14 April 2013

KARNIVAL INTEGRASI SUKAN RAKYAT 1 MALAYSIA.

Alor Setar, Selasa, 9 April 2013. STAR Alor Setar dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menganjurkan Karnival Integrasi Sukan Rakyat 1 Malaysia di padang STAR. Karnival bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim antara kaum yang terdapat di STAR. Acara yang dipertandingkan termasuklah tarik tali, gusti lengan, aerobik, dan sukaneka seperti tiup tepung, pecah belon, sambut belon, relay tiga kaki, sehati sejiwa dan banyak lagi.

Semua pelajar STAR berbilang bangsa mengambil bahagian dengan suasana yang gembira dan harmoni, mereka tidak segan silu bercampur gaul dengan bangsa lain dalam setiap acara yang dipertandingkan.  Hal ini menepis tanggapan segelintir masyarakat yang mengatakan terdapat unsur perkauman yang kuat disini. Pelajar STAR telah bercampur gaul antara kaum sejak 50 tahun dahulu, malah hubungan mereka sangatlah erat.  Karnival pada hari ini membuktikan bahawa semua pelajar STAR boleh bekerjasama dengan baik tanpa mengira kaum.
ucapan perasmian oleh Hj Mohamad
Melepaskan belon gimik perasmian














Karnival Integrasi Sukan Rakyat 1 Malaysia yang diadakan ini dirasmikan oleh En. Hj Mohamad b Abd Hamid, BCK. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Kedah yang tidak dapat hadir.  Dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh pelajar mengekalkan perpaduan antara kaum dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajaran.  Semua pelajar mestilah aktif dalam semua bidang di sekolah termasuklah bidang sukan, pelajar memerlukan badan yang sihat untuk mendapat otak yang cerdas, dengan menyertai program sukan pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.Beliau selepas itu memotong belon yang melambangkan perpaduan kaum di STAR sentiasa dijunjung tinggi.
Hjh Ramlah Mohd Hussain, Pengetua STAR
Pengetua STAR, Hjh Ramlah bt Mohd Hussain, sebelum itu dalam ucapannya berharap semua pelajar dan guru STAR bersungguh-sungguh menjayakan apa jua program yang diadakan di sekolah. Beliau juga melahirkan rasa terima kasih diatas perhatian yang diberikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dalam memajukan STAR Alor Setar.


Turut bererobik, dari kiri, en fisol HEM, Hjh Ramlah, En Mohamad, En Sofarudin PPD Kota setar, dan En Fuad Lazim YDP PIBG

guru perempuan yang turut serta

Jurulatih senam tari 1 Malaysia, Pn Hanan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Selesai perasmian, semua tetamu, guru dan pelajar melakukan senam aerobik yang diketuai oleh Mdm Nirvere Kaur jurulatih aerobik dari Persatuan Kecergasan Kedah dan sesi kedua oleh Puan Hanan jurulatih Senam Tari 1 Malaysia dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Gang Nam Style!!
Untuk memeriahkan suasana, cabutan bertuah telah diadakan, hadiah-hadiah berupa hamper disediakan. Hadiah utama ialah sebuah basikal dan tablet. pelajar sungguh teruja dengan hadiah yang ditawarkan dan sanggup menunggu hingga acara cabutan bertuah selesai.  Pelajar yang bertuah pada hari ini ialah Mohd Mursyid dari kelas 2 Baiduri yang telah membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah iaitu tablet.
pelajar bertuah membawa pulang Tablet.

Klik pilihan sepanjang karnival Integrasi sukan Rakyat 1 Malaysia.
Tarik tali antara rumah sukan, lelaki.

Instutor mdm Nirvere kaur sedang beraksi

gusti lengan integrasi
Tarik tali antara rumah sukan, perempuan
kami 1 Malaysia
kerjasama kaum
bersedia untuk acara relay
menunggu acara penyampaian hadiah
kerjasama


Mohd Rizal dua dari kiri bersama pengetua dan PPD menanti kehadiran VIP
Penyelaras Karnival Integrasi Sukan Rakyat 1 Malaysia, Mohd Rizal Abd Rahman melahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran pada kali ini. semua guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Apa yang penting ialah semua pihak gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan.

Gelagat guru guru juga memeriahkan suasana
Siapa kuat?

Puan Hanan menerima cenderamata daripada pengetua

bersama stremer perasmian
VIP diiring oleh pasukan gendang silat STAR