22 June 2010

BANJIR KILAT SMKTAR



Hujan yang berterusan pada hari Isnin lalu telah menyebabkan berlaku banjir kilat di SMKTAR, beberapa kelas telah dimasuki air sehingga memaksa pelajar membuka kasut masing-masing untuk mengelakkan basah. Guru juga mengalami kesukaran untuk bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain.

Walaupun SMKTAR telah mencapai umur 48 tahun, namun masalah banjir kilat ini masih tidak dapat di atasi. Banjir kilat akan berlaku apabila hujan yang agak lebat, ia telah menjadi senario yang biasa di SMKTAR.


Jalan Masuk ke SMKTAR ditenggelami air sedalam 0.5 meter


Antara kelas yang dinaiki air

Guru dan pelajar mengharungi banjir untuk ke kelas

04 June 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN , ALOR SETAR 2010.


Khamis 3 Jun 2010. Smk Tunku Abdul Rahman telah mengadakan temasya sukan tahunan. Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 37 pada tahun ini di rasmikan oleh En Ahmad b Dahaman, YDP PIBG SMKTAR.

Temasya bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang, dalam ucapan perasmian, YDP mengucapkan tahniah di atas penganjuran pada tahun ini, dan berharap pelajar akan mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh.

Johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh rumah Hang Lekiu, guru penasihatnya en sabaruddin atau panggilan istimewanya Pak Teh, mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga rumah Hang Lekiu di atas kejayaan pada hari ini. Pak teh juga akan menempuh persaraannya tidak lama lagi.





Disamping acara olahraga, penganjur juga menyediakan beberapa acara sukaneka dan tarik tali. acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Basikal Lambat, Larian Sahabat, dan Membawa Bola Ping pONG DENGAN SUDU. Ternyata pengnjuran sukan pada tahun ini mencapai objektifnya iaitu meninggikan mutu sukan serta menyemarakkan semangat setiakawan sesama warga STAR.


Menurut setiausaha sukan STAR, En Mohd Rizal, Buat julung kalinya sukan diadakan pada bulan Jun, tidak seperti kebiasaannya pada bulan Februari, ialah untuk mematuhi surat pekeliling Kementerian Pelajaran supaya aktiviti sukan dipanjangkan masanya dan pelajar berpeluang mengikuti aktiviti sukan sepanjang tahun. Selepas ini, STAR akan bersiap sedia untuk menganjurkan HARI STAR tidak lama lagi.