29 July 2010

SMKTAR DAN SMK SYED ALBUKHORY ERATKAN PERSAHABATAN MELALUI SUKAN BOLA SEPAK


Alor Setar 29 Julai 2010, Pasukan Bola Sepak Kelab Sukan STAR telah menerima kunjungan pasukan bola sepak SMK Syed Al Bukhory. Perlawanan di padang SMKTAR telah berlangsung dengan suasana penuh semangat kesukanan.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan silatulrahin antara kedua-dua sekolah. Menurut Pengurus Pasukan STAR, En Mohd Rizal, Pasukannya kerap menerima jemputan daripada kelab dan sekolah di sekitar Alor Setar untuk perlawanan bola sepak. Pihaknya tidak keberatan menerima kunjungan pelawat asalkan tidak bertindihan dengan aktiviti sekolah. Melalui perlawanan seperti ini, pihak STAR dapat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat serta berpeluang menambah kenalan.

Dalam perlawanan petang tadi, pasukan STAR FC menang besar ke atas Pasukan SMKSAB dengan 8-3, namun tujuan perlawanan ini lebih menjurus kepada hubungan silatulrahim. Pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawana persahabatan dengan STAR FC bolehlah menghubungi en Mohd Rizal di talian 019 4498999.

24 July 2010

KADET REMAJA SEKOLAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR. AKTIF BERKHEMAH

Alor setar, 21 julai 2010. Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Tunku Abdul Rahman (KRS) telah mengadakan perkhemahan tahunan di Camp Perik, Kuala Nerang. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang berfaedah.

Sepanjang kem berlangsung, seluruh ahli KRS telah memberikan komitmen yang tinggi. Pada hari pertama, semua ahli diajar memasang khemah dan memasak makanan. disamping mempelajari kemahiran asas berkhemah, ahli KRS juga diajar membaca kompas. Kapten KRS Encik Mohd Rizal, berkata. semua kmahiran asas perkhemahan telah diajar kepada pelajar supaya mereka berpengetahuan dan menimba sebarapa banyak pengalaman berharga sepanjang perkhemahan ini.


Bergambar kenangan dalam hutan,Kapten Mohd Rizal 3 dari kiri

Pada hari kedua, aktiviti lasak menanti anggota KRS, iaitu aktiviti merentas hutan. Dengan panduan daripada pemandu jalan berpengalaman, anggota KRS telah meredah hutan selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ahli KRS dapat memerhati flora dan fauna serta menghayati keindahan alam semulajadi.

Perkhemahan ini dihadiri oleh 40 orang ahli KRS. Turut mengiringi mereka adalah 4 orang guru yang terdiri daripada Kapten KRS Encik Mohd Rizal b. Abd Rahman, Leftenan Musa b Salleh, Leftenan Rogayah bt Talib dan Leftenan Muda Suraida. Semua pelajar dan guru telah memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang perkhemahan ini.

meredah sungai

Pada malam kedua, telah diadakan jamuan durian dan persembahan malam kebudayaan oleh ahli KRS. Mengulas penganjuran perkhemahan ini, pengetua STAR telaha melahirkan rasa bangga dengan penglibatan semua pihak. Beliau berharap segala pengalaman yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini, akan mematangkan pelajar untuk bekalan masa depan.

15 July 2010

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA HARI STAR 2010


antara peserta yang mengambil bahagian

Alor Setar, 7 Julai 2010. STAR sekali lagi menganjurkan pertandingan memancing pada tahun ini. Acara tahunan ini disertai oleh pelajar dan guru STAR. Pertandingan ini di adakan di Kampung Teluk Yan, Mergong, Kedah.

Berbanding tahun lalu, tangkapan pada tahun ini adalah amat memberansangkan. Dalam masa 2 jam, peserta dapat menaikkan sebanyak 30 ekor ikan perbagai jenis dan saiz. Juara pada tahun ini telah menaikkan ikan haruan seberat 550g dan tempat kedua menaikkan ikan keli seberat 450 gram.

memasang umpan cacing.

Pemenang tempat pertama, Quyyum Abdul Razak sungguh gembira dengan kemenangan ini, sementara guru yang menduduki tempat kedua turut teruja dengan kemenangannya, cikgu Fauzi Hashim pada mula tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapat sebarang tangkapan, namun sudah menjadi rezekinya pada hari itu.

Mengulas penganjuran pertandingan pada kali ini,pengetua STAR, Hj Jamil berkata; sukan memancing adalah berfaedah kepada setiap orang yang meminatinya. di samping dapat menghayati kekayaan alam sekitar. Namun yang paling penting ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar pasti dapat membentuk peribadi meraka pada masa hadapan, ujarnya.