12 August 2010

STAR FC DAN SMK TUNKU ABDUL MALEK MENJALIN SILATULRAHIM


Alor Setar. 4 Ogos 2010. Pasukan bola sepak STAR Fc telah bertandang ke SMK Tunku Abdul Malek, Alor Setar untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Kunjungan pada kali ini disertai oleh 18 orang guru.

Kunjungan pasukan ini adalah menerima jemputan daripada Penolong Kanan Ko Kurikulum SMKTAM, En Suhiza. Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan. Sambutan mesra yang diberikan telah menaikkan semangat pasukan STAR FC. Perlawanan berkesudahan dengan STAR FC menang selesa, 3 berbalas 1. Di samping beriadah, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama warga pendidikan.

Pengurus pasukan STAR FC, En Mohd Rizal berkata, perlawanan ini adalah perlawanan terakhir pasukannya sebelum bermulanya bulan Ramadan pada minggu hadapan. Beliau juiga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan SMKTAM kerana sudi menjemput pasukannya beraksi di sini. semoga SMKTAM akan mengadakan kunjungan balas ke STAR tidak lama lagi.