31 March 2012

PIBG DAN SEKOLAH MEMUPUK PERSEFAHAMAN DEMI KEJAYAAN PELAJAR


Alor Setar, 29 Mac 2012. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37. Mesyuarat diadakan di dewan Perdana STAR, bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 6.00 petang, banyak agenda untuk kemajuan sekolah telah dapat disepakati. Mesyuarat pada tahun ini telah dirasmikan oleh, Dr Muhamad Muzammil b Mohamad Noor Pensyarah Kanan (Sejarah), USM. beliau merupakan bekas pelajar STAR 1986-1991.
Dr Muzammil (berkerusi roda) bersama pengetua

Dr Muzammmil adalah seorang kelainan upaya, merupakan ikon untuk OKU di Malaysia. Pihak STAR berbesar hari menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG pada tahun ini adalah untuk mendengar sendiri kata-kata peransang daripada beliau untuk menaikkan semangat warga STAR. Menceritakan pengalaman beliau bersekolah di STAR memberikan harapan kepada warga STAR untuk sama-sama berusaha mencapai kejayaan kerana beliau telah membuktikan bahawa pelajar STAR Alor Setar boleh berjaya jika mereka kuat berusaha.

Mesyuarat agung pada kali ini dihadiri oleh 641 waris dan 98 orang guru. Rata-rata waris yang hadir terdiri daripada generasi 40 an, yang anak-anak mereka di tingkatan 1 hingga 3. mereka telah memberi pandangan dan cadangan yang realistik untuk cuba dipenuhi oleh barisan kepimpinan pada tahun ini. YDP PIBG sesi 2012-2013 En Fuad b Lazim (mengekalkan kerusi) berkata, beliau menaruh harapan yang sangat tinggi agar semua ibu bapa tanpa mengira keturunan dapat bersama menjayakan apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak pelajar.
Barisan AJK PIBG sesi 2012/2013

Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim sangat berpuashati dengan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini. beliau juga berharap semua waris dapat memberikan lebih perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka demi masa depan yang cemerlang. Hj Jamil juga berpesan agar para waris dapat seiring dengan kemajuan teknologi semasa yang memerlukan pemindahan data-data penting tentang anak, pendapatan, dan jumlah anggota keluarga dapat dilaporkan secara telus untuk memudahkan pihak kerajaan menyalurkan apa-apa bantuan. Tanpa data yang tepat, kemungkinan mereka akan tercicir daripada menerima sebarang bentuk manfaat yang diberikan oleh kerajaan. Ibu bapa juga diminta tampil membantu pihak sekolah dalam apa jua keadaan dan sebarang permasalahan yang timbul dapat dibincangkan bersama-sama.

Bagi memeriahkan acara, PIBG telah menyediakan hadia cabutan bertuah kepada semua yang hadir, tidak ketinggalan, Tuan pengetua, Hj Jamil juga bertuah pada hari ini dengan membawa pulang hamper makanan. manakala hadiah utama berupa sebuah basikal telah dimenangi oleh pihak waris.


Tuan pengetua menerima hadiah hamper


En Fuad b Lazim menyampaikan hadiah basikal kepada waris

09 March 2012

PERTEMUAN EPIK KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID DAN STAR KESINAMBUNGAN BOLASEPAK MSSD KOTA SETAR




Alor Setar, 8 Mac 2012. Liga bolaepak MSSD Kota Setar telah menyaksikan pertarungan sengit antara pasukan KSAH dan STAR. Perlawanan penentuan yang akan melayakkan pemenangnya melangkah ke suku akhir.

Pasukan STAR FC bertandang ke KSAH dengan misi menang dan menang. Manakala KSAH menanti penuh debaran untuk berdepan dengan pasukan yang konsisten di semua posisi. Perlawanan dalam keadaan hujan renyai dan padang yang becak tidak mengganggu fokus kedua-dua pasukan. Kedua pasukan saling menyerang dan menjaringkan gol.

Tamat perlawanan dengan keputusan seri 2 - 2, telah melayakkan pasukan STAR FC melangkah ke Suku Akhir dengan 4 mata mendahului KSAH yang hanya memungut 2 mata daripada 3 perlawanan. Jurulatih pasukan STAR FC, Cikgu Mohd Rizal Abd Rahman berpuashati dengan komitmen pasukan STAR dan berharap mereka akan gigih berusaha untuk perlawanan berikut nanti.

Liga bola sepak MSSD Kota Setar akan bersambung selepas cuti pertengahan semester 1 nanti.

06 March 2012

PELANCARAN LOGO SAMBUTAN 50 TAHUN STAR ALOR SETAR

Alor Setar, 5 Mac 2012, SMK Tunku Abdul Rahman telah melancarkan Logo Sambutan 50 tahun STAR. Pelancaran dilakukan oleh YDP Alumni STAR.

Pengetua STAR, Jamil Ibrahim berharap dengan pelancaran logo ini, sambutan 50 tahun STAR pada tahun ini akan lebih meriah dan bermakna kepada seluruh warga STAR sejak tahun 1962 hingga kini.

STAR JUARA PERBARISAN MSSD KOTA SETAR KALI KE 4 BERTURUT-TURUT

Jamil Ibrahim (tengah) bersama pasukan STAR


Alor Setar, 4 Mac 2012. Sempena Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar, Pasukan atlit STAR telah mencapai kejayaan manis dengan menjuarai kategori Perbarisan Kontijen terbaik selama 4 tahun berturut-turut.

Menurut Pengetua STAR, Jamil Ibrahim kejayaan ini menunjukkan semangat bertanding dan kerjasama warga STAR sangat cemerlang kerana berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kali ke 4 berturut-turut. Tambah beliau, perbarisan pada tahun ini dengan tema 1 Murid 1 Sukan telah berjaya menambat hati juri pertandingan. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah mencurahkan idea dan tenaga untuk meraih kejayaan ini.

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah, Tuan Haji Rooslee bin Ismail kepada ketua kontijen pasukan STAR, En Azizan Abdul Kadir (penolong kanan ko kurikulum). Kejayaan ini telah menaikkan semangat kontijen STAR untuk mengambil bahagian dalam kejohanan balapan dan padan pada tahun ini.


Rumah Merah Juara Merentas Desa SMKTAR 2012




Alor Setar, 3 Mac 2012. SMK Tunku Abdul Rahman, (STAR) telah mengadakan kejohanan merentas desa siri yang ke 39 yang bermula di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.

Seramai 1400 pelajar telah menyertai kejohanan pada kali ini. YDP PIBG STAR, En Fuad bin Lazim telah melepaskan semua peserta larian. Kejohanan pada kali ini diadakan sekitar kampung Suka Menanti, kg Pantai Johor dan berakhir di Stadium sultan Abdul Halim yang meliputi jarak 8 km bagi kategori lelaki dan 6 km untuk kategori perempuan.

Pelajar dapat menghargai pemandangan menarik sepanjang laluan merentas desa dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Penyelaras kejohanan merentas desa, En Mohd Rizal b Abd Rahman berkata, Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar dengan kerjasama erat seluruh warga STAR dengan bantuan unit trafik IPD Kota Setar. Tiada sebarang kemalangan dan pelajar dapat menamatkan larian dalam keaadaan yang selamat.

Kejohanan pada kali ini dimenangi oleh pasukan rumah Merah, walaupun diberi saingan sengit oleh rumah sukan yang lain. Pengetua STAR, Jamil Ibrahim turut mengucapkan syabas kepada jawatan kuasa pengelola kejohanan merentas desa STAR tahun ini. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak luar yang terlibat menjayakan kejohanan ini, antaranya Pengerusi JKKKP Kampung Suka Menanti, Unit Trafik IPD Kota Setar dan Perbadanan Stadium Negeri kedah.

Semoga kenangan manis sepanjang kejohanan ini menjadi ingatan semua yang terlibat. Majulah sukan untuk negara.


Peserta mendengar taklimat kejohanan oleh Cikgu Ali

Peserta memanaskan badan sebelum larian.