18 February 2015

GURU CEMERLANG BERSARA WAJIB 2015

Alor Setar, Februari 2015. SMK Tunku Abdul Rahman, STAR dengan berat hati mengadakan majlis persaraan kepada Cikgu Mohd Ali b Ab Rahman yang bersara wajib pada usia 60 tahun.

Nampak tegap dan sihat, cikgu Ali akhirnya menamatkan karier yang menjadi darah dagingnya selama 37 tahun



Bertugas selama 16 tahun di STAR, dan merupakan seorang guru cemerlang yang banyak berjasa. Mengajar mata pelajaran sains tingkatan tiga.  Beliau merupakan antara penggubal kurikulum baru sains sekolah menengah, penggubal soalan sains PMR peringkat kebangsaan dan juga ketua pemeriksa subjek sains untuk PMR. Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang dapat mencabar rekod kecemerlangan cikgu Ali. Jasa beliau kepada komuniti pendidikan sangatlah banyak, modul modul pengajaran beliau banyak diguna oleh guru guru sekarang.

Selain itu cikgu Ali juga merupakan penceramah teknik menjawab soalan sains yang popular. Beliau dijemput oleh banyak sekolah untuk berkongsi ilmu. Beliau telah dipanggil berceramah sehingga ke seluruh semenanjung Malaysia.

Cikgu Ali juga merupakan seorang guru sukan yang bersemangat tinggi. Menceburi acara olahraga dan bola sepak pada awal usianya.  Merupakan pelari pecut yang disegani ketika zaman persekolahannya.  beliau merupakan seorang pemain bola sepak , hoki dan ragbi. Ketika dalam perkhidmatan pendidikan, Cikgu Ali mewakili Pasukan Bola Sepak, Bola Tampar dan Hoki dalam pertandingan PSKPP (persatuan sukan permainan pergawai pendidikan) sejak beliau muda hinggalah veteran.

Sesuatu yang pasti, warga STAR bakal merindui kemerduan suara Cikgu Ali mendendangkan lagu dalam majlis -majlis sekolah. Hari guru pasti meriah dengan nyanyian daripada beliau. Boleh lihat nyanyian cikgu Ali di Youtube http://youtu.be/u8xruJygY8Y

diiringi oleh guru guru ke pentas utama

ucapan terakhir sebagai guru



Punch kad terakhir

bersalaman dengan pelajar yang berbaris

pasukan bolasepak yang dianggotainya

jurulatih olahraga yang dedikasi

Add caption

Hobi yang digemari


nyanyian pada hari guru

sukaneka hari guru

guru yang sporting.