24 October 2011

CALON SPM STAR MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARI PEMIMPIN

Alor Setar, SMK Tunku Abdul Rahman telah mendapat kunjungan adun kawasan Bakar Bata, Dato Paduka Ahmad Bashah ke majlis mohon restu untuk pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2011.

Kunjungan Dato Bashah pada kali ini adalah untuk menyampaikan bantuan alat tulis kepada semua calon SPM STAR. Setiap pelajar mendapat alat tulis seperti, pensel, pemadam, pen, pembaris dan juga kata-kata peransang daripada beliau.

Dalam ucapannya kepada warga STAR Alor Setar, beliau menegaskan penting pelajar belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka. Lantaran itu beliau turun padang berjumpa dengan pelajar untuk memberi kata--kata peransang kepada mereka agar menjadi pendorong untuk berjaya dalam peperiksaan.

Pengetua STAR, Jamil Ibrahim berkata, beliau bersyukur atas cakna Yg Berhormat Adun Bakar Bata kerana sudi hadir Ke STAR untuk menyampaikan sumbangan dan motivasi kepada pelajar. Menurutnya lagi, pelajar STAR sekarang mewakili 37% pelajar Cina, 62% Melayu dan 1 % india adalah menunjukkan konsep 1 Malaysia yang sesuai dengan tema perpaduan yang dilaungkan sekarang. Kehadiran YB ke STAR menyuntik semangat semua kaum untuk berjaya dalam pelajaran. Ia juga menunjukkan pemimpin sekarang amat prihatin kepada pelajaran dan masa depan generasi muda, ujar beliau lagi.

Ironisnya pemimpin yang datang ke STAR bukan sekadar menyampaikan material semata-mata kerana kalau ditinjau dari sisi yang lain, bekalan alat tulis adalah sangat mudah di dapati dan dibeli, tetapi maksud tersirat disebalik itu ialah sikap prihatin pemimpin kepada generasi muda agar berjaya dalam kehidupan mereka,


Dato Ahmad Bashah bergambar bersama penerima hadiah.

Pelajar cina mewakili 37% populasi pelajar STAR,



Pengetua STAR dan Dato Bashah menunjukkan isyarat bagus, bersama pelajar lelaki. semoga isyarat itu diterjemahkan dengan berkesan oleh pelajar-pelajar.

14 October 2011

PIALA STARIANS UNDANG 24 PASUKAN RAGBI SELURUH MALAYSIA






Alor Setar, 8 Oktober 2011. STAR Alor Setar telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Piala Starians 10 sepasukan baru baru ini. Kejohanan Selama 2 hari ini telah menghimpunkan antara 24 pasukan dari seluruh negara.

Kejohanan ini diadakan untuk pertama kalinya bersempena 50 tahun STAR alor Setar. Pengetua Star, Jamil Ibrahim merupakan pelopor dalam penganjuran kejohanan ini. Beliau berharap Kejohanan ini akan dijalankan setiap tahun. Beliau juga telah berbesar hati menyumbang piala pusingan untuk kejohanan ini. Harapan beliau agar sukan ragbi akan terus subur dan dapat menaikkan nama SMKTAR di kalangan sekolah-sekolah ternama di Malaysia.

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuklah SM Sultan Abdul Halim, Saina, MRSM Pendang, MRSM Langkawi, MRSM Kubang Pasu, Sekolah Sains Kepla Batas, Sekolah Sais Hulu selangor, MCKK, MRSM Taiping, STAR Ipoh, SM King Edward Kolej sultan Abdul Hamid dan byk lagi, memandangkan kepada sambutan yang menggalakkan, pihak pengelola berjanji akan mempertingkatkan lagi mutu kejohanan pada masa hadapan.




Kejohanan edisi pertama ini telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Menengah Sais Hulu Selangor yang telah menewaskan pasukan Malay College Kuala Kangsar dalam perlawanan akhir yang sengit.


Pasukan SM Sains Hulu Selangor bergambar bersama piala kejohanan

02 October 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011 STAR ALOR SETAR


Warga STAR pada tahun ini telah menyambut hari perayaan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan Malaysia dalam suasana yang meriah. Semua warga STAR telah mengambil bahagian dalam acara sambutan ini dengan bersemangat.



Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan menteri dan seterusnya pelajar dan guru berbilang kaum telah berarak sekitar kawasan SMKTAR dengan sepanduk merdeka dan memakai pakaian kebangsaan kaum masing-masing




Pelajar berbilang kaum bergambar dengan pakaian kebangsaan masing-masing


Acara memotong kek sambutan merdeka raya 2011 oleh tuan pengetua, ydp pibg dan guru-guru penolong kanan.

Menurut pengetua STAR, Jamil Ibrahim. Sambutan pada tahun ini adalah unik kerana serentak dengan sambutan hari raya aidilfitri. Namun yang lebih penting adalah tahap kesukarelaan pelajar dan guru-guru mengambil bahagian. Nampaknya mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan sambutan ini. Perkara ini jelas menunjukkan semua warga sekolah mempunyai semangat cintakan negara. Semoga semangat cintakan negara itu akan sentiasa segar dalam jiwa semua pelajar dan guru STAR serta seluruh rakyat Malaysia.

01 August 2011

SELAMAT BERPUASA 1432 HIJRAH, UNIT SUKAN STAR



Semoga kedatangan Ramadan pada tahun ini melimpahkan keberkatan kepada seluruh umat islam. bagi pihak unit sukan STAR, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pelawat rezalstar.blogspot

Aktiviti unit sukan pada bulan ini ditangguhkan dan semua aktiviti secara teori akan berjalan seperti yang dirancang.

Unit Sukan juga akan mengadakan jamuan berbuka puasa unit sukan pada tarikh yang akan diberitahu kelak, sekian. terima kasih, selamt berpuasa.

06 July 2011

BOLA SEPAK ERATKAN STAR ALOR SETAR DAN SEK MEN PENDIDIKAN KHAS PULAU PINANG


Kedua pasukan bergambar kenang-kenangan.

Pulau Pinang, 3 Julai 2011. Pasukan Bola sepak STAR telah bertandang ke Sek Men Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (pendengaran) untuk lawatan muhibah dan perlawanan bola sepak.

Pasukan STAR tiba pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi 3 orang guru yang terdiri daripada En Fauzi, En Rizal, dan En Ali yang juga merupakan jurulatih untuk pasukan STAR. disambut oleh pelajar SMPK dengan penuh mesra walaupun tanpa sebarang bicara ianya tetap menzahirkan keikhlasan mereka.

Perlawanan bola sepak diadakan pada jam 9.30 pagi dan pasukan STAR berjaya menandingi pasukan tuan rumah dengan jaringan 2 - 0. Pasukan SMPK bermain dengan baik dan beberapa kali mengancam kubu pasukan STAR, namun ketangkasan penjaga gawang STAR, Mat Taqif berjaya menghalang pasukan SMPK menjaringkan gol.

Pemain STAR merasa amat terharu dengan kesungguhan pasukan SMPK bermain bola, walaupun mereka tidak sempurna seperti pelajar lain, semangat kesukanan mereka sangat tinggi. Pelajar STAR juga merasa sangat bertuah kerana berpeluang bermain bersama pelajar SMPK yang ramah dan mudah mesra.
En Shafie (kiri) menerima cenderahati daripada En Ali.

Jurulatih pasukan SMPK, En Shafie mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan STAR kerana sudi datang dari jauh demi untuk perlawanan bola sepak disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pelajar, pada masa akan datang SMPK bercadang untuk mengadakan lawatang balas ke Alor Setar.

04 July 2011

LARIAN 1M1S1M 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA- PERINGKAT SMK TUNKU ABDUL RAHMAN 2 JULAI 2011

Pengenalan

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Rasional

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatansemua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid meliba


Matlamat

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Bagi Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, SMK Tunku Abdul Rahman turut menjayakan larian 1 Murid 1 Sukan serentak bersama sekolah-sekolah lain di Malysia. Pelancaran peserta di STAR dilakukan oleh YDP PIBG tepat pada jam 7.45 pagi. Semua guru dan pelajar STAR telah hadir untuk mengambil bahagian.



Pelajar bersedia untuk dilepaskan

Larian sejauh 1.8 km telah disediakan untuk pelajar-pelajar STAR, sesuai dengan saranan kementerian supaya jarak larian yang ditempuh sekurang-kurangnya 1.5 km. Trek larian adalah mengelilingi sekitar SMKTAR dan berakhir di Medan Tunku,
peserta lelaki dilepaskan

Peserta perempuan tidak ketinggalan

Peserta perempuan sedang menanti untuk memulakan larian




Peserta yang berjaya dengan medal masing-masing

YDP PIBG STAR menyampaikan hadiah tempat ke 3 kategori guru wanita kepada Pn Fadilah Haron.

Pelajar menti untuk acara penyampaian hadiah-hadiah

Pengetua STAR, Jamil Ibrahim melahirkan rasa bangga di atas komitmen semua warga STAR dalam menjayakan larian ini. Beliau berharap ia akan menjadi pemangkin kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Hadiah untuk sepuluh pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh YDP PIBG STAR, beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga STAR di atas kejayaan menganjurkan larian ini, Larian seperti ini perlu diadakan lebih kerap dalam melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dalam meyediakan barisan muda negara yang cemerlang dalam semua segi, ujar beliau.

Setiausaha Sukan STAR, En Mohd Rizal berharap budaya sukan dapat diperkukuhkan dalam setiap diri pelajar supaya hasrat melahirkan generasi yang sihat akan tercapai sepenuhnya. Beliau juga menyarankan setiap pelajar memperuntukkan waktu yang sesuai untuk bersukan disamping tidak mengabaikan pelajaran.

01 July 2011

AKTIVITI MEMANCING KOLAM MJ KUALA KEDAH, STAR 2011

Ahli Unit Sukan STAR beriadah sambil memancing

29 June 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG STAR KALI KE 38 2011,


Peserta berbaris pada upacara perasmian Kejohanan Balapan dan padang 2011





Pasukan Tarik Tali pelajar perempuan tidak ketinggalan menunjukkan bakat



Alor Setar, Isnin 27 Jun 2011. SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) telah mengadakan Kejohanan Balapan Dan Padang untuk kali yang ke 38. Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Pada kejohanan kali ini, YDP PIBG STAR telah dijemput untuk merasmikan kejohanan. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua pelajar agar seimbangkan penglibatan dalam aspek ko kurikulum dan kurikulum. Acara Dimulakan dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan dan kontijen pasukan unit beruniform. Gimik perasmian pada tahun ini ialah melepaskan 5 ekor burung dan diiringi dengan kepulan asap.

Pasukan Kadet Remaja sekolah membuat lintas hormat


Pasukan Kadet bomba, sedia berkhidmat

Pasukan Putri Islam

Dalam kejohanan kali ini, rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan. Namun tetap diberi tentangan yang kuat oleh rumah sukan yang lain. Pengetua STAR, Jamil Ibrahim berpuashati dengan penganjuran kejohanan pada kali ini dan mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan kali ke 38 ini.

Pengetua STAR bersama kru kejohanan

Setiausaha sukan STAR, Mohd Rizal turut berpuashati dengan penganjuran kali ini walaupun diadakan dalam suasana sederhana. Kemeriahan sukan masih terasa dan pelajar yang mengambil bahagian juga nampakanya berpuas hati dengan medal-medal yang di menangi. Semoga penganjuran sukan tahunan ini memberikan pengalaman dan kenangan menarik kepada warga STAR.

Semoga berjalan lancar, majulah sukan untuk negara.

22 May 2011

ALUMNI STAR SEMPENA 50TAHUN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN



Alor Setar 22 Mei 2011, Sempena 50 tahun STAR Alor Setar, bekas pelajar telah berusaha menggabungkan semua exstarians alor setar bawah satu bumbung. Justeru pada hari ini dengan rasminya ditubuhkan Persatuan Bekas Pelajar STAR Alor Setar. (EXSTARIANS).

Sehubungan itu satu majlis perasmian secara sederhana telah dilangsungkan di SMKTAR. Majlis pelancaran ini ini dirasmikan oleh pengetua STAR, Jamil Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menyeru semua bekas pelajar STAR tanpa mengira BATCH agar bergabung dalam satu pertubuhan yang sah. Dengan cara itu, bekas pelajar akan dapat membantu sekolah dalam berbagai bidang. Penyatuan ini juga penting memandangkan selama ini tiada satupun pertubuhan yang menghimpunkan bekas pelajar Star Alor Setar di bawah satu bumbung. Bersempena dengan 50 tahun STAR beliau berharap Persatuan bekas pelajar yang ditubuhkan ini dapat memberi faedah yang besar kepada sekolah dan membantu dalam peningkatan imej STAR. Persatuan kini lebih kukuh dengan penyertaan seluruh warga STAR 1962-2011. Beliau juga yakin penubuhan ini akan membuka lembaran baru dalam survival SMK Tunku Abdul Rahman pada masa hadapan.

Dato Mansur menunjukkan Plat Best Among Starians sambil diperhatikan oleh Jamil Ibrahim.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar , Dato Mansur b Ismail berharap semua bekas pelajar STAR tampil menganggotai persatuan demi kebaikkan bersama. Belau berharap dengan penubuhan persatuan ini hubungan silatulrahim sesama bekas pelajar akan kembali bertaut selepas sekian lama terpisah. Namun apa yang lebih penting adalah sumbangan yang dapat dihulurkan demi membantu pelajar STAR masa kini untuk berjaya. Dalam majlis ini juga beberapa bekas pelajar STAR yang berjaya turut hadir mrmberi sokongan.

16 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU, STAR ALOR SETAR 2011


Alor setar, Sempena sambutan Hari Guru pada hari ini, sekolah STAR tidak ketinggalan menyambutnya. Sambutan diadakan di dataran Putra bermula 7.40 pagi. pelajar berhimpun di dataran sementara guru-guru berarak masuk ketempat perhimpunan dengan iringan pelajar-pelajar bermotosikal.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, seterusnya bacaan perutusan hari guru oleh guru-guru penolong kanan. Selanjutnya pengetua STAR, Jamil Ibrahim berucap dan seterusnya merasmikan sambutan hari guru peringkat SMK TUnku Abdul Rahman tahun 2011. Gimik perasmian tahun ini ialah melepaskan 50 biji belon dengan strimer bertulis selamat hari guru. 50 biji belon menandakan 50 tahun STAR ditubuhkan.

Sambutan diteruskan dengan permainan sukaneka, nyanyian oleh guru-guru. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dengan penglibatan semua guru dalam setiap acara yang dibuat.



Sukaneka larian kasih

guru-guru star menyanyikan lagu guru malaysia

15 May 2011

Sejarah Sambutan Hari Guru di Malaysia

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif

- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

Demikianlah serah ringkas sambutan Hari Guru di Malaysia, saban tahun kerjaya ini melakar pelbagai kejayaan yang cemerlang disamping menempuh pelbagai onak dan duri, semuanya demi pembangunan negara yang tercinta. Syabas dan tahniah kepada kaum guru, jasa kalian hanya Allah jua yang membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan guru yang telah meninggalkan kita selamanya, Al-fatihah. semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

09 May 2011

Aksi Ragbi Kedah 2011 - MSSK

Berikut adalah beberapa aksi menarik perlawanan ragbi mssk tahun 2011













Majlis penyampaian hadiah