19 February 2010

REUNION PELAJAR KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID CLASS OF 90"








Alor Setar, 14 Februari 2010. Satu perjumpaan mesra oleh Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid kohot spm 1990 telah diadakan. Selepas hampir 20 tahun tidak berjumpa, masing-masing ada banyak cerita yang ingin dikongsikan. Perjumpaan ini berlangsung di Restoran KUBAS, jln Sultanah (sebelah INSPIN). semoga dalam reunion akan datang iaitu pada bulan Mei nanti, lebih ramai yang akan hadir.(dalam gambar ni adalah muka saya..barisan belakang sekali...baju merah)..

ini adalah sisipan kepada blog ni. Walaupun saya ni Warga SMKTAR, tp KSAH adalah sekolah yg pernah saya belajar dulu...sori ye STARians...

16 February 2010

KADET POLIS SMKTAR 2010




Pasukan ini juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kawad Kaki pada tahun ini. Walaupun kurang berjaya namun mereka telah menunjukkan komitmen pasukan yang baik. Mereka pasti berusaha lebih gigih pada pertandingan akan datang.

14 February 2010

KADET BOMBA SMKTAR JUGA MENYERLAH




Dalam pertandingan kawad kaki SMKTAR 2010, pasukan Kadet BOmba juga telah mengambil bahagian dan berjaya mendapat tempat ke dua. Syabas dan tahniah kepada semua ahli kadet bomba.

11 February 2010

PENGAKAP STAR TERUS MANTAP





Dalam pertandingan kawad kaki pada tahun ini, unit pengakap SMKTAR telah menghantar satu kontigen. Guru penasihat pengakap STAR, En Mohd Fairuz b Md Zain telah menyatakan kesediaan pasukan pengakap untuk menyertai mana-mana pertandingan kawad kaki pada masa akan datang.

WAJAH-WAJAH GURU STAR DENGAN UNIFORM
















KADET REMAJA SEKOLAH, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2010










Barisan Ahli Kadet Remaja Sekolah, SMK tunku Abdul Rahman yang Memenangi Pertandingan Kawad Kaki.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM SMKTAR, ALOSETAR. 2010



Alor Setar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, telah mengadakan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform pada 11 Februari lalu. Pertandingan bermula pada pukul jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Pertandingan ini dijalankan di Dataran Putra dan sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian antaranya ialah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Pertahanan Awam, Putri Islam, St John Ambulance, Kadet Bomba, Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Pengakap. Setiap pasukan dianggotai oleh 31 orang ahli.

Tuan Pengetua, merangkap Mejar KRS Tuan Haji Jamil b. Ibrahim telah sudi menerima tabik hormat dan mengadili pertandingan ini. Beliau dibantu oleh 5 orang guru iaitu, En Azizan b. Abdul Kadir, Pn Hjh Shokriah bt Ahmad, En Mohd Fisol, Cik Syafriza Shuhada dan En Mohd Radzi.

Dalam ucapannya, pengetua melahirkan rasa bangga dengan komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Disamping bertanding, peserta juga akan merasai pengalaman yang sangat berharga dan memupuk semangat berpasukan dan dedikasi.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah, tempat kedua ialah pasukan Kadet Bomba. Guru penasihat Kadet Remaja Sekolah, Kapten KRS En Mohd Rizal b. Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Beliau juga mengingatkan pelajar supaya bersedia untuk pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan tidak lama lagi.