18 May 2010

PASUKAN BOLA SEPAK STAR - GURU 2010


Dalam perlawanan antara pasukan Staf melawan pasukan bwh 18 tahun star, kedua pasukan mencatat keputusan seri 1-1. Perlawanan diadakan di padang STAR sempena hari guru 2010

17 May 2010

ACARA SAMBUTAN HARI GURU SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR 2010



Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim menerima kad ucapan hari guru daripada wakil pelajar.

16 May 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010



Pada tahun ini Hari Guru disambut secara sederhana di sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Sambutan bermula dengan perarakan masuk guru-guru ke dataran Putra dengan iringan kompang dan bunga manggar.



Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah seterusnya lagu guru Malaysia. Selepas itu bacaan perutusan oleh penolong kanan. Dalam ucapan perasmian, tuan pengetua mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru STAR, semoga dedikasi yang ditonjolkan sekarang akan berterusan.

Selesai perhimpunan, diadakan perlawanan bolasepak diantara pasukan bolasepak bawah 18 sekolah menentang pasukan kelab sukan STAR yang dianggotai oleh guru-guru STAR. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. Sementara itu, guru wanita pula bermain acara bola jaring bersama pelajar-pelajar perempuan. suasana perlawanan sungguh meriah dan harmoni. ini menunjukkan wujudnya kemesraan antara guru dan pelajar.









selepas penat bermain, guru dan pelajar disajikan dengan jamuan yang menyelerakan. seterusnya program hari ini bersambung dengan acara persembahan pelajar dan guru. Ramai guru telah tampil menunjukkan bakat masing-masing, tuan pengetua turut menyanyikan satu lagu untuk menghiburkan warga STAR.

GAMBAR SUASANA HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN 13 MEI 2010


Pasukan Tarian Pelajar Cina


Geng Masak


Pandangan pentas sebelum bermulanya Hari Anugerah Cemerlang 2010



Hadirin menjamu selera

15 May 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

10 Mei 2010, Pengetua SMKTAR telah mengumumkan nama guru-guru yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi penilaian tahun 2009.

Antara 9 orang yang berjaya pada tahun ini ialah seorang guru cemerlang, iaitu En Mohd Ali b Ab Rahman. En Mohd Ali merupakan seorang guru cemerlang Sains dan juga sangat aktif dalam bidang Ko Kurikulum. Beliau merupakan pesuruhjaya Pengakap SMKTAR dan juga jurulatih pasukan olahraga SMKTAR. Walaupun pada usia 55 tahun, semangat dan dedikasi yang ditunjukkan tidak pernah luntur. Beliau adalah guru sejati. Tahniah diucapkan kepada cikgu Ali.



Cikgu Ali Menerima surat Anugerah Cemerlang dari Hj Jamil.

PASUKAN TARIAN TRADISIONAL SMKTAR ALOR SETAR


Pasukan ini terdiri daripada pelajar cina, tetapi pada malam anugerah cemerlang SMKTAR baru-baru ini mereka telah mempersembahkan tarian tradisional melayu. Tarian joget dan zapin yang dipersembahkan berja memikat hati penonton.

Semangat satu Malaysia terserlah dalam kesepakatan mereka.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH 15 MEI 2010


Menyahut seruan kementerian Pelajaran Malysia supaya setiap sekolah mengadakan acara gotong royong, SMKTAR telah melaksanakannya pada hari Sabtu 15 Mei yang lalu.

Seluruh Warga STAR telah berganding bahu dalam program gotong royong untuk mengindahkan kawasan sekolah. Menurut guru STAR, En Mohd Rizal Abd Rahman, tujuan gotong royong ini diadakan bukan hanya untuk memperindahkan kawasan sekolah, tetapi lebih kepada pembinaan sahsiah pelajar supaya turut mempunyai semangat sayangkan sekolah dan turut berusaha mencantikkan kawasan sekolah mereka. Apabila pelajar berkerjasama memperindahkan kawasan sekolah, ia akan memupuk rasa sayang kepada sekolah dan seterusnya pelajar akan menjaga persekitaran sekolah mereka dengan lebih bertanggungjawab.

Kehadiran pelajar dan guru yang mengambil bahagian adalah 100 peratus, ini membuktikan bahawa pelajar STAR sentiasa positif dan mengambil berat akan sekolah mereka. Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim melahirkan rasa gembira dengan penglibatan semua pihak dalam program ini.

Program gotong royong ini adalah dijalan secara serentak diseluruh negara, iaitu sebelum sambutan Hari Guru pada esoknya. Diharapkan dengan perlaksanaan program seumpama ini, seluruh warga pendidikan akan mengambil bahagian dengan aktif demi kemajuan pendidikan di Malysia.


Guru dan pelajar SMKTAR Alor Setar bersedia sebelum memulakan gotong royong.

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN , 13 MEI 2010

SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) telah melaksanakan Hari Anugerah Cemerlangnya baru-baru ini. Majlis ini adalah merupakan malam pengiktirafan kepada warga STAR yang berjaya dalam semua bidang, kurikulum dan ko kurikulum.

Untuk pertama kalinya, majlis anugerah ini diadakan pada sebelah malam. Perjalanan acara disusun rapi agar lancar. Kehadiran waris amatlah menggalakkan sehinggakan kerusi yang disediakan tidak mencukupi. Malah ada waris yang terpaksa berdiri sepanjang majlis.


Majlis dibahagikan kepada tiga segmen iaitu segmen satu, protokol majlis perasmian Hari anugerah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG en Omar b Dahaman, segmen kedua Ialah penyampaian anugerah kepada warga STAR yang cemerlang dan segmen ketiga ialah persembahan pentas.

Dalam ucapan perasmian, YDP PIBG menyatakan rasa berbesar hatinya atas sambutan luar biasa daripada para waris pada malam ini. Beliau juga menyatakan rasa bangganya atas semua pencapaian STAR pada tahun ini, semoga prestasi memberansangkan ini akan meneruskan momentumnya sehingga STAR berjaya menjadi sekolah ternama di negeri Kedah dalam masa terdekat.

Sementara itu, pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim turut melahirkan rasa terharunya atas sambutan para waris pada malam itu. Beliau berharap lebih ramai lagi waris yang akan tampil membantu pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.

Perasaan bangga ini juga turut dikongsi oleh semua warga STAR, menurut guru STAR, en Mohd Rizal b Abd Rahman, STAR berada dalam momentum yang baik dalam usaha menjadi sekolah yang ternama di negeri kedah. sebagai guru sukan STAR, beliau berbangga kerana 2 orang pelajar STAR telah mewakili Malaysia dalam acara lumba basikal dan juga kejohanan Basikal Gunung. Pada tahun ini ada pelajar STAR yang turut mewakili negeri Kedah Ke SUKMA di Melaka dalam acara tinju, disamping Kontinjen STAR telah mengungguli acara Perbarisan MSSD untuk 2 tahun berturut-turut dan juga mendapat tempat ke 12 daripada 42 pasukan bertanding dalam acara kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar pada tahun ini.

Dalam bidang kurikulum, pelajar STAR juga tidak ketinggalan. seramai 12 orang pelajar lepasan SPM tahun 2009 telah mendapat pengiktirafan kerana memperoleh keputusan yang cemerlang, seorang pelajar mendapat 9A dan 8A selebihnya mendapat 7A.


Perasmian Hari anugerah cemerlang ini diwarnai dengan tembakan bunga api dan gendang silat oleh pasukan gendang silat STAR yang telah menjadi johan dalam pertandingan Gelang Silat negeri Kedah pada tahun ini.

Selesai majlis perasmian, hadirin menjamu selera secara buffet. antara makanan yang dihidangkan ialah satay, bihun sup, nasi lemak, ais kacang, minuman sejuk dan panas dan beraneka kuih muih. Rata-rata hadirin amat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.





Peserta yang mengambil bahagian dalam persembahan tampil memberikan penghormatan kepada hadirin

PERSEMBAHAN SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010



Sempena Malam Anugerah Cemerlang SMKTAR yang diadakan pada 13 Mei yang lalu, beberapa persembahan telah dirancang untuk semua hadirin. Persembahan adalah pelbagai bentuk dan tema, salah satu persembahan ialah gandingan antara guru dan pelajar. dalam gambar, cikgu Rizal dan pelajarnya Azlan menyampaikan lagu duet. Pada malam itu juga cikgu Rizal turut menerima anugerah Budaya Kerja Cemerlang. Azlan pula mendapat anugerah tokoh pelajar kategori Ko Kurikulum.

Persembahan ini sememangnya mendapat sambutan hangat daripada penonton, disamping berhibur ia juga menggambarkan hubungan mesra antara pelajar dan guru dalam apa jua keadaan.