20 October 2013

RAGBI PIALA STARIANS 10' SEBELAH REBUTAN 24 PASUKAN

Alor Setar, 6 Oktober 2013.  SMK Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan kejohanan Ragbi Piala Starians edisi ke 3 yang telah disertai oleh 24 pasukan sekolah sekolah dari seluruh Malaysia.  Kejohanan tahunan ini telah menarik penyertaan dari Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Seperti tahun tahun sebelumnya, kejohanan ini menawarkan beberapa kategori antaranya, Kategori Knife, Kategori Fork, Kategori Spoon, Kategori Bowl, dan Ketegori Plate.  Pengerusi Teknik Ragbi Kedah, En Badrul Munir menyatakan bahawa kejohanan ini adalah kayu ukur kepada tahap permainan ragbi di negeri Kedah. Dengan kehadiran pasukan dari zon Selatan dan Tengah, kita dapat merasai pengalaman berlawan dengan pasukan pasukan yang jarang kita jumpa, sekaligus menambahkan pengalaman pemain dan mewujudkan kepelbagaian dari segi taktikal.  Usaha SMK Tunku Abdul Rahman menganjurkan Piala Starian ini seharusnya dipuji kerana membantu menyemarakan sukan ragbi di negeri Kedah.

Pengetua STAR, Turin Ahmad  dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang datang memeriahkan kejohanan, beliau berharap jalinan silatulrahim sesama pemain dari negeri negeri akan sentiasa kukuh dan seterusnya mengangkat martabat sukan ragbi, lalu membantu mempromosikan gaya hidup sihat selaras dengan harat Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan.

Kejohanan pada kali ini tambah meriah dengan kehadiran bekas pengetua STAR, Jamil Ibrahim yang merasmikan penutupan kejohanan.  Jamil Ibrahim juga merupakan pelopor atau pengasas kejohanan ini. Tidak ketinggalan hadir adalah Pn Hjh Ramlah bt Mohd Hussain, juga bekas pengetua STAR yang turut menyokong kelangsungan piala Starian.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:
Kategori KNIFE:   Johan: SM Sains Pokok Sena B, Naib Johan : MRSM Kubang Pasu

Kategori FORK:    Johan:  Bukit Mertajam High School.  Naib Johan: MRSM Baling A

Kategori SPOON:  Johan, MRSM PDRM, Kulim,  Naib Johan: SM Sains Hulu Selangor B

Kategori BOWL: Johan:  Kolej Sultan Abdul Hamid B,  Naib Johan, SM Sains Mohd Jiwa, Sungai Petani.

Kategori PLATE:  Johan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor.  Naib Johan, SMK King Edward, Perak.

Johan Piala Starian 2013: SM Sains Hulu Selangor A, Naib Johan SM Sains Pokok Sena A.

Berikut adalah foto foto sepanjang pertandingan.






Turut hadir En Mohd Anas, penolong pengarah Unit Sukan JPN Kedah bersama Cikgu Rizal


Acara penyampaian hadiah dijalankan ketika hujan

Ucapan pengetua, Turin Ahmad, turut serta dalam gambar, kiri Dato Mansur, Pn Hjh Ramlah, Hj Jamil.

Hj Jamil Menyampaikan hadiah kepada pasukan bertanding

Johan Piala Starians , SM Sains Hulu Selangor

Pasukan SM Sains Hulu Selangor bergambar kenangan