Showing posts with label kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label kokurikulum. Show all posts

31 July 2017

Perkhemahan; Ruang Menyemai jatidiri, dan Menyantuni Alam Sekitar 2017



Perkhemahan Tahunan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar.

Alor Setar, 29 Julai 2017. SMK Tunku Abdul Rahman Alor Setar, Telah mengadakan perkhemahan tahunan panitia Pendidikan Jasmani di Pulau Song Song, Yan Kedah.  Seramai 40 peserta mengikuti perkhemahan ini

Peserta perkhemahan melalui pengalaman yang menarik sepanjang mengikuti perkhemahan ini, seperti pengalaman menaiki bot laju, memasang khemah, menghidupkan api, membaca kompas, memancing, dan ikhtiar hidup dia atas pulau serta menyantuni alam sekitar.  Peserta didedahkan dengan petua dan cara cara mengangani kecemasan dalam persekitaran yang terhad.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris yang turut serta sepanjang perkhemahan, bertindak sebagai instructor utama dalam aktiviti yang dijalankan.  Aktiviti kokurikulum luar begini dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada pelajar, mendekatkan pelajar dengan alam sekitar, sekaligus menanam minat untuk menjaga alam sekitar supaya generasi  akan datang boleh menikmati keindahan alam yang ada pada masa ini. Dengan pendedahan ini beliau berharap pelajar yang menyertai perkhemahan ini beroleh pengalaman yang berharga untuk digunakan pada masa hadapan. 

Pemilihan Pulau Song Song  sebagai destinasi perkhemahan pada tahun ini adalah tepat kerana, keadaan pulau Song Song dalam keadaan yang terjaga, bersih dan mempunyai bekalan perigi air tawar. Pantai dan air lautnya sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkeling.
bergambar kenangan di Pulau Song Song, Yan Kedah



Aktiviti santai guru dan murid

Bergotong royong memasang khemah

pengetua, menunjukkan teknik menyalakan api

aktiviti memancing juga memberansangkan

Makan berkelah mengeratkan silatulrahim

pengalaman menaikin bot yang berharga.

28 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA STAR ALOR SETAR EDISI KE 43 MERIAH DAN MESRA

Alor Setar, Sabtu 23 Januari 2016, STAR (SMK Tunku Abdul Rahman)  telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Edisi Ke 43 dengan penuh semangat dan tradisi STARIAN.  Kemeriahan kejohanan pada tahun ini ditokok dengan koloberasi penganjuran bersama SKSM (Sekolah Kebangsaan Suka Menanti). Gabungan dua sekolah telah memeriahkan acara yang julung kalinya dianjurkan dengan penuh semangat kerjasama dan mesra.

Kejohanan bermula dan tamat di perkarangan SKSM.  Pelajar berlari merentas Kampung Suka Menanti dan menyusuri sepanjang laluan tepi Sungai Kedah dan keluar di jalan Pantai Johor.  Laluan ini menyajikan suasana yang permai dengan pemandangan kampung dan sawah yang indah.  Melibatkan seramai 700 orang peserta, 92 orang guru STAR dan 34 orang guru SKSM berganding bahu membentuk jawatankuasa yang cekap untuk menguruskan kejohanan ini.  Acara tahunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak di ingini, tambahan pula kehadiran anggota Polis Trafik dari balai Alor Setar, yang membantu mengawasi jalan dan kenderaan awam disepanjang trek larian.  Pihak JKKK Kampung Suka Menanti juga memberi kerjasama yang sangat baik dalam memastikan acara berjalan lancar.

Pengetua STAR, Suhaimi b Haris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini terutama kepada Guru Besar SK Suka Menanti, Encik Nurul Ehsan bin Hasbullah yang bersedia menjadi tuan rumah kepada acara ini.  Beliau bersyukur kerana kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik.  Kerjasama erat antara dua sekolah ini menjalin talian silatulrahim disamping dapat saling bertukar idea dalam penganjuran dan juga jambatan untuk bekerjasama dalam hal hal lain pada masa hadapan.

Penganjuran pada tahun ini turut dibantu oleh pasukan beruniform STAR, seramai 10 orang kadet polis, 12 orang ahli PBSM dan 12 orang ahli St John bertugas memastikan keselamatan semua peserta di sepanjang trek larian.  Penyertaan pelajar berbilang bangsa, cina, melayu dan india dalam kejohanan ini dapat memupuk semangat muhibah antara kaum. Selari dengan perancangan kementerian pelajaran dalam melaksanakan RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid utuk Perpaduan).

Menurut Setiausaha Sukan STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, semua peserta dapat menamatkan larian dengan selamat dan johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh Rumah Biru.  Semoga penganjuran Kejohanan merentas desa STAR pada masa hadapan akan tetap meriah dan menjadi ingatan seluruh warga STAR.

Gambar bercerita;
Gabungan STAR-SKSM
pasukan StJohn dan PBSM sedia berkhidmat


Memanaskan badan

Pelajar sekolah rendah, memanaskan badan

peserta dilepaskan oleh En sabri b Saad, Penolong PPD HEP Kota Setar.

Guru dan pelajar bertugas di check point

Peserta SK Suka menanti dilepaskan

Peserta perempuan SKSM sedia untuk dilepaskan

Peserta perempuan STAR memulakan larian


Piala Kejohanan yang menjadi buruan semua pasukan

muhibah
Ketua guru rumah biru menerima piala kejohanan edisi ke 43/2016

STAR-SKSM mesra-ceria

16 February 2014

PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA SETAR KALI KE 32, BERGAYA.

Alor Setar, 15 Februari 2014.  Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah kota Setar berjalan dengan lancar dan bergaya.  Perasmian disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Kedah, Dato Mansur b Lat di Stadium Darulaman.

Bersempena dengan perasmian tersebut, semua 43 kontigen yang mengambil bahagian telah menyertai acara perbarisan masuk kontigen yang turut dinilai dan dipertandingkan sebagai acara pembukaan.  Penilaian hakim adalah berdasarkan kepada kesegakkan berjalan, kekemasan, mesej,dan  kreativiti. Pada edisi ke 32 ini juara keseluruhan telah disandang oleh pasukan SMK Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh SMK Convent ditempat kedua, SMK Wam Mat Saman ditempat ke 3, SMK Simpang Kuala ditempat ke 4 dan SMK Seri Ampang ditempat kelima.

Semua pasukan bertanding telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi, namun keputusan juri yang terdiri daripada 4 orang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah adalah muktamad dengan memilih pasukan SMK Tunku Abdul Rahman sebagai johan.  Pasukan STAR, membawa mesej semangat kesukanan dalam masyarakat berbilang kaum, pasukan perbarisan STAR juga dianggotai oleh pelajar berbilang bangsa, Melayu, Cina, dan India lantas mempamerkan semangat muhibbah.  Turut dibawa dalam perarakan itu ialah potret YM Tunku Abdul Rahman, bersempena dengan nama sekolah itu sendiri.

Pengetua STAR, Turin Ahmad mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama guru dan pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan. semoga kejayaan pasukan perbarisan akan seiring dengan pasukan balapan dan padang dalam mengejar sasaran pingat dalam kejohanan ini.

Menurut pengurus pasukan STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, pelajar dan guru telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa latihan, dengan sumbangan idea dan kerjasama yang terjalin menyebabkan peserta STAR dapat memberi persembahan yang mantap sekaligus menambat hati para hakim, beliau juga mengakui pasukan-pasukan lain juga telah berusaha bersunguh-sungguh namun tuah masih menyebelahi STAR yang telah meraih 5 kali kejuaraan dalam masa enam tahun iaitu 2012,2011,2010,2009, dan terkini 2014. Seterusnya beliau berharap pasukan atlit dapat mencapai sasaran kutipan pingat pada tahun ini.

pasukan STAR meraikan kejayaan.