 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan selama 3 jam ini. Mereka terdiri daripada pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan penyelamat, Putri Islam, Kadet Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulance dan Pengakap.  Semua pasukan menunjukkan komitmen yang tinggi semasa pertandingan.

Pasukan pasukan telah berlatih setiap kali perjumpaan mingguan, dan kemuncaknya mereka diuji dalam satu pertandingan yang diadili oleh 10 orang hakim yang merangkumi elemen keseragaman dan kekemasan pakaian, kawad statik, kawad dinamik, kawad formasi dan kepimpinan.  Aktiviti kawad sememangnya diiktiraf sebagai penjana kerjasama dan persefahaman sesama ahli pasukan, malah ia juga memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab terhadap kerjabuat peserta. dengan adanya pertandingan sebegini, diharapkan sahsiah dan disiplin pelajar STAR dapat ditingkatkan seterusnya melahirkan pelajar yang memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Dalam pertandingan ini, johan disandang oleh pasukan Kadet Polis dan tempat kedua oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah, diikuti oleh pasukan St John Ambulance. ketua platun terbaik disandang oleh Kadet Remaja Sekolah. Lain-lain pasukan menunjukkan persembahan yang baik namun masih belum berjaya menambat hati para hakim. semoga semua pasukan akan bertanding lagi pada masa hadapan dengan penuh semangat dan komitmen.
terdiri pelajar tingkatan 1,2 dan 4

penuh semangat

ketua platun terbaik



aksi juara