18 March 2014

RAGBI JEMPUTAN STARIAN 10 SEPASUKAN 2014 MENCAPAI MATLAMAT

Alor Setar, 16 Mac 2014.  SMK Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan kejohanan Ragbi Piala Starians edisi ke 4 yang telah disertai oleh 20 pasukan sekolah sekolah dari seluruh Malaysia. Walaupun tarikh kejohanan telah diawalkan,  Kejohanan tahunan ini telah menarik penyertaan dari Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Seperti tahun tahun sebelumnya, kejohanan ini menawarkan beberapa kategori antaranya, Kategori Knife, Kategori Fork, Kategori Spoon, Kategori Bowl, dan Ketegori Plate.  Pengerusi Teknik Ragbi Kedah, En Badrul Munir menyatakan bahawa kejohanan ini adalah kayu ukur kepada tahap permainan ragbi di negeri Kedah. Dengan kehadiran pasukan dari zon Selatan dan Tengah, kita dapat merasai pengalaman berlawan dengan pasukan pasukan yang jarang kita jumpa, sekaligus menambahkan pengalaman pemain dan mewujudkan kepelbagaian dari segi taktikal.  Usaha SMK Tunku Abdul Rahman menganjurkan Piala Starian ini seharusnya dipuji kerana membantu menyemarakan sukan ragbi di Negeri Kedah.

Pengetua STAR, Turin Ahmad  dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang datang memeriahkan kejohanan, beliau berharap jalinan silatulrahim sesama pemain dari negeri negeri akan sentiasa kukuh dan seterusnya mengangkat martabat sukan ragbi, lalu membantu mempromosikan gaya hidup sihat selaras dengan harat Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan.

Menurut setiausaha pertandingan, Encik Mohd Ridzuan b Ahmad, antara sekolah yang menghantar pasukan termasuklah SM Sains Hulu Selangor, MRSM Pendang, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, SMK Tinggi Bukit Mertajam, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor. MRSM Langkawi, SM Sains Syed Putra, MRSM Baling, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) SM Sains Pokok Sena, SM Sains Kepala Batas, MRSM Merbok, SMK Tu7nku Abdul Rahman, SMK Sultan Abdul Halim, Jitra. SMK King Edward VII, SM Sains Sultan Muhd Jiwa , Sungai Petani, MRSM Balik Pulau,dan MRSM Kubang Pasu.
Hadir merasmikan penutup kejohanan adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En Roslee Ismail, dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan syabas dan terima kasih atas kesudian pasukan pasukan jemputan untuk hadir pada perlawanan yang mula mendapat tempat dalam kalendar ragbi Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:

Kategori FORK:    Johan: Bukit Mertajan High School .  Naib Johan: MRSM Balik Pulau.

Kategori SPOON:  Johan,SM Sains Sultan Muhamad Jiwa ,  Naib Johan: Kolej Sultan Abdul Hamid

Kategori BOWL: Johan: SM Sains Pokok Sena ,  Naib Johan,MRSM Baling .

Kategori PLATE:  Johan. SM Sains Hulu Selangor  Naib Johan, MRSM Merbok

Johan Piala Starian 201: SMBPI Sains Kubang Pasu, Naib Johan Malay College Kuala Kangsar.
Dua pasukan final SBPI KP (kiri) dan MCKK (kanan)

Pasukan MCKK Naib Johan menerima medal daripada En Roslee Ismail


Johan 2014 Piala Starian SMBP  Integrasi Sains Kubang Pasu, Kedah

Semua Kontigen bergambar kenangan
Setiausaha pertandingan
Pengetua STAR, Turin Ahmad (tengah) bersama urusetia kejohanan

Johan dan Naib Johan SBPIKP,MCKK



aksi final

aksi final  

aksi final