20 March 2011

Al- Fatihah, kepada Allahyarham Cikgu Md Zahir b Baharom.


Alor Setar, 17 March 2011. STAR Alor Setar kehilangan seorang guru iaitu Allahyarham Cikgu Md Zahir b Baharom hari ini. Pemergiannya adalah selepas serangan jantung di HSB Alor Setar.

Beliau telah dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah kerana masalah usus dan telahpun selamat menjalani pembedahan pada 13 Mac, namun ketika dalam wad pemerhatian, beliau telah diserang sakit jantung yang terus menyebabkan beliau koma lalu meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Pengetua STAR menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan yang besar kepada sekolah. Beliau seorang guru bahasa ingeris yang disenangi rakan dan pelajar. Berasal dari Kampong Berjaya, Alor Setar. Jasad beliau dikebumikan di Masjid Ghufran, Jalan Pegawai.

Bagi pihak guru-guru, penulis turut bersedih atas pemergian allahyarham dan berdoa supaya keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-FATIHAH.

03 March 2011

Kontigen SMKTAR Johan Trebel Perbarisan MSSD Kota Setar 2011


Alor Setar, 3 Mac 2011. Sempena dengan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar 2011, SMK Tunku Abdul Rahman turut mengambil bahgian dalam acara perbarisan kontigen.

Mengungguli acara ini untuk tahun ketiga berturut-turut telah memberi kepuasan kepada warga STAR. Menewaskan 42 kontigen merupakan pencapaian yang membanggakan. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kedah kepada ketua kontigen STAR.

Perarakan STAR pada tahun ini berkonsepkan futura, keharmonian kaum, dan kebitaraan STAR telah menjulang pasukan STAR. Mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh warga STAR. Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh guru dan pelajar yang telah berusaha mendapatkan kemenangan ini.