24 October 2011

CALON SPM STAR MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARI PEMIMPIN

Alor Setar, SMK Tunku Abdul Rahman telah mendapat kunjungan adun kawasan Bakar Bata, Dato Paduka Ahmad Bashah ke majlis mohon restu untuk pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2011.

Kunjungan Dato Bashah pada kali ini adalah untuk menyampaikan bantuan alat tulis kepada semua calon SPM STAR. Setiap pelajar mendapat alat tulis seperti, pensel, pemadam, pen, pembaris dan juga kata-kata peransang daripada beliau.

Dalam ucapannya kepada warga STAR Alor Setar, beliau menegaskan penting pelajar belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka. Lantaran itu beliau turun padang berjumpa dengan pelajar untuk memberi kata--kata peransang kepada mereka agar menjadi pendorong untuk berjaya dalam peperiksaan.

Pengetua STAR, Jamil Ibrahim berkata, beliau bersyukur atas cakna Yg Berhormat Adun Bakar Bata kerana sudi hadir Ke STAR untuk menyampaikan sumbangan dan motivasi kepada pelajar. Menurutnya lagi, pelajar STAR sekarang mewakili 37% pelajar Cina, 62% Melayu dan 1 % india adalah menunjukkan konsep 1 Malaysia yang sesuai dengan tema perpaduan yang dilaungkan sekarang. Kehadiran YB ke STAR menyuntik semangat semua kaum untuk berjaya dalam pelajaran. Ia juga menunjukkan pemimpin sekarang amat prihatin kepada pelajaran dan masa depan generasi muda, ujar beliau lagi.

Ironisnya pemimpin yang datang ke STAR bukan sekadar menyampaikan material semata-mata kerana kalau ditinjau dari sisi yang lain, bekalan alat tulis adalah sangat mudah di dapati dan dibeli, tetapi maksud tersirat disebalik itu ialah sikap prihatin pemimpin kepada generasi muda agar berjaya dalam kehidupan mereka,


Dato Ahmad Bashah bergambar bersama penerima hadiah.

Pelajar cina mewakili 37% populasi pelajar STAR,



Pengetua STAR dan Dato Bashah menunjukkan isyarat bagus, bersama pelajar lelaki. semoga isyarat itu diterjemahkan dengan berkesan oleh pelajar-pelajar.

14 October 2011

PIALA STARIANS UNDANG 24 PASUKAN RAGBI SELURUH MALAYSIA






Alor Setar, 8 Oktober 2011. STAR Alor Setar telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Piala Starians 10 sepasukan baru baru ini. Kejohanan Selama 2 hari ini telah menghimpunkan antara 24 pasukan dari seluruh negara.

Kejohanan ini diadakan untuk pertama kalinya bersempena 50 tahun STAR alor Setar. Pengetua Star, Jamil Ibrahim merupakan pelopor dalam penganjuran kejohanan ini. Beliau berharap Kejohanan ini akan dijalankan setiap tahun. Beliau juga telah berbesar hati menyumbang piala pusingan untuk kejohanan ini. Harapan beliau agar sukan ragbi akan terus subur dan dapat menaikkan nama SMKTAR di kalangan sekolah-sekolah ternama di Malaysia.

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuklah SM Sultan Abdul Halim, Saina, MRSM Pendang, MRSM Langkawi, MRSM Kubang Pasu, Sekolah Sains Kepla Batas, Sekolah Sais Hulu selangor, MCKK, MRSM Taiping, STAR Ipoh, SM King Edward Kolej sultan Abdul Hamid dan byk lagi, memandangkan kepada sambutan yang menggalakkan, pihak pengelola berjanji akan mempertingkatkan lagi mutu kejohanan pada masa hadapan.




Kejohanan edisi pertama ini telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Menengah Sais Hulu Selangor yang telah menewaskan pasukan Malay College Kuala Kangsar dalam perlawanan akhir yang sengit.


Pasukan SM Sains Hulu Selangor bergambar bersama piala kejohanan

02 October 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011 STAR ALOR SETAR


Warga STAR pada tahun ini telah menyambut hari perayaan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan Malaysia dalam suasana yang meriah. Semua warga STAR telah mengambil bahagian dalam acara sambutan ini dengan bersemangat.



Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan menteri dan seterusnya pelajar dan guru berbilang kaum telah berarak sekitar kawasan SMKTAR dengan sepanduk merdeka dan memakai pakaian kebangsaan kaum masing-masing




Pelajar berbilang kaum bergambar dengan pakaian kebangsaan masing-masing


Acara memotong kek sambutan merdeka raya 2011 oleh tuan pengetua, ydp pibg dan guru-guru penolong kanan.

Menurut pengetua STAR, Jamil Ibrahim. Sambutan pada tahun ini adalah unik kerana serentak dengan sambutan hari raya aidilfitri. Namun yang lebih penting adalah tahap kesukarelaan pelajar dan guru-guru mengambil bahagian. Nampaknya mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan sambutan ini. Perkara ini jelas menunjukkan semua warga sekolah mempunyai semangat cintakan negara. Semoga semangat cintakan negara itu akan sentiasa segar dalam jiwa semua pelajar dan guru STAR serta seluruh rakyat Malaysia.